"Dina, ayah nak Dina pergi bersiap sekarang. Pakai baju kurung yang cantik-cantik sikit, ada orang nak datang tengok Dina.."
Irdina terpinga-pinga dengan arahan ayahnya. Bala apakah kali ini? Siapakah lagi yang ingin mencuba nasib?
"Siapa ayah?"
"Kali ni ayah nak Dina terima. Tolonglah, demi ayah. Tolong terima dan ayah yakin kamu akan bahagia dengan dia. Sebab, ayah dah kenal hati budi dia, ayah yakin dia mampu bahagiakan Dina..."
Dina terdiam. Pelbagai rasa yang timbul ketika itu. Rasa sedih, bersalah, rasa takut, berdebar. Entah siapalah yang bernasib malang tu, fikir Irdina.
"Mari kak, Ara make up kan akak."
Irdina duduk di atas katil dan Inara mula menyolekkannya.
"Rileks la kak. Kau macam nak nangis je aku tengok. Kita tengok dulu siapa orangnya. Lagipun, ayah sendiri cakap yang dia dah kenal dengan orang tu dan dia yakin lelaki tu mampu bahagiakan kau kak. Insyaallah.."
Irdina mengeluh perlahan. Akhirnya dia redha. Mungkin ini takdirnya. Tak apalah, dia yakin ayahnya tidak membuat pilihan diantara dua beradik itu. Yang penting, bukan salah seorang dari mereka.
Selepas selesai mendandan kakaknya, Inara keluar dari bilik itu. Dia mahu memberikan ruang untuk kakaknya bersendirian dahulu. Irdina hanya duduk termenung. Tiba-tiba dia teringatkan Hariz. Irdina mencapai telefon bimbit di atas meja. Sejak dari malam tadi, Hariz tidak dapat dihubungi.
Irdina cuba menghubungi Hariz lagi namun gagal. Telefon bimbitnya seolah-olah dimatikan. Mana pergi dia ni? Takkanlah sibuk sangat sampai dah tak ingat aku? Aku dah nak jadi milik orang tak lama lagi Hariz.
Irdina dengar suara orang memberi salam di luar. Dia yakin, rombongan itu sudah sampai. Irdina tidak senang duduk. Sekejab dia berdiri, sekejab dia duduk. Mahu memanggil adik-adiknya, dia malu rombongan itu nampak dirinya.
Peluh yang merenik di dahi dilap dengan tisu. Habislah make up nya kalau begini punya nervous, fikirnya lagi. Tiba-tiba daun pintu dibuka dari luar. Emak masuk menghampiri Irdina. Dia membisikkan sesuatu di telinga Irdina.
Seorang wanita masuk ke dalam bilik dan menghampiri Irdina. Irdina hanya tunduk kerana tidak sanggup melihat gerangan wanita yang tidak dikenali itu. Saat dahinya dicium oleh wanita itu, Irdina mengangkat muka.
"Kak Zu!!"
"Akak harap, Dina dapat terima Hariz dengan sepenuh hati. Dah lama dia tunggu Dina.."
Cikgu Zuraini menyarungkan cincin ke jari manis Irdina. Saat itu, air mata Irdina terus gugur tanpa dapat ditahan.
"Selamat bertunang Dina, Hariz ada kat luar..."
Irdina terpaku dengan air mata yang mengalir di pipi. Terus bertunang, tak ada merisik ke? Hati kecilnya tertanya-tanya. Ah, tak apalah, yang penting dengan Hariz!!
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...