Maafkan aku Dina..

184 7 0
                                    

                    Hariz memberhentikan kereta tidak jauh dari KFC Ulu Tiram. Dia mengerling jam di lengan kirinya. 2.20 petang. Masih ada 10 minit. Hariz memerhatikan sekeliling. Belum nampak kereta biru milik Irdina. Belum sampailah tu, desis Hariz.

Hariz memandang dirinya di cermin kereta. Dia merasakan penampilannya sudah kemas dan hampir sempurna. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej di WhatsApp masuk. Apabila dibaca, ternyata dari Irdina.

            'Saya dah sampai. Awak kat mana? Lagi 2 minit pukul 2.30 petang.'

           'Kejab lagi saya sampai. Boleh tak awak order makanan dulu? Saya belum lunch lagi ni.'

           'Nak makan ape?'

          'Snack Plate. Air Milo. Tu aje.'

          'OK. Saya kat Tingkat 1. Jangan lambat, saya tak suka tunggu orang.'

          'Iya, dah nak sampai dah ni.'

Hariz memanjangkan lehernya untuk melihat tingkahlaku Irdina yang berada di kaunter KFC. Dia membiarkan dulu Irdina membawa makanan ke Tingkat 1.

          'Mana awak ni? Saya dah naik ke Tingkat 1 ni.'

          'OK, I'm coming!'

Hariz keluar dari keretanya dan melangkah ke pintu masuk KFC. Kemudian dengan perlahan-lahan dia memanjat tangga ke Tingkat 1. Suasana Tingkat 1 agak lengang pada ketika itu. Hariz nampak Irdina membelakangkannya dan menghadap ke jalan raya.

Hariz menarik nafas dan membaca sedikit doa untuk menenangkan hatinya dan juga doa melembutkan hati. Semoga Allah melembutkan hati awak Irdina!

"Assalamualaikum IRDINA ZAHRA..."

Hariz berdiri tercegat di depan Irdina yang kelihatan tergamam. Tiba-tiba Irdina mengambil beg tangannya yang diletakkan di kerusi sebelahnya. Dia mahu berlalu namun kata-kata dari mulut Hariz membuatkan dia terduduk semula.

"Awak dah janji walau macam mana sekalipun rupa saya, awak tak akan pergi. Awak kena tunaikan janji awak."

Perempuan bernama Irdina itu kelihatan serba salah. Sekejab dia pandang ke bawah, sekejab dia pandang ke jalan raya.

"Awak sihat Dina?"

Berhati-hati Hariz menuturkan pertanyaan. Irdina di hadapannya kini kelihatan tidak sama seperti 10 tahun dulu. Irdina yang dulu akan gembira bila berjumpanya. Irdina yang dulu akan selalu memandang matanya. Irdina yang dulu selalu senyum manis kepadanya.

"Jadi awak rupanya yang selalu mesej saya. Dari mana awak dapat nombor telefon saya?"

Suara yang dilontarkan Irdina kedengaran sedikit bergetar.

"Maaf...saya curi nombor telefon awak tanpa keizinan awak. Sebenarnya, Farhan anak saudara saya..."

Irdina mengeluh panjang.

"Ini semua rancangan awak ke? Farhan masuk ke sekolah tu, tusyen dengan saya..."

"Tak. Demi Allah tak. Kebetulan..yang Allah dah aturkan. Dina...saya nak minta maaf. Untuk segala kesilapan yang saya pernah buat pada awak dulu..10 tahun yang lalu..."

"Apa silap awak pada saya yang menyebabkan saya kena maafkan awak?"

Suara itu sedikit kuat berbanding tadi. Hariz sudah bersedia, dia tahu akan ada situasi di mana Irdina mungkin akan meninggikan suara, menangis, diam tanpa berkata-kata...

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now