Sejak dari awal pagi lagi rumah Pak Lan dan Mak Som sudah dipenuhi dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Kaum perempuan sibuk di dapur menyediakan ramuan untuk masakan nanti. Manakala kaum lelaki pula sibuk melapah daging lembu.
Di dalam bilik pula, hanya ada Irdina, Inara dan juga jurusolek. Irdina duduk di kerusi sambil disolek oleh jurusolek yang ditempah dari Kota Bharu. Irdina perlu disolek awal kerana majlis akad nikah akan diadakan pada pukul 10 pagi. Manakala kenduri pula di sebelah petang.
***************************************************************************
"Aku terima nikahnya Irdina binti Razlan dengan mas kahwinnya RM300 tunai..."
"Alhamdulillah.."
Irdina mengucap syukur dalam hatinya. Setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya Hariz dan dia disatukan jua. Hariz menoleh kepadanya, Irdina memberikan senyuman yang paling manis untuk lelaki yang telah sah menjadi suaminya itu.
Sepasang mata dari tadi lagi sedang memandang dirinya. Irdina tahu, Farhan masih belum move on, tapi Farhan perlu bangkit segera dari lenanya. Dia bukan untuk Farhan dan Farhan juga bukan untuk dirinya. Dia hanya seorang guru kepada remaja itu, manakan mungkin menjadi lebih dari itu.
Setelah selesai majlis akad nikah, Irdina dan keluarga kembali semula ke rumah manakala Hariz dan keluarganya pula pulang ke rumah tumpangan yang terletak tidak jauh dari situ.
**********************************************************************
"Tahniah Pak Lang, cikgu Dina..Paan doakan kalian akan bahagia dunia dan akhirat. Paan ikhlas ni.."
Farhan mengucup belakang tangan bapa saudaranya. Dia semakin boleh menerima hakikat, bahawa cikgu kesayangannya sudah jadi milik orang. Tapi dia bersyukur kerana cikgunya memilih seorang yang budiman seperti bapa saudaranya itu.
"Terima kasih Paan. Pak Lang doakan Paan dapat masuk universiti dan terus buat mama Paan tersenyum bangga. Pak Lang pun bangga dengan Paan, sebab Paan dah berjaya buktikan bahawa Paan boleh berjaya."
"Cikgu doakan Paan terus cipta kejayaan. Kami sentiasa ada untuk awak, Paan."
"Terima kasih cikgu. Doakan juga saya jumpa jodoh saya di universiti nanti. Macam cikgu dan Pak Lang saya ni..."
Irdina dan Hariz berpandangan antara satu sama lain dan kemudian masing-masing senyum lebar.
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomansaKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...