"Awak ni Nazmi ya, awak masih ingat saya? Saya dulu duduk kelas yang ketiga masa menengah rendah. Awak kelas yang pertama kan!"
Iman menegur Nazmi ketika melihat lelaki itu berbual-bual dengan ayah pada suatu petang. Ketika itu hari kedua Iman, abang Zam dan anak-anak berada di kampung.
"Ya, saya Nazmi. Saya pernah nampak cuma tak pernah bertegur sapa je. Mengajar kat Kedah kan, Pak Lan yang beritahu."
Iman mengangguk. Cuma disebabkan dia baru pulang, dia berasa hairan juga kerana lelaki bernama Nazmi itu hadir ke rumah berbual-bual dengan ayahnya.
"Umi..adik nak nasi..lapar.." Arsyad merengek.
Iman mengeluh kecil. Baru nak berbual-bual dah kena kacau! Petang itu, Nazmi datang ke rumah lagi. Cuma bezanya petang itu, suasana lebih meriah kerana Iman sekeluarga sudah tiba di kampung. Izman pula akan tiba esok harinya. Nanti lagilah riuh rendah rumah Pak Lan dan Mak Som.
Irdina dan Inara pula sedang melayan anak Iman yang sulung, bermain bola di halaman rumah. Riuh rendah jadinya apabila makcik-makcik nya melayan nya bermain bola.
Sebuah motosikal tiba-tiba memperlahankan kelajuan sewaktu tiba betul-betul depan rumah Irdina. Pemandunya tertoleh-toleh memandang Irdina dan kemudian pandangan lelaki itu beralih pula ke arah Nazmi yang berada di beranda bersama Pak Lan dan Abang Zam.
Irdina kenal pemandu motosikal itu. Dia menoleh ke arah Nazmi dan tanpa diduga, lelaki itu juga sedang memandangnya!
************************************************************************
"Wah, kerap sekarang abang pergi rumah Pak Lan tu. Nak mengorat anak dara dia ke?"
Perli Nazman tatkala bertembung dengan abangnya Nazmi di ruang tamu rumah. Mereka berdua tidaklah rapat mana, lebih kepada membuat hal sendiri sahaja.
"Kau skodeng abang ke Man?"
"Bukan skodeng, tapi sebab boleh dikatakan setiap petang kan abang ke sana. Cakap terus-terang jelah yang abang nak mengorat si Dina tu kan."
"Apa salahnya, abang bujang, dia pun bujang."
"Dina tu nak ke kat abang? Sedangkan saya pun dia pernah tolak masa merisik dulu.."
"Itu sebab kau Man, dia mana suka kau. Kau kan selalu kacau dia, suka usik dia. Mana lah hendak orang tu nak buat laki.."
"Lain orang, lain caranya bang. Saya dengan cara saya, abang dengan cara abang. Tapi abang rasa Dina tu masih single lagi ke? Entah-entah dah ada pakwe kat Johor sana."
Nazman masih cuba membakar hati Nazmi. Mujurlah si abang jenis yang cool je.
"Belum cuba, belum tahu Man. Bagi abang pula cuba nasib, mana tahu, dia jatuh hati pada abang.."
"Ermm..kita tengok siapa yang akan dapat nanti.."
Nazman berlalu pergi. Nazmi terpinga-pinga. Adiknya tu masih menyimpan perasaan terhadap Dina ke???
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...