Hadiah terindah

169 3 0
                                    

Selepas solat subuh berjemaah bersama-sama suaminya, Irdina duduk di meja kerja. Cadangnya mahu membuat sedikit kerja berkaitan sekolah. Hariz pula, selepas subuh tadi, sengaja bermalas-malasan di atas katil sambil membelek telefon bimbitnya. Maklumlah hari cuti, itu lah sahaja masa yang ada untuk bermalas-malasan. 

Tiba-tiba Irdina teringatkan sesuatu. Dia mengangkat muka melihat kalendar aktiviti yang di tampal di dinding. Rasa macam bulan lepas dia tak datang bulan. Bulan ini pun semakin menghampiri ke hujung namun period belum kunjung tiba. Laci meja di sisinya dibuka dan dia mengeluarkan sesuatu. Irdina melangkah ke bilik air. 

Setelah selesai proses itu, Irdina menunggu seketika. Satu garis.....dan...dua garis! Benarkah ni? Atau UPK ini rosak? Irdina rasa teruja namun dia akan menguji lagi menggunakan UPK yang lebih mahal. Dia akan membelinya di Watson esok atau lusa. Yang penting, dia tidak mahu memberitahu suaminya lagi tentang itu. 

                            ************************************

Hari lahir Hariz tiba jua. Irdina bercadang untuk membeli kek dan menyambutnya di rumah sahaja. Entah-entah Hariz pun tidak ingat hari lahirnya sendiri. Maklumlah lelaki, sukar untuk mengingati tarikh-tarikh penting. Berbeza dengan wanita. Tarikh lahir sendiri, pasangan, ulang tahun perkahwinan, tarikh declare, tarikh tunang, semua wanita akan semat dalam kepala. 

Seperti biasa, lebih kurang pukul 6.30 petang, Hariz akan sampai di rumah. Ketika Hariz sampai, Irdina sedang sibuk di dapur. Maka Hariz naik ke bilik untuk membersihkan dirinya. Ketika azan berkumandang, barulah Irdina naik ke bilik untuk mandi dan solat bersama-sama Hariz. 

Selepas solat dan berdoa, Hariz menghulurkan tangannya kepada Irdina. Irdina menyambut tangan Hariz dan mengucup penuh kasih sayang. Betapa dia sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa membimbing dirinya mengikut landasan agama. 

"Abang sayangkan Dina sangat-sangat."

Ucapan Hariz membuatkan Irdina terharu. Dia memeluk suaminya erat. 

"Sayang selalu berdoa semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga. Sayang tak mahu abang jadi suami sayang di syurga nanti. Insyaallah."

"Abang pun sama, abang nak sayang jadi bidadari abang di syurga kelak. Cukuplah sayang yang baik hati ini, yang cantik ini, yang taat ini menjadi bidadari abang. Abang dah rasa hidup abang dah sempurna. Tak mahu yang lain lagi. Abang ikhlas ni."

"Eh, jom turun bawah. Sayang ada surprise untuk abang."

"Surprise apa tu? Suka buat surprise sayang abang ni."

"Abang duduk je kat sini. Oh, ya! Sayang kena tutup mata abang dulu."

Irdina mengambil selendang yang telah disediakan lebih awal dan menutup mata suaminya. Hariz duduk diam tegak di kerusi meja makan. Dia tertanya-tanya apa kejutan yang isterinya ingin berikan. 

"Dah ke sayang? Cepatlah, abang nervous ni."

"Kejab..OK..dah. Boleh buka tutup mata tu. Tengok kat depan abang ada apa."

Sebaik sahaja membuka penutup matanya, Hariz melihat sebuah kek sederhana besar berbentuk bulat di depannya. Tulisan di atas kek itu dibaca. 

         'Happy Birthday My Dear Hubby'

"Hah?? Ya Allah, astaghfirullahalazim...camana lah abang boleh lupa tarikh lahir sendiri..mana tak nya sayang, tak ada orang yang wish abang pun. So, manalah abang nak ingat.."

"Facebook abang tak wish ke?"

"Sayang ingat abang aktif sangat ke Facebook tu? Tak sempat nak belek Facebook. Daripada abang belek Facebook, baik abang belek sayang. Dapat juga pahala kan," usik Hariz sambil ketawa mengekek. 

"Ni hadiah untuk abang. Kecik ke kotaknya tapi sayang rasa abang akan suka isi kat dalamnya. Buka lah."

Irdina menghulurkan sebuah kotak kecil. Hariz menyambut huluran itu dan membukanya perlahan. Saat dia melihat isinya, reaksinya blur seketika. Tiba-tiba..

"Sayang....betul ke ni? Are you serious sayang? Jangan main-main sayang.."

"Serious lah. Dah pergi scan dah pun. Semuanya OK."

"Ya Allah, terima kasih sangat-sangat Ya Allah..setiap hari abang doa, nak baby cepat. Sebab kita pun umur bukan muda lagi. Terima kasih sayang, hadiah ni paling bermakna untuk abang.."

Hariz menghampiri isterinya dan memeluk erat. Bahagianya dia saat itu hingga tak termampu diungkap dengan kata-kata...


CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now