Kau tak akan bahagia

166 4 0
                                    

Hati Ameer panas melihat gambar-gambar di Intagram Irdina. Ada gambar kahwin, gambar berdua bersama suaminya dan yang terbaru gambar menyambut hari lahir suaminya. 

"Dia nampak bahagia dengan lelaki tu. Aku ni, sampai bercerai-berai. Sakitnya hati aku ni. Kau ingat kau boleh bahagia ke Dina? Aku tak akan benarkan kau dan dia bahagia. Aku akan pastikan kalian pun derita seperti aku!"

Ameer memerhatikan kereta demi kereta keluar dari sekolah itu. Dia tidak tahu nombor plat kereta Dina tapi dia tahu warna kereta Myvi Dina ialah biru. Dia juga tidak pasti pintu pagar mana yang dimasuki Dina sama ada depan atau belakang. Jika depan, senang untuk dilihat. Namun, jika belakang agak sukar kerana kedudukan sekolah tersebut yang berada di atas bukit menyukarkannya untuk melihat tempat parkir kereta. 

Dari parkir kereta yang terletak di luar pagar depan itu, Ameer tidak nampak langsung kereta Myvi berwarna biru. Mungkinkah Dina memarkir keretanya di parkir belakang sekolah? Ameer keluar semula dari kawasan itu dan menggunakan waze untuk mencari pintu belakang sekolah itu. Keretanya di parkir di tepi jalan dan dia menunggu di situ, manalah tahu kalau-kalau ada kereta Myvi biru keluar nanti.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1.50 petang. Bayang-bayang kereta biru belum muncul. Ameer menunggu lagi. Dia harus sabar, demi merealisasikan niatnya itu. Tiba-tiba sebuah Myvi biru keluar dari pagar belakang dan melintasi kereta Ameer. Ameer cepat-cepat masuk gear dan terus mengikuti kereta itu. 

"Mungkinkah Dina? Kalau di lihat dari nombor plat, macam betul. Dina kan orang Kelantan. Ada kemungkinan nombor plat nya ialah D. Mungkin, tak salah mencuba," fikir Ameer. 

Ameer tidak dapat follow dekat kerana banyak kereta ketika itu. Ketika lampu isyarat hijau, kereta biru itu lepas namun tiba saat kereta di hadapannya, lampu isyarat tiba-tiba bertukar merah. Ameer memukul stereng keretanya kerana geram dan marah.

Ketika lampu isyarat bertukar hijau semula, Ameer meneruskan pemanduan dan memasuki jalan utama JB-Kota Tinggi. Kelibat kereta Myvi biru tadi sudah hilang entah ke mana. Ameer memberi isyarat ke kiri dan masuk ke sebuah pam minyak. 

"Hello, kau ni Saipul kan. Ada member aku beri aku nombor telefon kau. Ya, aku ada kerja sikit untuk kau. Tentang bayaran, tak perlu risau. Ya, OK. Nanti aku bagi details dalam WhatsApp. Bye."

"Dina..jauh mana kau boleh lari dari aku? Kau ingat aku duduk jauh dari engkau, aku tak mampu nak cari kau? Yang penting ada wang, semua jalan..."

Ameer senyum sinis. Tidak sabar untuk berjumpa kekasih hati yang dirinduinya selalu...

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now