Mesej di Messenger..

133 3 0
                                    

                             Hariz memeriksa Facebook nya malam itu. Dia jarang online sebenarnya. Baginya, laman sosial tak penting mana pun. Ada pun buat syarat sahaja. Selepas scroll di wall nya, bahagian Messenger pula dia tuju. Ada satu mesej yang masuk ke SPAM. Hariz klik mesej tersebut. Seseorang menghantar mesej kepadanya. 

               'Kau lelaki yang datang tiba-tiba masa aku tengah date dengan Irdina di Jusco hari tu kan! 

Hariz semakin ingin teruskan pembacaan. Tentulah dia tidak lupa kepada lelaki itu. Yang cuba mengacau kekasih hatinya, Irdina!

                   'Kau kata, kau ni boyfriend dia masa di KUTKM dulu. Aku rasa agak sangsi. Sebabnya, aku tak pernah nampak atau terserempak dengan korang di mana-mana walhal kita bertiga satu kampus.'

                  'Kalau betul lah, engkau lelaki yang Irdina suka dan tunggu masa kat U dulu, engkau takkan tak tahu dalam masa yang sama dia layan juga aku dan beberapa jantan lain!'

Hariz terhenti seketika. Dia menarik nafas panjang. Benarkah apa yang ditulis oleh lelaki ini? Benarkah Irdina sebegitu perangainya?

                   'Kalau kau terkejut baca apa yang aku tulis ni, bermakna kau tak cukup kenal dia lagi. Aku pernah dengar Irdina cakap engkau ni orang baik, kuat pegangan agama.... kau dah tak ada pilihan lain lagi ke selain dia? Kau nampak dia macam baik je kan...semua tu fake je.'

                   'Aku rasa sebelum kau mengambil keputusan untuk serius dengan dia, atau untuk kahwini dia, baik kau tanya dia, selidik dulu betul ke tak apa yang aku beritahu kau ni. Kau tanyalah dia sendiri, kalau dia tak nak mengaku, dia tipu kau! Untuk pengetahuan kau, aku dan dia pernah....sekatil!!'

Hariz menghentikan pembacaannya. Mesej itu pun sekadar habis di situ sahaja. Hariz tidak tahu apa perasaannya di kala itu. Marah? Sakit hati? Tertipu? Benarkah Irdina sudah sampai ke tahap itu? Haruskah Hariz mempercayai kata-kata lelaki yang dia sendiri tak pernah kenal hati budinya itu? Bukan kah zaman sekarang ialah zaman fitnah, orang boleh cerita macam-macam untuk memperburukkan orang lain. 

Esok aku perlu berjumpa Irdina! Mesti! Hariz cuba melelapkan mata namun gagal, apa yang ditulis oleh lelaki itu terbayang-bayang di mindanya....

CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now