Si Gila

140 3 0
                                    

Hariz resah. Sudah pukul 8 malam namun bayang-bayang si isteri belum muncul juga. Ke mana Irdina pergi sehingga malam belum lagi tiba di rumah? Tak pernah selama mereka berkahwin, Irdina pulang lambat. 

Mesej terakhir Irdina ialah pada pukul 1.20 petang, memaklumkan kepada Hariz untuk pergi ke KAHER dan JUSCO untuk tujuan membeli barang-barang. Last seen Irdina ialah pukul 3 petang. Sejak tiba di rumah, Hariz cuba menghubungi Irdina berpuluh-puluh kali namun gagal. 

Tidak putus-putus doa yang dipohon Hariz agar isterinya selamat. Sudahlah isterinya itu sedang hamil anak sulung mereka. Ya Allah, selamatkan lah isteriku. Dia isteri yang baik, yang taat, yang menjaga maruah dirinya. Maafkan lah aku Ya Allah kerana tidak mampu selalu berada di sisinya. 

Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Bila dijenguk di skrin, isterinya menelefon. Hariz sedikit lega.

"Assalamualaikum, sayang. Sayang kat mana ni, kenapa tak balik lagi?"

"Sayang kau ada dengan aku sekarang..."

Satu suara lelaki menjawab. Hariz pelik. Siapa pula ni?

"Apa maksud kau? Kau siapa? Kau jangan main-main ek."

"Aku tak main-main. Oh, ya baik aku kenalkan diri aku. Aku Ameer, kau ingat lagi?"

Hariz diam seketika. Bukan kerana dia tak ingat tapi dia tengah menahan marahnya. Manakan dia boleh lupa dengan nama itu. Yang selalu cuba memporak perandakan hubungannya dengan Irdina. 

"Mana isteri aku? Apa bukti isteri aku dengan kau sekarang?"

"Nanti sekejab lagi aku hantar gambar. Dia milik aku sekarang dan kalau kau nak, kau kena datang ambik dia. Nak juga aku tengok, sekuat mana cinta agung korang ni. Hahahahaha.."

Telinga Hariz rasa berdesing dengan ketawa Ameer. Hariz tahu, Ameer sedang cuba menaikkan kemarahannya. Memang dia marah dikala itu. Kalau benarlah Irdina di situ, memang Hariz akan marah. Kalau boleh dia mahu membunuh lelaki durjana itu!

"Kau nak apa sebenarnya? Kau nak duit ke? Aku ni bukan orang kaya."

"Aku tak nak duit kau. Aku cuma nak Dina je. Kalau kau boleh bagi dia pada aku, kira settle je perkara ni."

"Bawak mengucap, Dina tu isteri aku. Kenapa kau still tak boleh nak move on lagi? Lagipun kau dah kahwin kan, kenapa nak ganggu kami lagi?"

"Hidup aku dah hancur. Isteri aku dah tinggalkan aku. Semua sebab Dina. Sebab aku masih cintakan Dina. Dari dulu hingga sekarang. Aku peduli apa dia bini kau pun. Kau yang rampas dia dari aku!"

"Bukan aku yang rampas dia dari kau. Dina sendiri yang cakap, dia tak pernah anggap kau lebih dari seorang kawan pun. Kau je yang lebih-lebih. Terima jelah takdir Tuhan, dia jodoh aku."

"Aku tak akan benarkan kalian bahagia. Aku nak rumahtangga korang hancur, macam rumahtangga aku. Aku dah pernah cakap dengan Dina, kalau aku tak bahagia, dia pun tak akan bahagia."

"Kenapalah kau macam ni. Aku ingin benda-benda macam ni ada dalam drama melayu je. Rupanya memang wujud. Aku simpati dengan rumahtangga kau yang dah hancur, tapi kau pernah fikir tak, semua ni engkau penyebabnya. Engkau manusia yang tak tahu bersyukur." 

"Sekarang ni, aku malas nak cakap banyak. Aku hantar lokasi dan kau datang. Pastikan kau datang seorang sahaja, kau bawak geng atau kalau kau beritahu polis, kau tahulah nasib Dina nanti. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan kalian hancur!"

Ameer memutuskan talian. Hariz menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Dia tidak mahu menjadi gila dan panas baran seperti Ameer. Seketika kemudian satu mesej WhatsApp sampai ke telefon bimbit Hariz. Gambar Irdina diikat di sebuah kerusi. Ya Allah, kasihan isteriku. Ya Allah, selamatkan lah isteriku, dia sedang hamil anak sulung kami Ya Allah..



CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now