Balik dari sekolah hari itu, Irdina terus melencong ke pasaraya. Hajatnya ingin membeli sedikit barang peribadi dan juga menjengah buku-buku yang ada di kedai buku. Keluar dari kedai buku, 2 buah buku soalan Matematik Tingkatan 5 dan sebuah novel cinta berjaya di'tangkap'nya.
Melintasi kedai makanan segera Marrybrown, tiba-tiba tekak rasa ingin makan burger pula. Ishh, macam-macamlah. Tak jadi nak diet macam ni. Diet esok je. Beberapa suara dalam hati Irdina menghasut.
Akhirnya kakinya dilencongkan jua ke dalam kedai itu. Irdina memesan satu burger ayam dan air Milo. Dia mencari tempat duduk yang disukainya. Sambil mengunyah burger Irdina memeriksa telefon bimbitnya.
"OK, tiada orang yang mesej aku..it's ok..Always forever alone.." keluhnya perlahan.
Irdina belek pula laman Facebook. Ada satu mesej untuknya. Irdina buka. Dari Ameer rupanya. Irdina jeling sekilas ayat-ayat yang berjela-jela ditulis Ameer.
Assalamualaikum awak. Sihat ke? Buat apa tu?Dah makan ke? Keje OK ke? Dina...9 tahun sudah berlalu..apakah pintu kemaafan untuk saya telah awak buka? Jika sudah, terima kasih sangat. Jika belum, saya merayu sangat-sangat maafkan segala dosa saya terhadap awak. Tentang kejadian 9 tahun yang lepas tu, saya sangat menyesal dengan tindakan bodoh saya. Tak sepatutnya saya buat awak macam tu. Tak tahulah apa yang merasuk saya masa tu. Tapi 1 perkara yang saya mahu awak tahu. Sehingga hari ni saya masih sayang pada awak, saya masih cinta dan tak pernah lupakan awak.
Irdina mencebik. Sayang? Cinta? Tunang kau yang cantik tu kau nak campak ke mana? Dasar lelaki tamak! Irdina meletakkan telefon di atas meja. Mulutnya membebel sendiri. Lelaki zaman sekarang bukan boleh dipercayai sangat. Ramai yang tak berapa elok dari yang elok. Tak ada hati aku nak kahwin. Biarlah jadi andartu pun. Desis hati Irdina lagi.
Tapi kadang-kala Irdina tertanya-tanya mengapa Ameer masih mengganggunya sehingga kini. Tak cukupkah lagi 3 kali sudah di friend zone kan lelaki itu. Tak faham-faham bahasa. Setiap hari Ameer akan menghantar mesej kepada Irdina bertanya khabar dan meminta maaf di atas kesilapannya 9 tahun yang lepas. Tak penat ke? Tak faham bahasa ke orang cakap dah maafkan...tapi betul ke aku dah maafkan? Sesenang itu? Irdina mengeluh lagi.
Apa yang Irdina pasti, berilah masa hingga 100 tahun sekali pun, pintu hatinya tak pernah terbuka untuk menerima Ameer lebih dari seorang kawan. Dari dulu sehingga kini. Dari Ameer single, sehinggalah baru bertunang 2 bulan yang lalu. Cepat-cepatlah kau kahwin supaya kau tak ganggu hidup aku lagi. Irdina tidak pernah terfikir selepas dia menerima Ameer sebagai kawan, lelaki itu bukan sahaja ingin menembusi hatinya sebagai kawan malahan lebih dari itu...
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...