"Aku dah warning kan dulu, jangan terjatuh hati dengan dia. Aku dah cakap kan dia tu sweet talker dan playboy, kau tak nak percaya. Tengok sekarang diri kau, tak terurus, frust menonggeng macam ni.."
Wawa yang masuk ke bilik untuk mengajak roommate nya itu makan tengahari terkejut melihat rakannya itu masih berbaring di tilamnya dengan keadaannya yang belum mandi sedangkan waktu sudah menunjukkan pukul 12 tengahari.
"Dia yang aku kenal, bukan seperti yang kau cakap. Dia bukan sweet talker, dia bukan playboy..tak baik kau tuduh dia macam tu. Lagipun dia pun kawan kau juga kan.."
Irdina bersuara perlahan. Air mata nya mengalir laju di pipi.
Walaupun Hariz memperlakukannya seperti itu, namun dia tahu tuduhan Wawa itu tidak betul. Selama mengenali Hariz dalam setahun ni, dia tidak pernah nampak Hariz dengan perempuan lain selain dia. Hariz juga bukan suka berkata-kata manis seperti lelaki-lelaki lain.
"Dia kecewakan kau macam ni pun, kau masih lagi nak back up dia Dina. Ishh, aku tak tahu lah apa istimewa nya Hariz tu pada kau. Nak kata handsome, memanglah handsome. Tapi kalau bertepuk sebelah tangan nak buat apa? Sakit tau tak? Aku yang tengok kau macam ni setiap hari pun rasa sakit, apatah lagi engkau yang merasainya.."
Irdina diam. Air mata sesekali disekanya. Lemahnya dirinya di saat itu. Lemah fizikal dan mental. Lemah fizikal kerana sejak semalam tidak mampu menelan walau sebiji nasi. Lemah mental kerana asyik menangis dari malam tadi sehingga mata bengkak.
"Sudahlah Dina, bukan dia seorang lelaki atas dunia ni. Ramai lagi. Tu ha, budak lelaki yang selalu datang jumpa kau tu, OK apa aku tengok. Sesuai lah dengan kau. Nampak macam baik je. Kau terima lah dia."
"Aku anggap Ameer sebagai kawan biasa je. Tak lebih dari tu. Hati aku ni, setakat ni aku buka untuk Hariz seorang sahaja.
"Dah tu nak buat camana kalau dia dah tak nak kat kau. Takkan kau nak tunggu lagi macam orang bodoh. Esok dah ada kelas tau pukul 8 pagi, kau jangan sampai ponteng kelas pula disebabkan frust dengan dia. Karang aku pergi cari si Hariz tu marahkan dia," ugut si Wawa geram.
Sakit hatinya dengan perangai Hariz. Memberi harapan, selepas tu meranapkan pula. Ikut hatinya mahu sahaja Wawa pergi menemui Hariz dan menyumpah seranahnya tetapi memikirkan larangan dari Irdina, maka dia sabarkan hati.
"Aku tak cukup cantik kot, tak cukup baik untuk dia. Maybe.."
Irdina bersuara perlahan. Hatinya sebak sewaktu menuturkannya.
"Oh, Tuhan! Sakitnya luka ini. Seolah-olah aku mahu mati je.." hati sedihnya terus menangis.
"Kau kena kuat Dina, kau kena bangkit. Jangan jadikan ini sebagai penamat hidup kau. Kita datang sini nak belajar kan. Kalau mak ayah kau nampak kau begini, sedih mereka."
Air mata Irdina gugur lagi.
"Ya Allah, teruknya aku. Hanya kerana cinta yang tidak kesampaian, aku lupa pada kasih sayangMu, aku lupa pada kedua ibu bapaku yang bersusah payah menghantarku belajar ke sini. Teruknya aku ini Ya Allah.."
Suara hati Irdina terus berbisik.
"Aku akan cuba bangkit. Kejab lagi aku pergi mandi, makan..terima kasih Wa sebab concern tentang aku."
"Sama-sama. Kau kan kawan aku, aku tak mahu lihat kau terus hanyut dalam kesedihan. Aku keluar dulu ya."
Irdina menyeka setitik air matanya yang gugur kala teringat kekecewaan lalu. Tega Hariz melukakannya dengan parah. Sekarang ini hadir dengan ucapan maaf sahaja...sejujurnya maaf boleh diberi kerana Irdina tidak mahu diri terus dibelenggu dendam dan rasa benci. Namun, untuk menerima semula orang yang pernah melukakan dengan teruk, sukar sekali. Hanya masa yang akan menentukan...
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...