Menantu ayah??

143 3 0
                                    

"Ayah nak pergi mana ni malam-malam pakai macam ni?"

Inara bertanya, Irdina menoleh ke arah ayah yang sedang bersiap. Selalunya ayah duduk di rumah sahaja, apatah lagi jika malam tiba. 

"Nak pergi memancing, kalau-kalau ada rezeki."

"Ayah ni..macam lah jarang-jarang makan ikan. Ikan apa ayah nak, Dina boleh belikan. Tak payahlah pergi memancing bagai malam-malam pulak tu.

"Malamlah orang memancing, tak panas. Lagipun sekarang ni awal lagi kan, baru pukul 8.30."

"Ayah pergi dengan siapa?"

Irdina terus mengasak, risau dia. Sebuah kereta Wira masuk ke kawasan rumah dan enjinnya dibiarkan sahaja hidup. Pemandunya keluar. Ah, dia ni lagi! Bosanlah setiap hari memandang wajah dia. Setiap hari menempel je dengan ayah aku. Ayah kau mana?? Irdina mendengus.

"Itu, menantu ayah dah sampai," ujar ayah sambil ketawa kecil.

Irdina dan Inara berpandangan antara satu sama lain.

"Kau kan dik, yang ayah maksudkan..." Irdina mengejek. 

"Apa pulak aku, aku dah ada 'abam' polis, aku tak mahu 'abam' cikgu. Kau lah yang paling sesuai kak oi, cikgu sama-sama cikgu!"

"Bahenol kau."

Irdina membaling sebiji kacang goreng yang sedang dikunyahnya. Inara mengelak sambil ketawa mengekek.

"Nanti tolong buka pintu depan ya bila ayah dah balik. Tak lama pun pergi ni, bukan nak tidur situ. Mungkin pukul 12 atau 1 nanti baliklah."

"Oh...... ingatkan nak tidur situ.." 

Emak pula menyampuk. Irdina dan adiknya ketawa serentak.


CINTA KAU & AKU (completed)Where stories live. Discover now