Irdina mengesat hujung matanya dengan jari. Mengingatkan kisah silamnya yang hampir dicerobohi Ameer, membuatkan dia rasa takut untuk bercinta dengan mana-mana lelaki. Walaupun mahkotanya masih ada, namun dia tetap rasa rendah diri dan takut seandainya lelaki itu tidak boleh menerima dirinya seadanya.
Kehadiran semula Hariz ke dalam hidupnya kini juga membuatkannya kadangkala keliru. Antara perasaan sakit hati dan juga rasa cinta yang masih bersisa untuk lelaki itu. Irdina terperangkap dengan perasaannya sendiri. Dia mahu menerima huluran kasih yang cuba Hariz berikan, namun sesekali apabila kenangan lalu muncul, dia jadi takut.
Takut seandainya Hariz tahu tentang kejadian di malam keramat itu. Takut seandainya Hariz tidak mahu menerimanya. Sedih sekiranya Hariz akan menghamburkan hinaan terhadapnya. Dia bukan gadis liar, dia cuma naif. Dia bodoh kerana cepat meletakkan kepercayaan kepada orang.
Telefon bimbit yang berada di sisinya, berdering menandakan ada panggilan untuknya. Irdina jenguk ke skrin, HARIZ! Panjang umur lelaki itu kerana Irdina sedang memikirnya saat itu. Inikah yang dinamakan jodoh? Tapi aku tak layak untuk dia. Dia orang baik, orang yang menjaga agamanya. Orang yang rajin ke surau, bukan macam aku ni...kotor..
Telefon berdering lagi. Irdina mengambil sebiji bantal lalu menekup mukanya sendiri. Dia malu jika Hariz tahu apa yang pernah berlaku antaranya dan Ameer. Mesti Hariz akan salahkannya kerana mengikut lelaki itu keluar, sedangkan siang hari di Jusco hari itu pun teruk Irdina dimarahi apatah lagi jika Hariz tahu hal itu!
Mesej daripada Hariz masuk ke telefonnya. Dia hanya membiarkan sahaja. Dia tidak ingin memberi harapan kepada lelaki itu. Biarlah dia pura-pura jual mahal daripada akhirnya nanti dua-dua akan kecewa lagi. Biarlah dia menolak sekarang daripada mereka berpisah di kemudian hari....
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomanceKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...