"Ameer, lepaskan lah aku. Perut aku rasa sakit ni."
Irdina merayu lagi walaupun tahu rayuannya tidak akan diendahkan Ameer Mirza.
"Aku nak suapkan makanan, kau tak nak. Sekarang ni cakap sakit perut pulak. Macam-macam alasan kau nak lepaskan diri kan."
"Tak, bukan sebab tu. Tolonglah..tak guna pun kau buat aku mcam ni. Apa yang kau dapat?"
"Aku akan puas hati, selepas tengok kalian pun menderita macam aku. Hahaha.."
Tawa Ameer bergema dalam bangunan itu. Dalam samar-samar cahaya dari lilin-lilin besar yang dinyalakan disekeliling tempat itu, Ameer nampak kesedihan yang bersarang di wajah Irdina. Tetapi ketika itu, dia tidak mahu mengasihani perempuan itu. Malam ini, biar terungkai semuanya. Biar mereka bertiga bermandi darah pun tidak mengapa.
"Apa salah aku pada kau? Apa dosa aku sampai kau tergamak buat aku macam ni? Kenapa kau dendam sangat dengan aku? Aku tak kacau hidup kau pun kan Ameer.."
Irdina dengan sisa-sisa suara yang masih ada, cuba mendapatkan kepastian. Dia tidak menyangka sampai ke tahap ini Ameer mendendaminya.
"Kau punya salah dua je. Pertama, sebab kau reject aku. Kedua, sebab kau pilih dia."
"Kenapalah kau ni macam ni..kau dah kahwin kan, kenapa cari aku lagi?"
"Aku dah cerai dengan dia!"
"What? Tapi kenapa?"
"Sebab kau!"
"Kenapa aku pulak yang kau salahkan? Sedangkan aku tak kacau hidup korang pun. Aku pun ada kehidupan aku sendiri. Kau tu yang selalu kacau hidup aku!"
Ameer menghampiri Irdina yang diikat tangannya ke belakang. Di tariknya sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari situ. Dia mahu berbicara dengan perempuan kesayangannya itu sebelum suaminya sampai.
"Kau tahu kan Dina, dari dulu aku sayang sangat kat kau. Aku tahu kau sedar semua ni. Tapi kenapa kau tak layan aku. Aku nak kat kau dari dulu lagi, kenapa kau pilih dia juga?"
Ameer cuba mendekatkan bibirnya ke pipi Irdina. Irdina mengelak. Ameer mengetap bibir, geram dengan tindakan drastik Irdina.
"Dari dulu lagi aku nak rasa manisnya bibir kau. Kau ingat tak malam tu..."
Ameer berbisik ke telinga Irdina. Irdina meronta-ronta dan cuba menggunakan kakinya yang tidak diikat untuk menendang Ameer. Ameer hilang imbangan dan kerusi yang didudukinya terbalik.
"Aku buat kau lembut-lembut, kau main kasar ek Dina. Kau nak tengok aku main kasar jugak ke?"
"Hoi!"
Kedua-dua berpaling demi mendengar suara itu. HARIZ!
"Abang..."
Irdina berteriak memanggil Hariz. Dia tahu Hariz akan datang untuk menyelamatkannya.
"Nampaknya kau dah sampai. Tapi, aku tak akan sesenang itu bagi dia pada kau. Kita tengok, siapa yang akan dapat Dina."
"Apa kau cakap ni Ameer, sudahlah. Hentikan kerja gila kau ni. Kau ni dah sakit aku rasa. Kau buat apa sekalipun, kenyataannya, aku milik Hariz, bukan kau."
Irdina dengan nada lembut cuba memujuk Ameer. Mana lah tahu, Ameer akan lembut hati dan melepaskan mereka.
"Apa yang kau tak puas hati dengan kami ni sebenarnya Ameer? Tak cukup lagi kau fitnah isteri aku macam-macam semata-mata nak suruh kami berpisah?"
"Aku dengan Dina memang pernah terlanjur. Betul tak Dina?"
Ameer menoleh ke arah Irdina dengan pandangan tajam.
"Tak abang, demi Allah Dina tak buat perkara terkutuk tu. Ameer, sudahlah. Aku merayu, kau lepaskan kami dan aku takkan buat police report. Aku boleh maafkan kau dengan syarat kau lepaskan kami."
"Kau mengaku dulu, kita pernah terlanjur. Kita pernah terlanjur dalam kereta masa tepi hutan dulu kan..."
Ameer terus melakukan provokasi dengan harapan Hariz akan naik marah.
"Macam mana aku nak mengaku sedangkan aku tak buat. Abang, dia fitnah Dina. Jangan percaya cakap dia, dia sebenarnya yang cuba rogol Dina malam tu!"
Hariz tergamam seketika. Drama apakah yang sedang berlaku sekarang? Siapa yang dia mahu percaya? Ameer atau isterinya, Dina?
"Kesian kau Hariz, kau dapat sisa aku. Masa kau kahwin dengan dia, dia masih dara ke?"
Ameer terus mengasak Hariz dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Irdina menangis teresak-esak apatah lagi melihat reaksi suaminya yang tergamam dan seolah-olah mempercayai segala kata-kata Ameer.
"Aku terima Dina seadanya walaupun apa kesilapan dia di masa lalu. Aku pun bukan sempurna. Kau tak perlu lagi nak provok aku. Kau silap orang sebab, aku takkan termakan dengan kata-kata kau. Aku sayangkan isteri aku lebih dari nyawa aku sendiri."
"Baiklah kalau kau dah kata begitu. Kau datang lah sini, ambil dia.."
Irdina berhenti menangis. Tidak percaya Ameer akan mengalah secepat itu. Ameer membuka ikatan tangan Irdina dan mengarahkan Irdina bangun.
"Datanglah ambil dia.."
Hariz berlari mendapatkan Irdina dan memeluk isterinya itu. Dia risaukan Irdina dan kandungan isterinya itu. Tiba-tiba Hariz terasa sesuatu yang tajam menusuk ke belakangnya. Ngilu!
"Abang...kenapa abang?"
Irdina hairan melihat suaminya tiba-tiba memegang belakang badan.
"Arghhhh.."
Irdina kaget apabila melihat darah merah melekat di tapak tangan suaminya. Dia menoleh Ameer yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Binatang kau!"
"Korang ingat, aku akan senang-senang nak lepaskan korang berdua? Padan muka."
"Abang..."
Irdina memangku Hariz yang mengerang kesakitan. Darah membasahi baju yang dipakainya.
"Tolong! Tolong!"
Irdina menjerit meminta bantuan.
"Ya Allah, bantulah kami Ya Allah.."
"Pak Lang, Mak Lang..."
Irdina dan Ameer menoleh ke arah suara itu. Farhan sampai namun sudah terlambat kerana Pak Lang nya sudah terbaring kesakitan. Ameer yang melihat situasi tersebut tiba-tiba lari dari situ. Dia tahu Hariz membawa orang lain dan kemungkinan sudah memberitahu polis sebelum datang ke situ.
"Paan, call ambulans sekarang..."
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
Storie d'amoreKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...