"Hello..ni Dina ke?"
Satu suara perempuan yang tidak dikenali menghubungi Irdina suatu petang ketika dia baru bangun tidur. Waktu menunjukkan kira-kira pukul 5 petang. Dalam keadaan mamai, Irdina menjawab.
"Ya, saya. Siapa ni?"
"Aku ni tunang Ameer. Apa hubungan kau dengan tunang aku ek? Nampak dia selalu mesej kau aje.."
"Oh..kenapa awak tak tanya tunang awak tu? Kenapa dia asyik kacau saya? Bukan saya yang mesej dia, dia yang mesej saya dulu tau. Jadi jangan nak salahkan saya pulak."
"Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Kalau tak melayan, takkan jadi punya.."
Sinis sangat bunyi ayat itu di telinga Irdina. Darahnya mula mendidih.
"Kau jangan nak menuduh sebarangan ek. Kau tu tak kenal pun aku camana dan kau pun tak cukup kenal lagi perangai tunang kau tu. Sebelum kau nak sumpah seranah orang lain, kau jaga elok-elok tunang kau tu supaya tak kacau hidup aku lagi."
Irdina menekan butang merah dan meletakkan telefon bimbit di atas tilam. Geramnya dia!! Disebabkan salah orang lain, dia yang kena sumpah seranah. Ishhkk..ni rasa nak mencarut ni....
*********************************************************************************************
'Saya nak ajak awak dinner malam ni boleh?'
Irdina menerima mesej yang dihantar oleh Hariz melalui aplikasi WhatsApp sewaktu sedang makan di kantin sekolah iaitu kira-kira pukul 10 pagi. Irdina tidak terus memberi jawapan. Dia meneruskan suapannya. Ikan kembung masak kicap sedap pula digandingkan dengan sayur brokoli goreng bersama udang kecil.
Setelah selesai makan, dia menghirup air sirap limau pula sambil berbual-bual hal sekolah bersama rakan-rakan. Pukul 10.50 pagi Irdina ada kelas pula, jadi masa itu sahaja lah yang dia ada untuk makan dan berbual-bual dengan rakan-rakan. Apabila jam menunjukkan pukul 10.30, dia cepat-cepat membayar makanan dan terus naik ke bilik guru untuk membuat persediaan mengajar.
Langsung dia terlupa untuk membalas mesej dari Hariz sehinggalah kelas yang terakhirnya tamat iaitu pada pukul 12.50 petang. Irdina melabuhkan duduk di kerusinya, melepaskan lelah seharian mengajar. Penat sangat hari ni. 9 waktu!
Tangan Irdina meraba dalam beg tangan dan mengeluarkan dua buah telefon bimbit. Satu untuk urusan sekolah yang mana hanya mengandungi Telegram sahaja manakala satu lagi untuk urusan peribadi. Seperti biasa, yang melibatkan urusan sekolah dulu yang akan dibuka terlebih dahulu. Kemudian barulah telefon peribadinya.
Tiada mesej baru yang masuk, jadi mesej dari Hariz berada di kedudukan teratas. Barulah Irdina teringat dia belum menjawab pelawaan Hariz. Dia berfikir sejenak. Macam malas, tapi teringin juga nak curi pandang wajah bersih Hariz. Hahaha..gedik juga kau ni Irdina..hai, siapa tak nak tengok rupa yang handsome? Bukan selalu dapat tengok..Irdina senyum sendiri..
"Kau dah kenapa Dina senyum sorang-sorang?"
Tiba-tiba Kak Rohani yang baru tiba di meja nya yang terletak berhadapan meja Irdina menegurnya. Irdina senyum malu. Aduhai kantoi senyum sorang..
"Tak de apa-apa lah kak. Akak nak balik dah ke?"
Saja Irdina bertanya sedangkan dia tahu kakak yang seorang ni jenis balik awal. Pukul 1 je cabut terus!
"Hai, lagi mau tanya ke? OK, akak cau dulu ya dik."
Irdina mengangguk sambil mengekori langkah Kak Rohani dengan ekor matanya.
"Ermm..nak ke tak nak ni ek?"
Akhirnya jari-jemarinya menaip mesej untuk si Hariz.
'Ada apa-apa yang awak nak cakap ke?'
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
RomansaKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...