Selesai makan malam, Farhan hanya berkurung diri di dalam bilik. Seperti biasa, kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Dina akan di hadapnya dulu berbanding subjek lain. Apatah lagi tajuk Matriks yang sedang dipelajarinya sekarang di sekolah agak menarik minatnya.
Semakin lama, minatnya terhadap subjek Matematik semakin bercambah. Farhan bukan sahaja menyukai subjek itu, malah berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan perhatian dari cikgu yang mengajar subjek itu. Apabila cikgu itu memujinya, dia akan berasa sangat gembira dan usahanya akan terus bertambah. Jika sebaliknya, dia akan bertanya cikgu itu sehinggalah dia faham.
Satu jam berlalu, kerja sekolah Matematik dan juga Pendidikan Islam selesai dikerjakannya. Farhan bangun dari kerusi yang didudukinya sambil menggeliat. Langkah diatur laju ke katil bujang miliknya lalu tubuhnya yang lampai direbahkan.
Telefon bimbit yang berada tidak jauh dari situ digapainya. Farhan merenung skrin telefon yang sunyi tanpa notifikasi atau mesej. Forever alone...nafas berat dilepaskannya. Kadangkala hidupnya terasa bosan juga apatah lagi selepas ketiadaan ayahnya.
Jika dulu, ayahlah yang rajin melayannya bercerita. Ayah yang tegas tapi penyayang. Garang tapi baik hati...ayah...Al-Fatihah untuk arwah ayah..air mata jantannya terasa melimpah di kolam mata. Disekanya dengan hujung jari. Rindu sangat-sangat..
Farhan memejam matanya. Dia mahu melupakan seketika kenangan bersama arwah ayah. Dia tidak mahu sedih-sedih lagi. Nanti kemurungan yang pernah hadir setahun yang lalu akan menghantuinya semula. Dia tidak mahu terus mengenangi orang yang telah tiada. Yang hidup perlu teruskan hidup!
Cikgu Dina!
Tiba-tiba nama itu muncul di fikiran Farhan. Wajah guru lewat 20-an itu seringkali hadir sejak akhir-akhir ini. Perasaan apakah ini? Seumur hidup Farhan belum pernah rasa perasaan sebegini. Setiap hari dia mahu memandang wajah tenang dan redup milik gurunya itu. Kesabaran dan keikhlasan guru itu mengajar benar-benar mengkagumkannya. Benar-benar menambat hatinya.
Siapa Cikgu Dina di hatiku? Sekadar guru kah? Kalau sekadar guru, tak mungkin aku ingin menatap wajahnya setiap hari. Jika tiada waktu Matematik, Farhan sengaja mengunjungi bilik guru yang terletak 1 tingkat di bawah kelasnya. Selagi dia tidak melihat Cikgu Dina, selagi itu dia merasakan hidupnya tidak lengkap.
Pernah juga beberapa kali dia membelikan kuih dan meletakkannya di atas meja guru itu dengan diselitkan nota. Dalam hal itu, Farhan berani berterus-terang dengan meletakkan namanya pada nota kecil itu. Dia ikhlas menghadiahkan makanan kepada guru itu kerana dia sedia maklum guru-guru kadangkala tidak sempat makan pagi terutamanya jika kelas mereka di awal pagi.
Pada mulanya Cikgu Dina melarangnya terus memberi makanan namun apabila dia terus berkeras, Cikgu Dina nampaknya sudah pasrah dan menerima tanpa banyak bicara lagi. Farhan tahu perasaan yang wujud terhadap Cikgu Dina bukanlah seperti anak dan ibu, bukan juga adik dengan kakak. Walaupun sedar perasaan itu mustahil, dia tetap mahu mencuba. Tapi....reaksi Pak Lang nya pada beberapa hari lepas tiba-tiba merisaukannya. Macam sesuatu sangat....
YOU ARE READING
CINTA KAU & AKU (completed)
Любовные романыKisah tentang cinta yang tertangguh namun bertemu semula selepas 10 tahun. Mungkinkah keadaan dan hati masing-masing masih memegang teguh antara satu sama lain? Jika anda suka bermain dengan emosi, anda patut cuba meneroka kisah ini... #KISAH INI TE...