<1>

118 6 1
                                    

Gadis berbaju sekolah laju menuruni tangga dan meluru ke dapur rumahnya. "Aku pergi dulu!" Ujarnya sebaik sahaja mencapai botol air. Dia menuju ke pintu rumahnya lalu menyarungkan kasut putih bertali.

Belum sempat dia bersuara abangnya, Adam berkata "Kau nak pergi mana awal pagi ni? Baru pukul 6.00 pagi kan?"

Zulaika tersenyum sendiri. "Adalahh.." jawabnya kemudian menapak ke pintu pagar lalu terus berjalan kaki ke sekolah tanpa menghiraukan laungan abangnya

"Zulaika awal lagi lah!"

"Tak pa , Firel ada!"

Adam mengeluh. Semenjak adiknya couple dengan Firel, dia tidak langsung tidak lekat di rumah. Mentang-mentanglah Firel kaya! Dia kembali ke biliknya dan menghenyakkan badan ke atas tilam. Letih memikirkan masalah dunia agaknya.
<><><>

Lenovo miliknya bergetar sebaik sahaja jam menunjukkan jam 7.00 pagi. Pada mulanya, Adam tidak mengendahkan telefon itu tetapi setelah berkali-kali berbunyi, dia mengalah. Dia mencapai telefonnya kemudian meneliti peringatan yang terpampang pada skrin.

5 missed call.

Dia bangun duduk. Terdiam seketika Masih bingung. "Siapa yang call aku?" Segera dia meneliti nombor yang menelefonnya.

019-*******

Tidak diketahui. Adam tidak pernah menyimpan nombor itu dalam telefon. Lenovo bergetar buat kali keenam. Cepat-cepat menyambut panggilan.

Suara garau bergema di hujung talian. "Ni ayah Zulaika?"

"Tak, ini Adam. Abang Zulaika."

"Oh, kamu Adam. Saya nak kamu datang sekolah sekarang juga. "

"Ya..." bibirnya menjawab panggilan namun hatinya tidak memasang niat untuk pergi ke sekolah hari ni. Ada perhimpunan pada hari ini. Jadi... dia tak sukakan perhimpunan. Bosan.

"Adik kamu..." Cikgu Zamri masih meneruskan perbualan . Dia tidak perasan bahawa dia sedang berbicara dengan orang yang sedang tidur. "...berada di hospital."

Terjaga Adam dari tidur. Tersentak. "Jatuh? Hospital?" Dia mahukan kepastian.

"Ya. Bawa bersabar Adam. Kita bincang.."

Telefon dilempar. Dia segera menyarungkan kemeja sekolah yang tidak berbutang dan menuju ke halaman rumah. T-shirt kelabu yang dipakai dari semalam dibiarkan di badan. Adam sedar beberapa ekor lalat menghampiri dirinya yang busuk. Tetapi dia tidak kisah! Ini kecemasan!

Enjin motosikal dimatikan. Adam memarkir motosikal kemudian pantas menuju ke perkarangan sekolah. Cikgu Zamri menghentikan kereta di hadapan Adam lalu menjemputnya naik.

<><><>
Adam cuba menahan air mata. Tak sangka. Nyawa adiknya begitu singkat . Kata-kata doktor diimbas kembali "Maaf adik tapi Zulaika tak dapat diselamatkan. Mohon adik banyakkan bersabar."

Tangannya di genggam kemas. Sepanjang perjalanan pulang, dia termenung ke luar tingkap kereta mendiamkan diri. Cikgu Zamri yang sedang memandu, memerhati anak muridnya menerusi pantulan cermin. Keretanya dipandu mendekati tempat parkir guru.

"Baiklah Adam. Kamu pergi masuk kelas. Jangan.."

Pintu kereta dihempas dan Adam melangkah keluar dari perut kereta. Dalam mindanya, hanya satu 'Habislah kau aku kerjakan'. Dia pasti lelaki itu yang bertanggungjawab dan dia yang paling rapat dengan adiknya. Adam menuju ke kelasnya.

Matanya meliar mencari sesuatu. 'Itu dia !' Jerit hatinya. "Firel!"

Boyfriend Zulaika menoleh. Dia memerhati Adam sambil tersenyum. Firel tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Adam kan jarang ke sekolah. 'Ini pasti tentang Zulaika.'

Firel menghulurkan tangan apabila Adam berada di hadapannya. "Adam.."

Satu tumbukan menerjah rahang kirinya. Pelajar yang berada di dalam kelas terkesima. Masing-masing terkejut. Kawan-kawan Firel maju untuk melindungi rakannya. Disuruh Adam pergi tetapi dia tidak mengendahkan.

Suasana semakin tegang. Pelajar perempuan sudah lama meninggalkan kelas kerana ketakutan. Adam merenung tajam wajah mereka lalu bersuara "Ke tepi." Namun, rakan-rakan Firel tetap berdegil.

Darahnya semakin menggelegak. Adam tidak suka orang asing menghalang urusannya. Kawan-kawan Firel bukan orang biasa tetapi atlet sekolah. Tetapi.. dia peduli apa? Nafas dihembus kemudian dia menumbuk rakan Firel yang berada tepat di hadapannya.

Sorakan pelajar lelaki semakin rancak apabila Adam berjaya menumpaskan satu demi satu kawannya. Kelas tersebut umpama gelanggang WWE. Hampir semua pelajar dari kelas lain menonton melalui tingkap dan bersorak.

Kolar baju Firel digenggam dan ditarik ke arahnya. Luka kecil di bibir Adam tidak dipedulikan. "Aku.. aku... tak tahu apa-apa pasal Zulaika" ujarnya dalam ketakutan. Perasaan simpati tidak wujud dalam diri Adam. Dia mahu melepaskan geram, marah dan sedih.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now