<5>

40 4 0
                                    

Pintu kuak. Aleya dan Adam menapak masuk. Mereka berdua mendekati meja bulat yang menjadi tempat ahli SBM bermesyuarat.

Suasana kembali tenang. Shakira mengalah dan Danish mengambil headfonnya dengan pantas. Mereka kembali serius. Shakira memandang wajah Adam dan bertanya "Last seen Zulaika? Di mana? Pukul berapa?"

Adam terpana seketika mendengar soalan yang bertubi-tubi dari mulut Shakira. Dia cuba hadam semua soalan tersebut sebelum jawab. Matanya melihat semua wajah yang sedang menumpukan perhatian kepadanya.

Spontan dia menjawab "Aku tak tahu. Dia tahu" katanya kemudian memberi pandangan tajam kepada Firel.

Shakira mula meluat dengan sikap Adam. Dia menggulingkan bola matanya dan mengeluh kasar. "Apasal pulak aku yang tahu?" Firel melenting. "Kau kan abang dia!"

"Kau tu lelaki kesayangan dia! Takkan satu benda pun kau tak tahu tentang tu!" Tukas Adam.

"Aku bukan binatang peliharaan dia nak dekat dengan dia selalu! Aku kawan dia ja!" Firel tidak mahu mengalah.

Adam berdiri. "Aku tahu kau boyfriend dia, bukannya kawan! Kalau tak kau takkan berani ajak dia awal pagi ke sekolah sekadar nak jumpa."

Firel terdiam. Bingung. "Masa bila pula aku ajak Zulaika jumpa awal-awal pagi?" Dahinya berkerut seribu.

"Kita patut bincang perkara ni lain kali. Dah lewat ni" terang Shakira.

"Lewat?" soal Danish.

Shakira tidak mengendahkan Danish sebaliknya mengarahkan Adam dan Firel pulang. Meskipun suasana agak tegang tetapi Rayyan masih sempat lagi bergurau. "Mungkin hantu yang ajak Zulaika keluar" usiknya lalu mengilai persis puntianak. Malangnya kedengaran seperti suara sengau yang sedang menyanyi.

"Tak lawak, Rayyan" komen Aleya. Dingin.

Rayyan berhenti mengilai sengau. Setelah
Adam dan Firel beredar, Shakira berdiri dan berlagak persis Perdana Menteri. "Aku pasti pembunuh tu mesti orang yang rapat dengan Zulaika!" Dia mula mereka spekulasi berdasarkan firasat.

Masing-masing mendiamkan diri. Tiada respons. Tiada pendapat lain. "Kalau kawan rapat dia yang bunuh, kau syak siapa?" Tiba-tiba Rayyan bersuara.

"Kawan rapat dia lah!"

"Ya lah tapi siapa?"

"Kawan rapat."

"Ish!" Rayyan hanya mampu menahan sabar. Bibirnya diketap bagi menahan dari kata-kata kesat keluar daripada mulutnya.

Danish menghentikan lagu kemudian bertanya "Shakira, kenapa kau tak tanya Adam tadi?"

Sengih seperti kerang busuk. Itu sahaja Shakira mampu lakukan. "Esok kita panggil dia lagi." Danish angguk tanda setuju.

"Kenapalah ketua kita ni lembap sangat?" Luah Rayyan kemudian tersenyum kelat.

Aleya memandangnya tajam. Rayyan memasang muka selamba. Danish pula memasang lagu semula. Dia tahu tak lama lagi Shakira akan melenting.

"Cermin diri sendiri dulu! Kau patut sedar kau tu pun ketua pengawas yang lembap juga! Catat nama orang 24 jam! Tapi diri sendiri pun tak..."

Belum sempat menghabiskan kata-kata, Rayyan memotong "Suka hati kau ja komen tentang aku! Kau langsung tak faham bebanan yang aku tanggung! Tugas aku lagi berat daripada kau!"

"Mana ada! Tugas aku lebih susah daripada kau! Kau mana tahu!"

Baru Rayyan ingin membuka mulut, pintu bilik mesyuarat di ketuk beberapa kali. Seorang pelajar perempuan membuka pintu. "Maaf, kamu semua."

Pergaduhan mereka terhenti di situ. "Dah nak pukul 7 petang. Saya rasa lebih baik kamu semua balik dahulu. Sambung mesyuarat esok."

Masing-masing terpana. Suaranya lembut dan rupa parasnya persis model. "Baik. Mesyuarat tamat. Bersurai." Shakira berdiri lalu menolak kerusinya ke bawah meja. Dia sempat lagi memberi jelingan tajam kepada Rayyan tetapi pengawas itu tidak sedar.

<><><>

Adam memeriksa telefonnya sebelum menhidupkan enjin motor. Takut-takut ibu bapanya menyoal sesuatu. Dia periksa satu per satu notifikasi. Tiada. Lega hatinya.

Baru sahaja mahu berangkat, Firel memanggil namanya. Adam toleh. Firel mendekati dirinya kemudian bertanya "Boleh kau bagi aku tumpang? Aku nak call driver aku tapi bateri phone aku habis".

Mahu termuntah hijau Adam mendengar permintaan Firel. 'Dia anak orang kaya. Nak ka dia naik motor buruk ni?' Bicara Adam dalam hati. Dia menghulurkan telefonnya. "Call driver kau guna phone aku."

Firel menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Mmm..Aku tak ingat nombor driver aku. Aku tumpang kau je lah." Tanpa segan silu dia terus melompat naik ke atas motosikal.

Adam merungut perlahan. Enjin motosikal di hidupkan.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now