Sepanjang perjalanan, Adam tidak bercakap banyak. Dia senyap mendengar arahan daripada Firel. Perjalanan ke rumah anak orang kaya ini tidak jauh. Hanya mengambil masa 5 minit. Tiba di pintu pagar, Adam memperlahankan kelajuan dan menurunkan Firel di situ.
"Thanks!" Ucap Firel. Mindanya teringatkan sesuatu sebelum sempat membuka langkah. Dia berpaling ke arah Adam. "Pasal ada orang suruh adik kau pergi sekolah awal pagi tu, kau agak siapa?"
"Tak tahu."
"Tengoklah phone adik kau. Mana tahu kau boleh tahu siapa orang tu?"
Adam angguk. Sebenarnya itulah cadangannya dari awal tetapi telefon adiknya berkunci dan dia tidak mengetahui kata laluan. "Boleh aku tanya sesuatu?" Dia memandang wajah Firel yang mirip lelaki Korea.
Firel tidak membalas sebaliknya menunggu soalan daripada Adam.
"Kos rawatan kau cecah ribuan ringgit ka?"
"Tak. Kenapa?"
Adam memulas enjin motor dan terus beredar. Firel mengejarnya untuk bertanya tetapi dia tidak diendahkan. 'RM 1500 untuk apa? Kenapa ibu bapa Firel mintak?'
<><><>
Skuad Berani Mati
Shakira♥️
Huiii! Esok kita nak
bincang apa?😙
Tentang Zulaika
ataupun Qaira?Danish
Qaira tu sapa?Perfecto⭐
Yang datang ke bilik
kita tu ka?Aleya
Amboiii! Cakap pasal
Qaira laju ja!Shakira♥️
Emm.. untunglahh Qaira
Cantik, lemah lembut
ramai peminat pulak tu!Danish
Aku tak minat dia punPerfecto⭐
Aku pun. Aku suka
perempuan yang baik
dan ikut rulesShakira♥️
Okey, fine.Aleya
😅Danish
Weii! Aku tanya Qaira
tu sapa?Perfecto⭐
Takkan kau tak kenal?
Dia presiden sekolah!Danish
Ouh.. aku tak tahuAleya
Pergi perhimpunan kerja
dengar lagu, padanlah
tak tahu apa-apa😝Danish
Mana ada..Shakira♥️
Antara presiden dengan
ketua pengawas, siapa
berkuasa lagi?
Mesti Qaira kan?Perfecto⭐
Iyaa..Shakira♥️
Kalau dia buat salah kau
akan catat nama dia tak?Perfecto⭐
Mestilah.. tu kan tugas
aku..Perbualan mereka berhenti di situ. Bola mata Shakira sudah letih berjaga. Dia perlukan rehat. Danish, Aleya dan Rayyan masih lagi berbual. Kes kematian Zulaika kekal misteri. Di tambah pula dengan kes kematian pelajar di makmal Sains iaitu Ariff.
Banyak masalah yang timbul sejak akhir -akhir ini. Telefonnya bergetar. Terdapat mesej Whatsapp yang baru masuk. Dia melihat telefon kali terakhir sebelum melelapkan mata.
Aleya
Tegasnya😕Perfecto⭐
Kena amanahDanish
👏 we'll see 👀Suis lampu tidur yang terletak di atas meja berdekatannya ditutup. Dia meletakkan kepala ke atas bantal dan terus lena di buai mimpi.
<><><>
Pelbagai kata laluan dimasukkan tetapi Adam masih tidak dapat meneka kata laluan dengan tepat. Dia sendiri tertanya-tanya, apakah kata laluan yang digunakan oleh Zulaika. Tarikh lahir Firel pun dimasukkan sebagai kata laluan malangnya tidak betul juga.
"Hishhh!!" Adam serabutkan kepalanya lalu melemparkan telefon adiknya ke atas lantai. Skrin telefon itu retak sedikit. "Password apalah budak ni letak?" Rungutnya perlahan.
YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...