<8>

30 5 0
                                    

Pelajar bebas berada di mana sahaja pada waktu begini. Ada yang memilih untuk ke perpustakaan, ada yang ke kafeteria ataupun lepak di tangga. Qaira selalunya berada di kafeteria pada waktu rehat untuk mengisi perutnya tetapi tidak pada hari ini.

Niat dia untuk bertemu Rayya. Ada sesuatu yang perlu di bincangkan. Qaira mencari Rayyan di merata tempat tetapi tidak jumpa. Apabila dia melintasi bilik guru, seorang cikgu berbadan dua memanggilnya.

"Tolong hantarkan fail ni kepada pengetua" pintanya lembut. Qaira turuti.

Tombol pintu di pulas dan Qaira terus melangkah masuk. Langkahnya terhenti. Rayyan betul-betul berada di hadapannya. Wajah mereka sangat dekat. Kedua-duanya terpempan seketika.

"Qaira..Qaira.." Lamunan mereka berdua mati apabila mendengar nama ketua presiden dipanggil pengetua.

Segera gadis itu memberi respons. "Ya.. pengetua."

Pengetua mengangkat keningnya tanda 'kenapa?' Rayyan segera beredar. Dia tidak mahu mencampuri urusan mereka. Qaira meletakkan fail tadi ke atas meja pengetua. "Cikgu Sofiah suruh saya hantarkan kepada pengetua."

Angguk. Itu sahaja respons yang ditayangkan pengetua. Qaira cepat-cepat keluar dari bilik tersebut. "Rayyan, tunggu!" Dia lajukan langkah. Si perfecto berhenti dan menoleh.

Gadis itu ukir garis senyum sebelum bertanya soalan. "Boleh saya tahu fungsi SBM?"

Rayyan tersenyum nipis. "SBM ditubuhkan untuk tolong pihak sekolah selesaikan apa-apa masalah."

"Emm..kalau macam tu, saya nak sertai boleh tak?"

Soalan tersebut membuatkan lelaki itu tergelak kecil. "Tak boleh, Qaira."

Laju sahaja Qaira menarik muka masam.

"Tak boleh, Qaira bahaya... Kalau kau nak sertai jugak, kau kena mintak kebenaran Shakira. Dia ketua." Terang Rayyan sambil berharap Qaira akan menerima. Dia tahu Qaira jenis yang lemah lembut.

Suasana menjadi sunyi sepi. Qaira tunduk terdiam. Hasratnya tidak tercapai. Dia rasa bersalah. Sudahlah memegang jawatan ketua presiden tetapi masalah sekolah langsung dia tidak selesaikan.

KRUKKK~

Perut Qaira memainkan rentak pop minta diisi. Mata mereka berdua saling berpaut antara satu sama lain. Automatik Rayyan menghulurkan sebungkus nasi yang terdapat di tangannya. "Ambil lah, aku dah makan dah."

Hampir sepuluh saat, barulah bungkusan nasi itu bertukar tangan. "Terima kasih" ucap Qaira perlahan. Malu.

<><><>

Peluh menitik dek kerja berat yang dilakukannya. Habis basah bajunya bermandikan peluh. Sepuluh kali dia berulang-alik dari stor ke lori memgangkut barang. Hendak merungut pun, tiada guna. Kerja ini sahaja kosong.

"Tinggal satu ja lagi.." luah Adam sebaik sahaja meletakkan kotak ke dalam stor. Peluh di dahi di kesat menggunakan lengan baju.

Seorang lelaki tua berperut buncit memerhati Adam. "Adam lepas ni tolong angkat guni bawang besar, letak di depan stor. Stok bawang besar dah nak habis. Lepas kau letak guni tu kat luar, kau tolong kira stok guni tu tinggal berapa. Aku takut tak cukup." Pintanya kepada Adam.

'Mak aih! Boleh jadi rapper bos aku nih! Cakap bukan main laju.' Komen Adam dalam hati. Dia terangguk-angguk seperti burung belatuk. "Baik, bos"jawabnya. Lelaki tua melakukan tanda 'bagus' kepada Adam.

Timbunan guni bawang besar bukan main menggunung selepas Adam mengangkat dan mengumpulkan guni-guni keluar dari stor. "Satu, dua , tiga,.." Dia kira satu per satu guni itu. "Sepuluh,sebelas.."

"Eh, Adam kenapa bawa keluar semua guni bawang besar?"

Adam memandang Pak Ril, bosnya pelik. "Bukan pak cik ka yang suruh letak guni bawang besar ni luar stor?"

"Eh, masa bila?" Kini, lelaki perut buncit itu pula memandangnya pelik.

"Bos aku ni.. tak lama dah kot nak hidup." Makinya perlahan sambil menggigit bibir. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menumbuk muka Pak Ril yang pecah itu.

Kedengaran ketawa kecil. "Aku melawak ja. Jangan marah ye , Adam. Kau boleh balik dah. Biar pekerja lain buat." Jelas pak cik itu sambil menahan gelak.

"Baiklah. Saya balik dulu." Pintanya seraya laju melangkah keluar dari kedai tersebut. Nanti tidak semena-mena bosnya diserang. Nasib baik Adam tak tumbuk lagi lelaki tua itu! Dia ingat lawak menipu dengan cara begitu.

Lenovo milik Adam bergetar diiringi nada dering. Ada manusia yang menghubunginya. Dia mengangkat panggilan tersebut. "Adam! Tolong datang perpustakaan sekolah. Sekarang!" Dia pantas menjauhkan telefon daripada telinganya.

Suara Shakira persis penyanyi opera membuatkan Adam terkejut beruk. Nasib baik dia tidak melemparkan telefonnya. Mahu sahaja dia memaki gadis itu tetapi belum sempat balas, Shakira sudah putuskan talian.

------------------------------------

thanks kepada sespa yg sudi baca cerita ni😘
Serius rasa terharu😢
Thanks for view+vote+comment
hope korang enjoy



The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now