<15>

21 3 0
                                    

Sebuah kereta BMW berhenti di hadapan kedai runcit. Firel menapak keluar dari perut kereta lalu mengatur langkah ke kedai tersebut. Dia mencari beberapa paket makanan ringan dan satu tin air bergas.

Keropok berlabel Mamee, Corntoz dan Snekku diletakkan ke atas kaunter. Juruwang tersebut mengimbas kod bar yang terdapat pada bungkusan. Dia kemudian menyatakan harga makanan kepada Firel.

Terkejut beruk Firel melihat wajah juruwang tersebut. Selalunya, perempuan cantik yang sering menjadi juruwang tetapi kali ini.... adalah seorang pak cik.

"Kenapa dik? Buruk sangat ka muka pak cik ni?"

Pantas saja Firel menggeleng. Sewaktu dia membayar satu susuk tubuh telah menangkap perhatiannya. "Eh, tu bukannya Adam ka?"

"Kau minat budak tu?" Spontan pak cik itu bertanya.

"Pak cik ingat saya gay ?" Firel pelik dengan soalan juruwang tua. 'Ish..ish..ish..Apalah nak jadi dengan masyarakat sekarang.'

"Budak ni." Dia menepuk dahi. "Bukan pekerja tu! Perempuan yang berdiri sebelah dia tu!"

Firel memerhati wajah perempuan yang dimaksudkan oleh pak cik. Apabila gadis menoleh, dia mengukir senyuman sehingga menampakkan giginya yang rongak. Dia melambaikan tangan kepada Firel. Kelihatan sangat gembira.

Muntah hijau dibuatnya! Firel cepat-cepat menoleh lalu menjeling tajam pak cik. Bukan main lagi dia tertawakan Firel. Seronok betul pak cik itu mengenakan Firel. Setelah tawanya reda dia bertanya "Kamu kenal Adam? Dia tu pekerja pak cik." Cuba bermesra semula dengan lelaki muda.

Firel angguk. "Saya kenal." Dia terdiam seketika. "Pekerja pak cik?" Bingung.

"Ya, pak cik pemilik kedai ni. Adam tu baru ja bekerja si sini."

"Kenapa dia kerja ?"

Pak cik itu terdiam seketika. "Untuk sara isteri dan anak-anak dia, katanya."

"What?!" Terbeliak matanya. Dia terlalu terkejut. Pantas dia mencari kelibat Adam dan menerjah ke arahnya. Firel menampar bahu Adam. "Kau dah kahwin?! Kenapa tak bagitahu aku?!" Suara menjeritnya bergema di seluruh kedai. Berpasang-pasang mata tertancap pada mereka berdua. Adam memandang Firel seperti mahu menelannya.

Firel ditolak keluar dan kedai melalui pintu belakang. Dia jatuh terduduk. Kuat betul Adam tolak. Adam menyusul keluar lalu menutup pintu.

"Kau pahal?!! Tiba-tiba kata aku dah kahwin?!" jerkahnya. Bengang Adam dengan sikap Firel. Memalukan!

Firel terkebil-kebil melihatnya. "Tapi.. pak cik tu yang kata kau dah kahwin."

"Haduhh.." Adam meraup muka. "Kau percaya cakap pak cik tu? Dia tu suka bohong lahh!!"

"Tapi pasal kau kerja kat sini dia tak bohong kan?" Firel cuba meneka. Adam terdiam. "Kenapa kau kerja?"

Sunyj sepi. Adam seperti mahu mengelak. Dia toleh dan membuka pintu untuk menapak semula ke dalam kedai. Pantas Firel menarik lengannya. "Bagitahulah aku sebab apa?"

Adam toleh. "Yang kau nak sibuk ni kenapa? Tak dak kaitan dengan kau kan?" Bertambah meluat Adam dengan sikap Firel. Sibuk jaga tepi kain orang. Tanpa menunggu jawapan daripada Firel dia terus masuk ke dalam kedai semula.

"Nanti!" Firel mengeluh kasar.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now