Hari cuti hujung minggu selalu dihabiskan dengan tidur dan melihat instagram di skrin telefon. Kadang-kadang tengah hari baru bangun tidur . Tapi, hari ini Shakira bangun awal pagi dan bersiap awal.
Misinya hari ini dia mahu siasat lebih lanjut kawasan kejadian sebelum ini. Pembunuh itu perlu ditangkap jika mereka tidak mahu dibuang sekolah. Setelah lama berjalan, Shakira akhirnya tiba di lokasi pertama- bumbung sekolah.
Sambil berjalan santai, dia perhati kawasan tersebut. Shakira berdiri di hadapan pagar besi yang mengelilingi bumbung.
"Pelik" bisiknya. Setahunya dalam video yang dia tonton- Zulaikan di tolak begitu saja. Seolah-olah tiada pagar di bumbung ini.
Shakira menolak pagar besi tersebut sambil berjalan di sekeliling bumbung. Dia mahu tahu jika ada pagar besi yang longgar.
KREEEK...
Terdapat satu bahagian yang telah longgar. Jika seseorang di tolak dengan lebih kuat di sini pasti akan jatuh. "Shakira!!" Satu suara memanggilnya dengan penuh amarah.
Dia toleh. Tiada kelibat sesiapa. Shakira mengecilkan matanya dan memerhati dengan lebih teliti. Satu tangan keluar dari celah pintu lalu melemparkan botol kaca ke arahnya.
Botol kaca sempat di elak Shakira dan menghempas pagar besi lalu pecah berderai. Shakira cepat-cepat mengejar kelibat yang berlindung di sebalik pintu. Dia berlari menuruni tangga dan mula memecut setelah ekor matanya dapat menangkap bayang seseorang sedang menurunu tangga.
Jantungnya mengepam darah dengan laju untuk membekalkan oksigen secukupnya. Langkahnya terhenti apabila kelibat tersebut sudah hilang dari pandangan. Dia toleh kiri dan kanan. Sepi. Peluh yang menitik di dahi dikesat sambil meronda di kawasan kaki lima.
Tiada apa-apa yang dijumpai. Shakira batalkan niat untuk mencari kelibat tadi dan pilih untuk meneruskan misinya. Dia ke makmal sekolah pula. Sebaik sahaja dia menapak masuk, langkahnya mati. Terpana seketika. Mesej berbaur ugutan bunuh tertulis di papan hitam.
BERHENTI SIASAT ATAU AKU AKAN BUNUH KAU!!
Lama dia amati tulisan tersebut. Tulisan itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Ayat tersebut menurunkan semangatnya. Dia mengeluarkan telefon dan merakamkan gambar tulisan tersebut.
Makmal itu diperiksa secara menyeluruh. Dia meneliti radas-radas makmal yang disusun dengan rapi di atas rak. Tiada apa-apa kesan yang mencurigakan. Dia berniat untuk memeriksa tandas namun dia takut. Risau jika kelibat tadi datang menyerangnya lagi.
Akhirnya, dia putuskan untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, dia perasan bahawa satu lembaga sedang perhatikannya dari bumbung sekolah. Lembaga itu memakai hoodie dan berseluar tracksuit.
Lama juga Shakira tenung lembaga tersebut tetapi dia malas menegurnya. Dia tahu pasti sekarang dia sudah menjadi target psikopat itu. Nampaknya dia perlu lebih hati-hati lagi selepas ini.
YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mistério / SuspenseZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...