<20>

21 2 0
                                    

Satu pasangan berusia dalam 40-an melangkah masuk ke dalam kedai runcit untuk membeli barang keperluan harian mereka. Seorang wanita memgatur langkahnya ke rak tepung. Dia ingin mencari tepung gandum. Sedari kedudukan tepung terlalu tinggi dia meminta pertolongan seorang pekerja di situ.

Sebaik sahaja sepeket tepung gandum diserahkan kepadanya, dia berterima kasih. Matanya tertancap pada wajah pekerja. Drastik, dia memeluk pekerja tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Adam. Kenapa kamu tak balik rumah langsung ni? Mak risaukan kamu!"

Buat pertama kalinya, Adam tanpa rasa segan silu mencium tangan ibunya di depan khalayak ramai. "Adam, kerja. Cari duit untuk bayar hutang kepada pihak sekolah."

Wanita bergelar emak memeluk anaknya sambil mengesat air mata. "Jom balik rumah. Biar mak yang bayar hutang tu."

"Tak boleh, mak. Itu tanggungjawab Adam. Lagipun ayah tak suka Adam."

"Jangan cakap macam tu Adam. Ayah sayang kamu." Dia menarik tangan Adam dan membawanya keluar dari kedai.

Tauke kedai itu tersenyum bahagia apabila melihat mereka berdua sudah berbaik semula. Setibanya Adam dan ibunya di kereta, ayah Adam datang menerpa ke arahnya lalu meminta maaf atas sikapnya sebelum ini. Dia terlalu mengikut perasaannya sebelum ini tanpa memikirkan kesannya.

Ketika sedang rancak mereka sekeluarga berbual-bual, Adam mencari nombor telefon Firel dicari di bahagian kenalan dan Adam dihubungi. Berkali-kali dia cuba menghubungi Adam. Malangnya, tidak dapat. Dia baru perasan terdapat notifikasi daripada Whatsapp.

Dia membuka aplikasi tersebut dan mendengar pesanan suara yang dihantar Firel. Dia tekan ikon mainkan untuk mendengar mesej.

"Adam...tolong aku Adam...dia nak aku mati..."

Pesanan suara tamat. Mukanya bertukar pucat. Dia mula panik. Adam mula mencipta alasan untuk ke sekolah. Ayahnya akur meskipun alasan yang diberi Adam agak pelik. Dia menghantar anaknya di hadapan pintu pagar sekolah. Adam berterima kasih dan beritahu orang tuanya untuk pulang ke rumah nanti.

Cepat-cepat Adam memecut ke bilik mesyuarat SBM. Adam menerjah masuk dan menjerit "Firel dalam bahaya!!"

Masing-masing senyap lalu perhati Adam. Rayyan, Danish, Aleya, Shakira dan Qaira menumpukan pandangan ke wajahnya. Menunggu ayatnya diteruskan. "Psiko tu dah tangkap Firel."

Mereka semua berdiri secara automatik dan saling berpandangan. Ada runut bunyi risau dalam kalangan mereka. Shakira menapak ke arahnya. "Bila dia hilang?"

"Aku.. aku tak tahu..." Adam mengeluh. "Aku baru dapat ja voice notes dari dia."

"Kita tangguh dulu mesyuarat ni. Kita cari Firel dulu."

"Kita nak cari dia kat mana?" Celah Rayyan. "Satu bandar ni?"

Masing-masing mendiamkan diri.

"Aku rasa dia kat sekolah." Adam melihat wajah mereka semua. Satu demi satu. "Last aku nampak dia kat sekolah. Aku yakin yang psikopat tu takkan bawa dia jauh dari sini. Lagipun, dia hanya lakukan 'kerja' dia kat sekolah ja kan?"

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now