<25>

28 2 0
                                    

Dada Adam ditoreh kali kedua. Dia meraung kesakitan sambil menjerit supaya Aleya berhenti. "Kalau nak bunuh aku, bunuh!" Rayu Adam.

"Tak, aku kena seksa kau dulu..sebab kau lakukan perkara yang paling aku benci!" Hujung pisau ditusuk di belahan dadanya.

Nafas Adam semakin kencang. Dia cuba menahan sakit dan pedih di dadanya. "Bagitahu aku, apa yang aku buat?!"

Pisau itu direntap. Darah mula meleleh. Baju Adam kelihatan basah dek darah pekat yang keluar daripada luka. Sesekali Shakira mendengar jeritan Adam dari jauh dia menggenggam buku lima.

Dia terasa berat untuk meminggalkan Adam tetapi janji mesti ditepati. Shakira berusaha membawa Firel keluar dari sekolah itu untuk meminta bantuan. Langkah demi langkah, dia cuba kuat. Dia cuba tabah. Firel yang semakin lesu dan tidak bermaya, memgumpulkan seluruh tenaganya untuk berjalan.

Meskipun, Shakira memapahnya tetapi dia tahu gadis itu tidak mampu menampung berat badannya.

"Aku benci kau! Aku benci kau!" Aleya meraung separuh oktaf. Dia tanpa sengaja melemparkan pisaunya.

"Bagitahu aku! Aku takkan tau kalau kau tak cakap!" Dalam keadaan begini pun sikap panas barannya tidak akan berkompromi. Sudah lama dia pendam amarah terhadap pembunuh adiknya.

Aleya berhenti menjerit. Dia terdiam. Matanya mula berkaca. "Kalau kau tak benarkan Zulaika couple dengan Firel, Firel mesti akan jadi milik aku!" Adam tersentak. Kenapa Zulaika perlukan kebenaran dia untuk couple?

"Kau tahu kan, Ariff nak kenakan aku? Tapi kau tak bagitahu aku. Kau nampak Karina buli aku tapi kau tak halang dia." Suaranya bergetar. Dia cuba menahan perasaan marahnya. "Kau nampak depan mata Shafiq tengah report pasal aku tapi kau tak tegur dia!"

Aleya mula menangis teresak-esak. Adam masih tercengang. Dia cuba menghadam semua alasan yang dikemukakan tadi. Kenapa aku disalahkan dalam semua benda?

"Kau tak paham lagi?" Aleya mencekak kolar bajunya. Aleya tenung wajah Adam. "Semuanya salah kau! Mereka mati sebab kau!"

Pantas Adam menggeleng. "Aku tak ada kaitan langsung dengan semua tu! Kau yang tuduh aku!" Dia senyap kemudian mengukir senyuman sinis. "Aku tau. Kau cuma nak sedapkan hati kau kan? Nak sandarkan semua asbab kat aku." Bertambah meleret senyumannya.

Bibir gadis itu diketap.

"Kau ingat kau akan terlepas Aleya?" Dingin sahaja pandangan Adam.

Gadis itu mula panik. Dia risau jika rancangannya tidak menjadi. Tanpa berfikir panjang dia terus mencekik leher Adam lalu ketawa kecil. "Aku berjaya bunuh mereka semua! Aku berjaya! Takkan ada sapa pun yang boleh halang aku!!" Tawa jahatnya meletus.

"Aku boleh halang kau."

Sebilah pisau dilayangkan ke arah Aleya namun cekat dia menahan tangan tersebut lalu melucutkan pisau dari tangan Qaira. Qaira ditendang tepat ke perutnya. Dia terundur beberapa langkah ke belakang. "Aku.. takkan maafkan kau. Sampai bila-bila.." Setitis air mata jatuh ke lantai.

Hiyargh! Dia maju sambil melayangkan penumbuk. Pandangan Aleya menjadi kabur seketika dek tumbukan yang mendarat tepat ke atas rahang kirinya. Belum sempat bertindak, Qaira maju dan melayangkan beberapa tumbukan lagi.

Darah mula mengalir dari hujung bibirnya. Aleya tersengih. "Boleh tahan.." Matanya menjeling tajam wajah mulus yang berada di hadapannya.

Qaira meluru ke arahnya cuba memberi buku lima miliknya lagi tetapi ditepis kemas oleh Aleya dan dia ditendang dua kali sebagai serangan balas. Qaira tertunduk sambil memegang perutnya. Aleya mencekak rambut gadis itu lalu diheretnya ke meja dan dihentak beberapa kali sehingga dia gelap pandangan.

Tubuh Qaira yang longlai dilempar Aleya ke lantai. Dia mengutip semula pisau lalu diusap ke pipinya. "Kan aku cakap. Takkan ada sapa pun boleh halang aku." Tubuhnya didekatkan dengan Adam. "Kesian kawan-kawan kau..." Pisau tersebut diletakkan di leher Adam. "Any last words?"

"Belakang kau."

DUSH!

Tubuhnya rebah mencium lantai. Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Meskipun pandangan kabur dia dapat melihat wajah Shakira tersenyum puas dan tangannya menggenggam sebatang kayu yang berlumuran dengan darahnya.

"Kau takkan bunuh orang lain dah lepas ni." Ayat tegas dari Shakira dapat didengari perlahan di telinganya. Perlahan pandangannya kabur dan semua pancainderanya sudah tidak berfungsi.

***

Laluan gelap direntasi dengan penuh debar. Berharap dan berdoa agar tidak temui apa-apa yang menakutkan. Walaupun rasa takut menyelubungi diri, perjalanan perlu diteruskan.

PRANGG!!

Secara tidak sengaja dia terlanggar pasu seramik yang terletak di bucu meja.

Satu lembaga terus menerpanya lalu menghayunkan kapak. Shakira menjerit terkejut lalu spontan melemparkan telefonnya. Adam ketawa berdekah-dekah melihat reaksi gadis itu.

"Diamlah.." Qaira meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sambil menjeling tajam dua rakannya. Danish hanya menggelengkan kepala manakala Firel menyertai Qaira menjeling pasangan itu.

Adam dan Shakira membalas serentak "Sorry."

Terlupa bahawa mereka di hospital untuk melawat Rayyan. Kesan racun di dalam badannya amat kuat. Mereka bertuah kerana Rayyan masih boleh diselamatkan lagi.

"Tulah aku kata. Kau tak berani main game Granny tu. Pulun jugak nak main." Ejek Adam dengan suara berbisik. Tawanya masih bersisa.

Shakira tidak mahu mengalah. "Eleh. Kau pun tak berani! Sebab tu kau suruh aku main!" Lidahnya dijelir tanda kemenangan.

Adam ketawa lagi. Mimik muka Shakira sebelum ini masih belum dapat dilupakan. Geli hati. Bahunya ditumbuk lembut. "Dah la tu gelak! Ingat seronok!"

"Memang korang takkan berhenti gaduh ka?" Soal Rayyan spontan.

Mereka berdua menumpukan pandangan ke wajah Rayyan. "Kau dah sedar!" Jerit Shakira riang.

"Habis tu? Kau nak dia mati ka?" Pantas sahaja Adam berkata. Selamba sekali.

Kali ini dia memang betul-betul naik angin. Shakira cekat menyerang Adam bertubi- tubi dengan penumbuknya. Memang teruklah kali ini nasibnya.

Rayyan dan Qaira ketawa melihat gelagat mereka. Danish pula cuba menghentikan mereka berdua manakala Firel tidak habis menjadi batu api.

"Tumbuk Shakira! Tumbuk!" Bukan main seronok dia melaga-lagakan mereka berdua. Nama sahaja pasangan tetapi selalu bergaduh. Alahaii..

Sejak kejadian tersebut, Aleya tidak lagi kelihatan. Mungkin disumbat ke dalam penjara ataupun hospital sakit jiwa. Entahlah. Tiada siapa tahu. Instagram the_killer sudah disekat dan dihapuskan oleh pihak berkuasa kerana intipatinya yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kehidupan mereka kini kembali normal dan tindakan mereka meraih pujian ramai. Malah kisah mereka turut menjadi buah mulut masyarakat setempat. Paling penting, mereka kini hidup bahagia dan lebih aman.

          
     
                       ¤TAMAT¤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now