<24>

28 2 0
                                    

Adam menghentam pintu tersebut berkali-kali. Berharap ada yang mendengarnya. "Tolong! Tolong aku!" Meskipun dia tahu harapan agak tipis tetapi dia tidak boleh berputus asa.

"Adam!! Ke belakang, aku nak tendang pintu ni!" Jerit satu suara dari luar.

Dia seperti dibuai mimpi. Betulkah itu suara Danish? Cepat-cepat, Adam mengesot ke belakang.

BAMM!!

Pintu tersebut terbebar. Sedikit kerosakan pada bahagian pintu yang ditendang. Wajah Adam disimbahi cahaya lampu koridor. Senyuman terukir di bibirnya. Danish menghampiri dan membantu Adam berdiri. Dia dan Shakira memapah Adam ke bilik SBM.

<><><>

Danish, Shakira dan Adam terenjat. Masing-masing terpana sambil cuba menafsirkan keadaan yang sedang berlaku. Firel yang berbalut luka diacukan pisau ke lehernya oleh Aleya. "Duduk dulu. Aku tak habis bercerita lagi, kan?" Muka psiko itu dibuat-buat sedih.

Perlahan-lahan mereka bertiga mengambil tempat duduk yang bertentangan Aleya dan Firel. Jarak hujung pisau dengan leher Firel membuatkan Shakira tidak senang. Terlalu rapat. Jika mereka ingkar arahan pembunuh itu, pasti nyawa Firel akan melayang.

"Aku tak cerita lagi kan tentang Shafiq?" Tenung Aleya. Dia perhati wajah Adam yang sugul. "Jawab, Adam!"

Adam menggeleng perlahan. Terpaksa juga dia layankan perangai si psikopat.

"Good" pujinya. "Kisah Shafiq tu lain daripada yang lain sikit." Dia jeda seketika. "Kau dah tengok video dia kan?" Soalan dituju kepada Shakira.

"Ya." Ikut sajalah drama psikopat ini. Kalau diikutkan hati, Shakirq mahu saja terkam Aleya. Selama ini, ingatkan dia boleh dipercayai!

"Okey. So aku tak perlulah buka video tu" ujar Aleya. "Shafiq ni budak baik. Dia tolong aku siapkan kerja sekolah aku, luang masa dengan aku tapi rupanya dia ni kaki report. Dalam diam dia cerita kat cikgu tentang semua kesalahan aku."

"Tak pasal-pasal aku didenda dan dimalukan depan semua orang!"

"Its fair, Aleya. Kau yang buat salah" komen Shakira.

"Tak. Dia tikam belakang aku!" Amuknya sambil menghentakkan kakinya ke atas lantai. "Arghh! Aku tak kisah! Sekarang ni aku nak Adam!"

"Dia tak dak kaitan dengan kau kan?" Bantah Danish. "Kenapa nak libatkan dia?"

"Kau tak tahu apa-apa! Diam!! Bagi Adam atau.." Hujung pisau didekatkan ke leher Firel. Ditekan perlahan-lahan sehingga membelah isinya.

"Stop Aleya!" Jerkah Shakira. "Apa masalah kau?"

"Kau bagi apa yang aku nak!!" Aleya tidak mahu berkompromi. Firel mula menjerit bagai orang gila apabila tusukannya semakin dalam.

"Tak....tak boleh!"

"Takpa Shakira. Bagi ja apa yang dia nak. Biar aku uruskan dia" ujar Adam. "Aku yang dia nak. Lagipun, aku selalu buat masalah sebelum ni. Mungkin dia tak puas hati kat aku."

Shakira memandangnya sambil menggeleng. "Tapi..."

"Bawa Firel keluar dari sini." Arah Adam tegas. "Janji dengan aku. Selamatkan Firel. Aku akan tunaikan janji aku sebelum ni."

"Janji apa?" Shakira tidak dapat hadam janji yang dimaksudkan oleh Adam.

"Janji untuk selesaikan kes ni bersama-sama."

"Tapi bukan dengan cara, macam ni."

"Just.. go.." rayu Adam lalu menguntum senyuman. Mata mereka berdua bertaut. Shakira mengetap bibirnya sambil menahan air mata yang mula bertakung di kelopak mata.

<><><>

Suara tangisan mendayu-dayu bergema di kaki lima. Dia mengesat air matanya memggunakan lengan baju. Tangannya terketar-ketar mendail nombor kecemasan. Sambil menunggu jawapan, dia mengamati wajah lesu di hadapannya.

Diimbas kembali perkara yang berlaku. Aleya mengeluarkan sebuah picagari. Qaira cuba berdiri tetapi pinggulnya masih sakit. Rayyan mendecit. Bagai orang gila, Aleya menerjah ke arah ketua pengawas itu.

Rayyan menahan serangan tersebut dan menolak Aleya ke belakang. Setiap kali gadis itu ingin menusuk jarum ke dalam badannya, dia tepis. Rayyan berjaya menendang perutnya menyebabkan dia terundur beberapa langkah ke belakang.

Psikopat itu berang lantas mencapai kelalang kon yang berada di sekitarnya lalu di lempar ke arah Rayyan. Dia tidak sempat mengelak dan kelalang kon mendarat tepat pada dahi. Belum sempat berbuat apa-apa, Aleya mendekatinya lalu menusuk jarum itu ke bahunya. Omboh picagari di tekan dan picagari itu ditarik semula.

Air mata Qaira menitis dengan lebat. Dia mula kembali ke dunia nyata. Suara di hujung talian bergema. "Ya, cik. Apa kecemasan yang berlaku? Sila beritahu alamat."

Butir-butir perkataan mula dituturkan setelah Qaira terdiam buat beberapa saat. Sebaik sahaja panggilan tamat, Rayyan membuka matanya lalu memegang tangannya. "Bertahan, Rayyan" pintanya. Dia tahu bahawa Rayyan semakin lelah tetapi dia tidak mahu berputus asa.

"Ingat tak, waktu kau menangis dulu, aku hantar chat kat kau?" Suaranya kedengaran sayup-sayup di telinga Qaira disulami nafas yang berat.

"Masa aku di tandas tu?" teka Qaira.

"Aku nak kau simpan memori tu sampai bila-bila" tuturnya dengan jelas. Mata Qaira mula berkaca . Lagi sekali. "Pergi tolong kawan-kawan kau. Mereka perlukan kau sekarang."

"Tapi.."

"Jangan risau. Aku akan jadi kuat dan bertahan selagi mampu."

Qaira terdiam. Dia menatap wajah Rayyan. Lama. Bibirnya diketap.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now