<3>

62 3 0
                                    

        Skuad Berani Mati

Shakira♥️
Wuittt!
                                                      Perfecto⭐
                                                    Kau pahal?!

Shakira♥️
Esok kita nak bincang pasal apa?

Perfecto⭐ is typing.... Shakira merenung skrin telefon sambil menunggu jawapan dari Rayyan. "Lembab betul dia ni type!" Rungutnya lalu menolak rambutnya ke belakang. Tilam empuk yang menjadi tempat tidur merupakan tempat kegemarannya.

Dia berguling-guling sambil menyanyikan beberapa buah lagu. Suara sumbangnya bergema di setiap penjuru bilik. Kalau kucing dengar dia pun lari! Tiba-tiba dia teringat akan kes Zulaika. Jarinya laju menaip sesuatu.

Shakira♥️
Kalau kita bincang tentang
Zulaika. Ok tak?

Danish
   Ok

Aleya💞
Ok gak

Perfecto⭐
Laa....aku nak bincang
                        pasal masalah disiplin murid

Shakira♥️
Setiap kali perjumpaaan topik
Tu ja yang kau nak bincang!
Tak bosan ka?

Aleya💞
Tulahhh! Boring!

Danish
Betul tu !

Perfecto⭐
Ok lah..
Aku cuma nak atasi
masalah disiplin ja..

Danish
Music first🎧

Sorakan perlahan keluar dari mulut Shakira. Teruja. Dia ingin menyiasat lebih lanjut berkenaan kematian Zulaika. Kata orang, dia terjun dari bumbung sekolah tetapi setahu Shakira, Zulaika tidak mengalami sebarang masalah. Takkan dia mahu terjun dari bumbung sekolah tanpa sebab? Misteri

Mayat gadis masih terbayang-bayang dalam ingatannya. Kepalanya bersepai dek hentakan kuat dah sisa otaknya bersepah di merata-rata tempat. Tubuhnya dilumuri darah pekat yang masih segar serta kawasan di sekelilingnya penuh dengan kesan percikan darah.

Jika Skuad Berani Mati ingin mengetahui jawapannya, mereka harus siasat. Shakira selaku ketua perlu mengambil tindakan. Mungkin abang Zulaika tahu- Adam. Kes tersebut menimbulkan seribu tanda tanya dalam dirinya.

<><><>

Adam bangun awal pagi ini. Dia perlu mencari kerja. Seusai bersiap, dia menunggang motosikal dan pergi ke kawasan pekan yang terdapat banyak rumah kedai. Satu per satu di singgah untuk mencari kerja kosong.

Setiap kedai yang dilawatinya tiada langsung jawatan kosong. Dia lelah berjalan. Adam berhenti rehat di hadapan sebuah kedai. Bajunya sudah basah akibat peluh yang tidak henti mengalir. Adam melihat telefonnya.

Tiada tanda sesiapa yang menghubunginya. Dia membuka aplikasi Instagram kemudian melihat satu persatu gambar yang baru dimuat naik oleh orang yang diikutinya di akaun Instagram. Adam mengetik simbol hati sebagai tanda suka pada gambar-gambar yang diminatinya.

"Muka dia tu macam mana kita lah" ujar seorang wanita sambil memaut tangan ke atas bahu suaminya.

Lelaki disisinya turut mencari kelibat anak muda yang dimaksudkan isterinya. "Mana, sayang?" Dia tercari-cari di merata tempat. Mereka berdua melintas jalan raya untuk ke sebuah restoran. Wanita memukul lembut bahu suaminya kemudian menunding jari terhadap Adam yang sedang leka dengan Instagram.

Suaminya tersenyum. "Yalah!! Macam Adam kan?"

Dia tersentak mendengar namanya disebut. Adam mengangkat kepalanya dan menjadi gelabah. Orang tuanya hanya beberapa meter di hadapannya. "Macam mana mereka boleh ada di sini pulak!" rungutnya sambil menoleh dan menutup mukanya. "Aduhh.."

Dia mengatur langkah ke motornya lalu beredar dari situ. "Kenapa rasa macam tak sedap hati?" Gumamnya ketika melintasi rumah-rumah kedai itu. Adam memecut laju. Hatinya risau memikirkan masalah tersebut. Jika diketahui ibu bapanya,pasti dia akan dimarahi lagi ataupun lebih teruk dihalau rumah.

Serabut kepalanya memikirkan perkara tersebut. Kelibat seorang perempuan yang sedang melintas di hadapan tidak disedarinya. "Aleya!!" Jerit Shakira seraya menariknya ke tepi. Adam tersentak dan cepat-cepat menekan brek secara mengejut lalu menghentam pagar sekolah kerana hilang kawalan.

Enjin motosikal mati. Adam yang terjatuh bangun semula lalu mengangkat motosikalnya. "Kau okay?" Soal Shakira. Baru Adam mahu menjawab namun niatnya terhenti. Perempuan itu tujukan soalan tersebut kepada rakannya.

'Nasib baik aku tak jawab. Kalau tak malu aku!' Bicara hati kecil Adam. Tiba -tiba bahunya ditolak kasar.

"Kau dah kenapa? Mabuk? Tak reti nak tengok jalan ka! Tak nampak ada orang tengah melintas?" Bebel Shakira panjang. Berdesing telinga Adam mendengar kata-kata kasar yang dituju oleh perempuan itu.

Adam sudah menggenggam buku lima dan bersedia untuk menumbuk orang di hadapannya. Shakira semakin panas melihat muka Adam yang ingin mencari gaduh.

"Nak gaduh?!" Soalan Shakira membuatkan suasana semakin tegang. "Kalau kau berani tumbuklah aku!"

Aleya maju dan menarik rakannya. "Sudahlah, Shakira. Jom kita masuk kelas. Waktu rehat nak tamat dah." Dia mengheret rakannya masuk ke kawasan sekolah. Nanti Rayyan catat nama mereka kerana lewat masuk ke kelas pula.

Baru sahaja sebut dia muncul di hadapan mereka. Rayyan tersenyum sinis sambil melihat mereka berdua silih ganti. "Aleya, Shakira siapa bagi kebenaran untuk keluar daripada kawasan sekolah?"

"Ke tepilah!" Shakira menolak Rayyan dengan kasar lalu beredar bersama Aleya. "Bukannya bunyi loceng lagipun!" Rungutnya perlahan.

Rayyan menggelengkan kepalanya. Bukannya apa, dia risau jika rakannya di tangkap oleh cikgu. Keluar dari kawasan sekolah ketika waktu rehat adalah salah. Namun, apa yang dia boleh buat hanya memberi teguran.

Kalau diambil tindakan dimarahi pula.
Rayyan memandang Adam dengan pandangan kosong.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now