<19>

16 2 0
                                    

Firel berjalan perlahan sambil memasukkan kata laluan dengan sekali cubaan sahaja dan dia berjaya. Dia memeriksa whatsapp milik Zulaika dan membaca semua perbualan yang belum dipadam.

Salah satu daripada kenalan Zulaika kelihatan memcurigakan apabila perbualan mereka seperti yang dinyatakan Adam.
Adam memberitahunya bahawa ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Zulaika pada awal pagi dan perbualan mereka seperti ada kaitan.

xxx-xxxxxxx
Aku nak jumpa kau esok boleh?

You
Boleh kenapa?

xxx-xxxxxxx
Pukul 6 pagi. Ada hal sikit.

You
Okey

xxx-xxxxxxx
Ni rahsia tau

Sampai di situ sahaja Firel meneliti. Dia menarik skrin telefon ke bawah untuk melihat nama pemilik nombor tersebut. Malangnya, Zulaika tidak menyimpan nombor tersebut. Firel cuba meneliti gambar profil pula.

"Eh, macam kenal" gumamnya perlahan. Dia menekan gambar tersebut untuk melihatnya dengan lebih jelas. "Ini kan..."

Satu susuk tubuh badan datang dari belakang lalu mencekup mulutnya. Sapu tangan yang menutup mulut Firel mengandungi kloroform merengsa saluran pernafasannya. Dia cuba bergelut untuk melepaskan diri tetapi bahan kimia tersebut telah membuatkan dia tidak sedarkan diri.

<><><>

Tempoh satu minggu tidak boleh disia-siakan begitu sahaja. Shakira perlu mencari dalang pembunuh itu sebelum tamat tempoh. Jika tidak pasti dia dan rakan-rakannya dibuang sekolah.

Baru sahaja Shakira menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah suasana sudah menjadi kacau-bilau. Para pelajar berpusu-pusu ke padang sekolah. Ingin tahu, dia turut menyertai mereka.

Rupanya, mayat seorang pelajar lelaki sedang terlantar di tengah padang dan dikerumuni oleh ramai pelajar. Shakira cuba mencelah untuk melihat mayat tersebut. Terdapat kesan darah di kepalanya dan seluruh badannya kelihatan membiru.

Mangsa tersebut seperti dipukul dengan teruk sekali. Dia cuba mengenal pasti mayat yang terlantar di tengah padang. "Shafiq" ujarnya perlahan. Dia kenal. Syafiq adalah salah seorang pelajar yang rajin ponteng sekolah.

Mungkin itu asbabnya dia menjadi mangsa psikopat. "Berkumpul di dewan sekarang! Hari ni ada perhimpunan rasmi!" Laung Rayyan dengan kuat. Para pelajar mula mengangkat kaki dan beredar dari situ.

Shakira masih lagi tidak berganjak. Dia berniat untuk bercakap dengan Rayyan namun kehadiran Qaira mematikan niatnya. "Shakira kau okey?" Soalnya dengan penuh prihatin.

Dia mengukir senyuman kelat. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia tahu riak mukanya jelas kelihatan muram dan tertekan. Mahu balas pun pasti Qaira sudah dapat meneka melalui romannya.

"Kalau kau perlukan pertolongan aku kau chatlah aku. Bila-bila ja, aku akan datang."

Entah mengapa ayat tersebut agak clichè di telinga Shakira. Dia angguk perlahan.

"Kalau tak mampu siasat semua ni sorang-sorang biarlah aku tolong kau."

Tawaran Qaira membuatkannya berasa sangat terharu. "Kalau macam tu kau pergi bilik mesyuarat SBM petang ni. Aku dan kau akan siasat kes ni bersama-sama."

Pantas Qaira angguk tanda akur. Rayyan dari jauh curi-curi dengar perbualan mereka berdua. Terdetik sesuatu di hatinya. Dia perlu beritahu hal ini kepada kawan.-kawannya.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now