<13>

24 3 0
                                    

Tandas pelajar perempuan dikerumuni oleh kaki gosip yang ingin melihat mayat Karina yang masih segar. Dikatakan darah masih membuak-buak keluar daripada mulut, telinga dan hidungnya. Ahli SBM segera tiba di tempat kejadian bersama Qaira dan Adam

Rayyan cuba menghalau pelajar-pelajar tersebut pulang ke kelas tetapi niatnya terbantut sebaik sahaja pengetua hadir. Kehadiran pengetua membuatkan para pelajar lintang-pukang berlari ke kelas masing-masing.

Tangan dihentak ke atas meja. Asal melihat wajah mereka dia semakin naik angin. Geram. Kalau boleh dia mahu telan keenam-enam pelajar tersebut.

"Apa yang kamu buat?" Pengetua mula bersuara. Tegas.

Masing-masing senyap. Tiada alasan untuk dibicarakan. "Apa yang kamu buat?!" Suaranya mula naik satu oktaf. "Saya lantik kamu berempat untuk selesaikan masalah! Bukannya tambah masalah!"

Mereka berempat kekal tunduk. "Rayyan, Shakira, Danish , Aleya. Saya beri peluang terakhir. Kalau kamu tak jumpa siapa pembunuh tu , saya akan buang kamu berempat dari sekolah."

Mata Qaira membulat sambil memandang wajah rakan-rakannya penuh simpati. "Pengetua, saya yang sepatutnya selesaikan masalah ni. Bukan mereka." Cuba pertahankan ahli SBM.

"Kamu dilucutkan jawatan Qaira." Pengetua mendekatinya lalu berbicara "Siapa beri kebenaran untuk kamu dan mereka ke klinik pada waktu sekolah?"

"Aleya sakit.."

"Ya saya tahu. Tapi dia yang sakit, dia yang perlu ke klinik bukan kamu. Bukan Rayyan,Danish atau Shakira."

Kali ini merupakan satu tamparan hebat buat Qaira. Dia tidak mampu membalas apa-apa. Dia tunduk malu. Kelu. Air matanya mula bertakung. Rayyan yang sedar akan tindakan Qaira segera membawanya keluar dari bilik pengetua.

"Saya beri tempoh selama tiga minggu untuk kamu semua cari pelaku tu" jelasnya kemudian menyuruh mereka beredar. Sebelum Adam sempat keluar, pengetua menawarkan sesuatu kepadanya. "Kalau kamu berjaya tangkap pembunuh tu saya akan benarkan kamu masuk ke sekolah semula."

Adam senyum kelat. Meskipun dia mahu belajar tetapi dia lebih fikirkan masalah hutang sekarang ini.

<><><>

"3 minggu" keluh Shakira lalu menghempaskan badannya ke kerusi empuk.

"Apa yang kita nak buat sekarang?" Soal Danish. Wajahnya kelihatan muram.

Aleya pula kelihatan serba salah. "Kalau aku tak klinik dengan Qaira tadi pasti pengetua takkan naik angin."

"Ish. Kami yang nak temankan kau. Bukannya salah kau pun" tukas Rayyan. Benci melihat rakannya menyalahkan diri mereka sendiri. Mereka turut bersalah dalam hal ini kerana keluar tanpa kebenaran.

"Qaira mana?" Shakira tertanya-tanya. Dia menjenguk kawasan sekeliling. Tercari-cari wajah rakannya.

"Ke tandas" jawab Rayyan.

Shakira menarik nafas dalam lalu menghembuskannya. "Aku ada benda nak kongsi dengan korang." Masing-masing mula menumpukan perhatian pada ketua mereka. Dia mengeluarkan telefon dan membuka instagram The_killer.

Mereka mengerumuni telefon Shakira untuk melihat dengan lebih jelas. Adam dapat agak bahawa Shakira menunjukkan instagram psikopat itu. Dia menapak keluar kemudian menghempas pintu bilik mesyuarat SBM.

Shakira sedar akan reaksi Adam. Terbit rasa bersalah dalam hatinya namun dia terpaksa lakukannya kerana mereka tiada pilihan lain. Pasti Adam betu-betul marahkan dia sekarang.

Langkah diatur laju ke tempat parkir. Adam bengang. Dia letih menasihati Shakira. Degil! Kelibat Qaira keluar dari tandas dapat dilihat Adam. Pada mulanya dia mahu menegur tetapu dia hanya perhati dari jauh.

Qaira sedang tersenyum-senyum sambil melihat skrin telefonnya. "Tiba-tiba senyum" komen Adam sebelum menuju ke motosikal.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now