"Jangan follow ig the_killer."
Ayat itu masih bermain di minda. Shakira cuba menghadam maksud ayat tersebut. Baginya tiada perkara yang bahaya pun jika dia mengikuti instagram the_killer. Lagipun dia mahu menyaksikan video kedua. Video kematian Ariff mungkin dirakamkan juga oleh psikopat itu.
Dalam tempoh tidak sampai satu minit, pemilik akaun the_killler itu menerima permintaan Shakira untuk mengikutinya. Dia segera menukar posisi baring kepada posisi meniarap. Shakira menekan video kedua yang disiarkan di instagram the_killer.
Skrin telefonnya memaparkan Ariff yang sedang asyik menghisap rokok. Suasana kelihatan aman sehingga salah satu bahan kimia dilemparkan ke arahnya.
"Woi!! Kau nak ke mana?!" Jerkahnya lalu meluru ke pintu makmal. Namun, pintu tersebut sudah dikunci dari bahagian luar. Ariff menampar bertubi-tubi pintu makmal sambil mengherdik pelaku tersebut.
Dari sudut kamera lain, bahan kimia tersebut mula merebak dan memberi kesan kepada Ariff. Nafasnya tersekat-sekat dan dia menggelupur kesakitan. Kedengaran suara psikopat ketawa kecil sambil memerhati mangsanya yang semakin tenat.
Habis bahan kimia yang terdapat di dalam kelalang kon di tolaknya. Tangan tertepis sebuah kelalang kon yang berisi asid.
Shakira tersentak apabila kelalang kon itu jatuh dan pecah. Cecair yang mengalir keluar ke atas lantai menyebabkan Ariff tergelincir dan jatuh terduduk. Suara jeritan disulami tangisan menggegarkan gegendang telinga Shakira. Wajah Ariff terkena asid tersebut.
Mukanya hancur dan darah merecik ke merata tempat. Shakira cepat-cepat menutup matanya. Ngeri. Dia tidak sanggup melihat video tersebut.
Dia membuka mata perlahan-lahan. Satu ayat terpapar pada skrin. "Rokok membawa maut." Shakira dapat menyimpulkan sesuatu daripada ayat tersebut.
Pembunuh tersebut pasti mahu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. Video pertama dia cuba memberi amaran kepada pasangan couple kemudian kini kepada pelajar yang merokok pula.
Yang menjadi tanda tanya, kenapa dalam banyak-banyak pelajar, dia pilih Zulaika dan Ariff sebagai mangsa? Masih ramai lagi kan yang lakukan kesalahan?
<><><>
Para pelajar berpusu-pusu ke dewan sekolah. Pada hari ini, majlis perhimpunan rasmi akan dijalankan. Seperti biasa Qaira akan memeriksa setiap kelas dan blok untuk memastikan para pelajar telah tirun ke dewan.
Kawasan terakhir yang diperiksa ialah lorong yang menuju ke kantin. Loker pelajar penuh di kiri dan kanannya. Laluan itu sering menjadi tempat lepak pelajar-pelajar.
"Cakaplah Aleya.!" Satu suara bergema di seluruh laluan.
Langkah Qaira mati. "Suara siapa?" Dia mencari kelibat manusia. Dia ke sana dan ke mari tetapi suara tadi sudah hilang. Niatnya untuk mencari pemilik suara tidak putus. Dia masih mencari.
"Kau jangan tipu aku! Ingat aku bodoh!" Sekali lagi suara itu menyentak pendengaran Qaira. Kali ini dia dapat tahu di mana pemilik suara itu berada.
Stor yang terletak hanya 5 meter dari nya dihampiri. Setahunya, stor itu tempat simpanan alatan mencuci. Qaira menapak masuk. "Aleya!" Laungnya.
Qaira pantas meluru ke arah Aleya dan memeluknya erat. Bibirnya berdarah dan terdapat lebam di matanya. Pemilik suara tadi berang dengan perilaku Qaira lantas dia menarik rambut Qaira dan memaksanya melepaskan pelukan.
Gadis bergelut dengan pemilik suara tadi. Dia cuba merentap rambutnya semula tetapi badannya dihempas ke lantai oleh pemilik suara tadi.
"Jangan masuk campur Qaira! Tak pasal-pasal kau aku kerjakan juga" ugutnya.
Habis sakit pinggul dan kepala Qaira akibat perbuatan gadis itu. Dia kumpul semua kekuatannya lalu merempuh pelajar perempuan itu apabila dia pelajar itu cuba memukul Aleya lagi sekali.
Mereka berdua rebah ke lantai. "Jangan masuk campur aku cakap!" Qaira tidak mempedulikannya dan terus menolaknya ke lantai.
"Diamlah kau!" Pandangan Qaira beralih ke wajah Aleya. "Kenapa kau buat Aleya, Karina ?" Soalnya dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia mengunci pergerakan pembuli itu.
Karina membisu. Dia memaki Qaira dalam diam. "Jawablah!" Amarahnya semakin marak. Sikap Karina amat mencabar dirinya. "Kenapa kau belasah Aleya?!" Suaranya separuh menjerit.
Pintu stor terbebar. Rayyan melihat mereka semua dengan pandangan aneh. Dia cuba menafsirkan perkara yang sedang berlaku. "Aleya, Qaira kenapa ni?" Soalnya serius.
Kes tersebut diuruskan oleh Rayyan dan Qaira. Aleya di hantar ke klinik terdekat. Rayyan membawa Karina ke bilik pengetua bersama Qaira.
Tanpa memberi salam, Karina terus menapak masuk ke dalam bilik pengetua dengan wajah yang berkerut. Dia masih berang dengan peristiwa tadi. Aleya yang mulakan dulu. Bukan salahnya!
Belum cukup satu minit, Karina keluar dari bilik pengetua lalu menarik kolar baju Rayyan. "Kau dan kawan kau.."
Rayyan mengangkat keningnya.
"..akan mati!" Karina segera melepaskan genggaman dan beredar dengan wajah tidak puas hati.
Qaira memandang wajah Rayyan sekilas. Dia kelihatan takut. Rayyan memegang tangannya. "Jangan takut. Dia cakap kosong ja tu." Lelaki itu senyum nipis. Cuba menghilangkan kerisauan yang bertandang di hati Qaira.

YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...