Gelap. Sunyi sepi. Sejuk. Adam memerhati bilik kecil yang penuh dengan perabot yang rosak. Semuanya hak milik sekolah. Dia yakin dia masih berada di sekolah. Mungkin sehari atau dua dia dikurung di dalam bilik tersebut. Darah kering di belakang kepalanya dapat dirasai.
Matanya melilau mencari kelibat Firel. Tiada. Adam cuba melepaskan ikatan kemas di tangannya. Pintu di kuak dan satu kelibat menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Lembaga itu memakai pakaian serba hitam.
Adam memdongak. "Kau!! Mana kau sorok Firel?!"
Kedengaran tawa kecil keluar daripada mulut lembaga tersebut. Dia menarik salah satu kerusi dan meletakkannya di hadapan Adam. Dia melabuhkan punggungnya. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman manis.
"Mana Firel?" Soal Adam kali kedua.
Dia menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Kau jangan nak tipu!" Manusia di hadapannya memang memcabar kesabaran dirinya.
Dia tidak mengendahkan soalan daripada Adam. Telefon dikeluarkan dan diletakkan di hadapan Adam. Video berdefinisi rendah dimainkan. Adam tidak bertanya banyak sebaliknya menumpukan perhatian pada skrin telefon.
Video itu memaparkan Karina yang sedang melihat cermin. Secara tiba-tiba dia rebah dan darah mula keluar daripada mulut, telinga serta hidungnya. Dia menggelupur kesakitan sambil menjerit penuh nyaring. Tamat.
"Kenapa kau bunuh dia? Kenapa kau bunuh semua pelajar yang tak bersalah?"
"Tak bersalah? Think it again, Adam" soalnya sinis. Dia berdiri lalu membuka jaket hitam berhud yang dipakainya. Wajah tenang dan mulus ditatap Adam. Lama. Dia tidak pernah terfikir bahawa manusia yang berada di hadapan matanya ini yang membunuh adiknya.
"Jelaskan Aleya. Kau tahu kan, semua perbuatan kau tu salah."
"Tak. Aku tak salah. Aku cuba tegakkan keadilan. Berikan kesedaran kepada pelajar." Aleya memandang Adam tajam. "Kau patut sedar, yang kau pun salah seorang daripada 'mereka'. Aku akan bunuh kau lepas ni."
Dia mendekati Adam lalu memasang roman sedih. "Tapi..tak menariklah kalau aku terus bunuh kau. Biar aku cerita dulu semua kisah kawan-kawan kau sebelum ni yang dah mati." Jeda. "Then kau boleh lah muhasabah diri kau sendiri."
Adam berdecit. Kalau nak diutarakan kesalahannya, memang bertimbun. Dia memandang wajah Aleya dengan renungan tajam.
"Sekarang dah pukul 10 malam. Well, good time for bedtime stories!" Tuturnya sambil tersenyum manis.
Seram sejuk Adam melihat senyuman Aleya. Dasar psiko!
<><><>
Otak Firel cuba menghadam apa yang berlaku sebelum ini. Dia hampir selamat. Namun, tiba-tiba sahaja psikopat itu hadir. Kalau tidak, pasti kes ini selesai dan dirinya juga selamat.
Hampir seminggu juga Aleya tidak menjenguknya. Mungkin sibuk menguruskan Adam. Dia pasti, Adam ditempatkan di bilik yang lebih jauh untuk mengelakkan mereka berjumpa. Telefon miliknya bergetar.
Tersentak akalnya. Barulah dia sedar bahawa telefonnya masih selamat di dalam poket. Mujurlah Aleya hanya merampas telefon Zulaika. Sebelum ini dia menggunakan voice note untuk meminta pertolongan Adam.
Kenapa dia tidak gunakan lagi? Mungkin dia terlalu takut. Jika si psiko itu tahu pasti nyawanya melayang. Cepat-cepat dia mengangkat panggilan telefon. Terkial-kial juga dia mahu mencapai telefon. Disebabkan tangannya diikat, Firel sukar mencapai telefonnya.
Panggilan dijawab. "Firel! Ini aku Shakira! Apa yang dah jadi kat kau? Kau tak apa-apa?!"
Mahu menangis Firel apabila dapat tahu bahawa rakannya masih mengambil berat. "Aku okay. Dia dah tangkap Adam."
"Patutlah Adam tak ke sekolah." Rupanya itu asbab rakannya tidak ke sekolah. "Okey. Bagitahu aku, kau kena kurung kat mana?"
"Dalam stor. Tapi aku tak pasti stor mana satu."
Suara Rayyan pula bergetar di hujung talian. "Jangan risau. Kami akan cari kau. Kami semua dah berkumpul di hadapan sekolah ni."
"Hati-hati dengan.."
TUTT! TUTT!
Panggilan terputus. Firel maki perlahan. Bateri telefonnya sudah habis. Dalam hati, dia berdoa agar mereka selamat dan tidak diserang oleh psiko tersebut.

YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...