"Rayyan!"
Mereka berdua menumpukan pandangan terhadap seorang lelaki yang sedang berlari ke arah mereka dengan cemas. Nafasnya tercungap-cungap akibat berlari. Dia berdiri di sisi Rayyan. "Ada budak lelaki terkunci dalam makmal Sains. Mereka kata dia menggelupur sebab terhidu gas."
Rayyan bertindak laju sebaik sahaja mendengar aduan tersebut. Lelaki itu serta Adam mengekorinya. Niat Adam tidak mahu masuk campur tetapi hati asyik memujuknya turut serta. Mana tahu, kes itu berkaitan dengan kematian adiknya.
<><><>
"Kuat lagi Danish!!" Sorak Aleya dan Shakira serentak.
Sekumpulan pelajar cuba membuka pintu makmal tetapi gagal. Shakira, Aleya dan beberapa orang lagi menjerit bagai pasukan sorak sekolah. Bunyi nafas tersekat-sekat di sulami rintihan kesakitan dapat mereka dengar dari luar.
Rayyan dan dua lelaki tadi segera membantu mereka membuka pintu. Kehadiran Adam bersama Rayyan membuatkan pelajar yang berada di kawasan tersebut hairan. Kedengaran suara-suara kecil mereka membisikkkan sesuatu antara satu sama lain.
Adam tidak mengendahkan suara-suara tersebut. Dia menyertai Rayyan dan pelajar-pelajar lelaki lain membuka pintu. Dua kali cubaan tetapi masih tidak berjaya. Adam bengang. Dia mengesat peluh yang menitik di dahinya.
"Ke tepi!" Arahnya dengan nada garang. Semua pelajar lelaki memberi lalyan kepadanya meskipun ada di antara mereka yang membantah.
Dia maju ke hadapan lalu menendang pintu dengan daya hentaman yang dahsyat. Pintu tersebut terbuka dan menghentak meja yang terletak di belakang. Rayyan , Aleya dan Shakira serentak berlumba masuk ke dalam makmal.
Sekujur tubuh lemah terlantar di lantai. Baju putihnya dibasahi darah pekat. Mukanya hancur. Darah segar membuak-buak keluar daripada mulutnya. Rayyan memeriksa nadinya tetapi dia sudah mati.
Kehadiran Cikgu Zamri dan cikgu lain meredakan suasana kembali. Cikgu Zamri melihat mayat itu lalu mendail nombor ambulans. Cikgu-cikgu lain menyuruh para pelajar beredar dari kawasan itu. Ahli Skuad Berani mati dipanggil oleh pengetua ke biliknya.
Sebelum sempat Adam membuka langkah, Shakira menyuruhnya tunggu sebentar di makmal. Dia mahu bertanya tentang Zulaika. Adam menuruti sahaja. Dia menapak masuk ke dalam makmal kemudian pantau kawasan di sekelilingnya.
Matanya tertancap pada tulisan di papan hitam. Terdapat satu nama. 'the_killer'. Dia berfikir sejenak. Nama itu seperti..
Adam membuka aplikasi Instagram lantas menaip nama pengguna itu. Dia ingin melihat akaun tersebut tetapi diprivasikan.Dia ingin menekan butang follow tetapi hatinya berkata 'Mungkin ada budak IG yang nak pengikut'. Namun dia ambil keputusan untuk mengikuti akaun itu. Cuma untuk siasat sama ada itu adalah Intsagram pembunuh ataupun sekadar nama sahaja.
"Adam" satu suara lembut memanggilnya daari jauh.
Adam menoleh. 'Aleya rupanya'. Segera dia menyimpan telefonnya dan mengikuti Aleya ke bilik mesyuarat SBM.
<><><>
Dentuman muzik yang dimainkan headfon Danish dapat di dengari oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam bilik tersebut. Seluruh ahli SBM senyap memerhati Firel. Shakira menyilangkan tangannya. "Betul ni kau tak tahu apa-apa tentang Zulaika?" Firel angguk.
Dia menghentak meja secara tiba-tiba. "Betul, betul tak tahu apa-apa?!" Suaranya mula naik oktaf.
Danish menukar daripada lagu EDM kepada surah Yassin lalu memakaikan headfon ke telinga Shakira. "Sabar.." ujarnya sambil menahan gelak.
"Kau ni!!" Shakira menggenggam kuat bahu Danish sehingga dia menjerit kesakitan. "Aku hempuk headfon kau ni, baru kau tahu erti hidup!" Ugut Shakira dengan suara yang kuat.
"Lepaslah bahu aku!!"
Pening kepala Rayyan. Firel hanya menahan tawa. Tidak pernah dia melihat Shakira diperli padat begitu. Rayyan malas ambil tahu. Dia khusyuk melihat nama pelajar yang melakukan kesalahan pada hari ini.
YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Misteri / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...