Hampir setengah jam Firel menunggu Adam muncul di pintu. Namun, batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Peristiwa kelmarin masih menjadi tanda tanya buat Firel. Dia mahu tahu asbab Adam bekerja.
Pemilik kedai itu berjalan keluar sambil membimbit beberapa beg plastik hitam. Lalat-lalat mengiringi beg plastik. Firel memandang pak cik lalu menghampirinya.
"Pak cik, Adam ada?"
Orang tua itu melaksanakan kerjanya lalu baru menjawab soalan Firel. "Ada. Kau nak jumpa dia ka? Biar pak cik panggil dia."
Belum sempat Firel membalas apa-apa, pak cik telah bertindak. "Ish pak cik ni!!" rungut Firel sambil menyerabutkan rambutnya.
Kepala Adam menjengul ke luar pintu. "Kau nak apa lagi?"
"Aku nak bincang pasal kelmarin."
Adam mengeluh. Dia berjalan mendekati Firel sambil memasang muka meluat. Dia menggosok leher belakang. "Kalau aku layan kau kali ni, jangan ganggu aku dah."
"Beres!" Firel mengukir senyuman manis sehingga ke telinga. "Aku cuma nak tahu kau bekerja untuk apa."
Nafas berat dihembus. "Aku kerja untuk bayar hutang."
"Kau hutang along ka?" Suaranya separuh menjerit.
"Ya. Along macam mak dan ayah kau."
"Pahal nak kaitkan mak dan ayah aku ni?"
"Sebab mak ayah kau minta pihak sekolah tuntut kat aku RM 1500!!"
"Eh, kenapa?"
"Buat tak tahu pulak budak ni. Untuk bayar duit rawatan kau lah."
Firel terdiam. Dia menjadi sangsi dengan kenyataan Adam.
<><><>
Sepanjang perjalanan, Adam sepi mendiamkan diri. Entah kenapa Firel mahu membawanya dengan kereta BMW. Katanya mahukan kepastian. Nasiblah pak cik itu benarkan dia keluar, jika tidak pasti Firel akan menunggunya lagi.
"Adam kau check tak fon Zulaika? Dapat maklumat apa-apa?" soalan itu menghidupkan semula suasana.
"Tak. Aku tak tahu password."
"Aku tahu."
"Nanti aku bagi fon tu kat kau."
Firel angguk. Selepas perbualan tamat, mereka akhirnya tiba di rumah agam milik ibu bapa Firel. Pemandu kereta BMW tersebut keluar dari kereta dan membukakan pintu Adam dan Firel.
Hanya Firel sahaja yang menapak masuk ke dalam rumahnya. Dia cuba mencari kelibat ibu bapanya namun tiada. Akhirnya, dia mengarahkan pemandunya ke sekolah.
"Kau nak buat apa pergi sekolah?" Adam mula rimas perut. Dia tidak mahu jumpa pengetua gila itu lagi.
Firel diam lalu mengukir senyuman. "Masalah kau akan selesai tak lama lagi."
Mereka berdua masuk ke dalam bilik pengetua. Firel mendahuluinya ke hadapan lalu memberikan salam kepada pengetua dengan lembut.
"Ada apa Firel?" soalnya mesra. Dia memandang Adam sekilas. "Tan Sri dan Datin mahu datang esok?"
Dahi Firel berkerut.
"Yalah orang tua kamukan suka datang ke sekolah ni. Melawat. Pantau keadaan sekolah."
Pantas Firel menggeleng. "Saya cuma nak tanya satu perkara, boleh?"
Lelaki separuh abad ketawa kecil. "Tanya ja Firel. Tak perlu minta kebenaran."
Pedih pula hati Adam melihat layanan eksklusif pengetua terhadap Firel. Perangainya berubah 360 darjah!
"Hutang yang Adam tanggung tu ada kaitan dengan saya ka? Kenapa mak dan ayah saya tak bagitahu apa-apa pun?"
Pengetua terpana seketika. Senyap. Kantoi juga akhirnya. Dia mengukir senyuman palsu lalu berkata "Tentang tu kamu tak perlu tahu rasanya. Tak penting pun."
"Saya layak tahu. Hutang apa yang Adam kena tanggung ni? Rasanya ayah saya dah lunaskan bayaran sejak hari terakhir saya keluar dari hospital lagi."
"Tak ada apa-apa pun Firel. Percayalah."
"Kalau macam tu saya call ayah sekarang untuk penjelasan" ujarnya seraya mengeluarkan Iphone XR miliknya yang berbadan silver.
Pengetua bertukar wajah cemas. "Eh..eh..tak pa Firel. Biar saya jelaskan." Pujuknya sambil bermain dengan tangan. Firel angguk. "Perkara ni tercetus sebab Adam sendiri."
Iphone diletakkan ke dalam poket kembali. Firel dan Adam tumpukan perhatian terhadap pengetua. Adam mula memasang muka tidak puas hati. Pengetua pasti mahu kaitkan dia juga. Entah apa salahnya sehingga sering menjadi mangsa.
"Adam sering bergaduh dan timbulkan pelbagai masalah. Perangai dia teruk! Tiap-tiap hari mesti kena menghadap muka dia."
"Apa kaitannya?" Firel jadi bingung.
"Isu yang dia timbulkan semuanya merosakkan harta benda sekolah. Lama-kelamaan pihak sekolah tak dak duit nak tanggung. Akhirnya saya terpaksalah guna cara saya untuk dapatkan duit."
"Kenapa dalam banyak cara, cara ni yang pengetua gunakan?!" Darah Adam mula menggelegak. Pasti ada cari lain kan? Kutip derma ka, minta sumbangan ka. Ini mahu guna cara kotor!
"Sebab kamu yang menjadi punca kepada kerosakan harta benda sekolah sekarang ni, bukan orang lain!" Balas lelaki itu dengan suara yang tinggi.
"Masalahnya, masih ada cara lain kan untuk selesaikan perkara ni?" Bidasnya perlahan dengan nada yang tidak puas hati.
"Pengetua, boleh kita selesaikan perkara ni?" Celah Firel. Nanti berlaku pergaduhan besar pula jika dibiarkan.
"Boleh, Firel" ujarnya sambil betulkan tali lehernya yang senget. "Saya mengaku bahawa saya dah tipu kamu berdua, jadi Adam...." Dia memandang wajah pelajar most wanted sekilas. "...kamu dibenarkan bersekolah tetapi hutang tu perlu dijelaskan juga. Adil?"
"Baik. Terima kasih, pengetua" ucap Firel kemudian beredar dari bilik tersebut bersama Adam.
YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...