<14>

22 5 0
                                    

Telefon Adam berdering kuat. Dia mengeliat sambil menguap lalu mencapai telefonnya. Dia menjawab panggilan tersebut. Cahaya matahari sudah memancar terik di atas kepalanya.

"Ya, kenapa?" soalnya sejurus menjawab panggilan.

"Adam, kau nak keluar makan tak?" Satu suara manja menyentak pendengarannya. Adam terdiam seketika. Dia menjadi bingung. Beberapa ekor tikus berdecit sambil berlari di hadapannya.

Tempat tidur Adam kini adalah di sebuah lorong terbiar. Hanya tempat itu menjadi tempat tidurnya setelah di dihalau keluar dari rumah. "Aaa.. aku nak makan. Tapi....kalau kau belanja."

"Okey. Aku tunggu kau kat gerai tepi jalan tu."

Panggilan ditamatkan. Adam mencapai jaket kelabu dan terus berjalan ke gerai tersebut. Tidak jauh. 100 meter sahaja dari lorong tersebut. Shakira pula melepaskan rambut yang keriting di hujungnya dan mengenakan t-shirt berbelang biru-pink. Dia ke gerai tersebut dengan menaiki motosikal.

Dari jauh, Shakira dapat melihat kelibat Adam. Dia sedang menuju ke meja yang diduduki Shakira. Gadis itu menyilangkan tangan. "Apasal kau lambat sangat? Mana motosikal kau?"

Adam melabuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik lalu berkata "Gerai ni dekat ja dengan tempat tinggal aku." Shakira terangguk-angguk mendengar alasannya.

Sejurus Adam berbicara, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. "Adik nak minum apa?"

"Sirap limau" jawab Adam laju.

Shakira mencebik lalu memandang Adam dengan pandangan tajam. "Bab makan laju ja."

"Apa adik?"

Shakira tersenyum malu sambil menggelengkan kepala. "Saya nak air Horlicks cincau."

Pelayan mengukir senyuman lalu mencatat pesanan. "Makan?"

"Nasi goreng kampung" balas mereka serentak. Adam dan Shakira saling berpandangan. Pelayan itu angguk dan berlalu pergi.

"Kau tiru aku eh?" soal Shakira.

"Kau yang tiru aku!" bidas Adam pula.

"Elehh.. mengaku jelah kau tiru aku" ujar Shakira tidak mahu kalah.

Adam mengeluh kasar. "Budak ni.. aku tumbuk nanti" gumamnya sambil menahan geram.

Dua cawan plastik diletakkan ke atas meja. Pelayan tadi datang semula menghantar pesanan. "Sudah-sudahlah tu, dik. Bergaduh macam budak kecik. Malu kat budak sebelah korang tu."

Masing-masing menoleh ke arah budak yang dimaksudkan wanita tersebut. Sikap budak itu jauh lebih matang daripada mereka berdua. Dia sedang menyuapkan adiknya yang kecil daripadanya. Suasana menjadi sepi seketika.

Malu. Mereka malu dengan sikap mereka. "Jadi.." Shakira menoleh melihat Adam. "Kau ajak aku makan kenapa?" soal Adam.

"Aku ada perkara nak bincang dengan kau."

Adam mengangkat kening tanda 'Apa?'. Dia menyedut sedikit demi sedikit air yang dipesan tadi.

"Tentang The_killer tu."

Habis tersembur air dari mulut Adam. Dia terbatuk-batuk kerana tersedak air tersebut. Shakira automatik meluru ke arah rakannya. Riak wajahnya kelihatan sangat risau. "Kau okey tak?" Dia menepuk belakang badan Adam.

Nafas cuba ditarik semula lalu Adam mengangkat tanda 'bagus' pada Shakira. Gadis itu kembali ke tempatnya.

"Kau nak cakap apa tadi?"

"The_killer." Jeda. Dia berharap Adam tidak lagi tersedak. "Aku rasa kita dapat tahu siapa pembunuh tu kalau kita siasat pemilik akaun ig tu" jelasnya sebagai pembuka kata.

"Aku tak mahu terlibat" Adam menggelengkan kepala.

"Kenapa? Pembunuh tu dah bunuh adik kau kot! Kau nak biarkan dia terlepas?"

"Kau cuma nak tangkap pembunuh tu cepat-cepat sebab kau takut kena buang sekolah kan?"

"Ya. Mestilah! Lagipun, kalau kau masuk tolong kami, kau akan dapat masuk sekolah balik. Win-win situation kan?"

Dahi diurut. Adam cuba mempertimbangkan hasrat Shakira. "Okey, aku akan tolong kau. Cuma.. bukan kami.. kita ja."

Berkedut seribu dahi Shakira. "Maksud kau?"

"Aku nak kau dan aku ja yang siasat hal ni. Aku tak nak libatkan mereka."

"Kau tak percayakan geng aku?"

"Bukan. Aku tak nak ramai yang terlibat. Faham?"

Shakira masih tidak berpuas hati dengan jawapan Adam. Namun perbualan mereka terhenti sebaik sahaja makanan yang dipesan telah sampai.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now