Tumbukan Adam mendarat tepat di perut Firel. Lelaki itu terundur ke belakang dan jatuh terduduk ke atas lantai. Dia memegang perut yang senak. Hidungnya kembang-kempis cuba mengatur pernafasan. Suasana semakin gamat dengan sorakan.
Sikap panas baran Adam memang tidak boleh di kawal. Dia menendang Firel berkali- kali persis orang gila. Firel menahan sakit sambil berdoa agar perkara ini berakhir dengan segera.
"Masuk kelas masing- masing!" Seorang pengawas memberi arahan. Dia hadir bersama pengawas yang lain. Pelajar-pelajar mengeluh dan ada yang memaki pengawas tersebut. Dia tidak hiraukan cacian mereka dan memasang myka selamba.
Peragduhan tadi dileraikan oleh pengawas-pengawas tersebut. "Adam, pergi bilik pengetua" arah seorang pengawas yang berwajah cerah tetapi Adam buat tidak tahu dan berlalu pergi.
"Laporkan kepada cikgu, Rayyan."pinta salah seorang pengawas sebelum pergi membawa Firel ke bilik rawatan.
<><><>
Enjin motosikal dihidupkan. Adam sudah bersiap sedia untuk pergi. Dia tidak mahu berjumpa pengetua meskipun namanya sudah diumumkan di segenap bangunan sekolah agar pergi ke pejabat pengetua. Perkara tersebut pasti akan dibesarkan.
Satu susuk tubuh mendekatinya. "Adam, takziah." Dia menoleh. Lelaki yang sapa Adam ialah Rayyan, pengawas yang menyuruhnya bertemu pengetua tadi. Enjin motosikal dimatikan dengan keluhan berat.
Senyuman terukir di bibir Rayyan. "Kau tak nak berbincang dengan pengetua dulu?" Dia tahu. Pasti Adam masih sedih tentang Zulaika.
Motosikal diparkir. "Okey, aku akan jumpa dengan dia" balasnya dengan muka serius.
Adam membontoti Rayyan ke pejabat sekolah. Mereka berdua melewati dewan sekolah dan terus ke pejabat. Kalau boleh Adam tidak mahu berada di sekolah ini lama-lama.
Pintu bilik pengetua dikuak perlahan. Rayyan mengambil keputusan untuk berada di luar. Dia tidak mahu masuk campur. Adam menapak masuk, satu pandangan tajam dilemparkan kepadanya.
"Maaf saya lambat" pintanya selamba. Dia menghampiri pengetua dengan langkah yang longlai. Mata Adam dituju tepat ke wajah pengetua yang sedang berkerut.
Sehelai kertas dihulurkan oleh pengetua kepada Adam. "Saya dah muak hadap muka kamu setiap masa. Kamu tahu Adam , baru tiga bulan sesi persekolahan bermula dah 10 kes kamu buat!"
Pengetua menarik nafas kemudian menghela semula. "Beginilah Adam. Kamu di buang sekolah. Secara rasminya esok hari. Jadi kamu boleh pulang dan hadam betul-betul apa yang tertulis di atas kertas yang kamu pegang."
Keluhan panjang dilepaskan sebaik sahaja Adam melangkah keluar dari bilik pengetua. Kelibat Rayyan sudah tiada. 'Mungkin dia sudah kembali ke kelas.' Itu ayat yang terlintas di mindanya. Dia berjalan di koridor sambil melipat-lipat kertas tersebut dan menyimpan ke dalam poket seluar.
Sedang dia memandang siling dan memikirkan perkara yang patut dilakukannya selepas ini, dia pandang sekilas papan tanda yang terdapat di sebuah pintu bertulis 'SBM'. Setahunya, kelab SBM tidak wujud sebelum ini. Ini tandanya dia sudah lama tidak ke sekolah.
<><><>
Sebaris pelajar berjalan seiring melewati pagar sekolah. Salah seorang daripada mereka memakai headphone dengan volume yang maha kuat. "Kalau kau pekak Danish, padan muka! Aku dah larang banyak kali dah. Jangan pasang volume kuat sangat" bebel Shakira ala mak cik-mak cik bawang.
Aleya mengiyakan bebelan Shakira kemudian menampar lengan Danish. "Kau dengar ka tak?!"
Danish menjeling tajam lalu berjalan laju meninggalkan mereka berdua. "Aku tahulah.." rungutnya perlahan. Mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu.
Mereka berdua menghinjutkan bahu. Degil. Rasanya perkataan itu mampu menggambarkan sikap Danish sendiri. Rayyan secara mengejut muncul di sisi Aleya. "Woi!" Kedua-dua gadis itu tersentak.
"Bodo!" Ujar mereka berdua serentak.
Rayyan tergelak kecil tetapi di matikan oleh tamparan kuat Shakira. Dia terdiam seketika lalu menoleh sambil memandang Shakira seperti mahu menerkamnya. Sebaris gigi ditayang Shakira sebelum lesap ke rumahnya.
Aleya gelak kecil melihat gelagat mereka. Dia menuju ke lorong taman perumahannya. Rayyan meneruskan perjalanan berseorangan. Sudah biasa. Rumah dia antara rumah yang agak jauh berbanding mereka semua.
<><><>
Adam merebahkan badannya ke atas sofa. Usai mandi dan solat, dia meluangkan masa di hadapan televisyen. Surat yang diterimanya dibaca sepintas lalu. Matanya membulat. Adegan Kung Fu yang ditayangkan di televisyen tidak diendahkan.
"Mana aku nak cari duit nih!"jeritnya sekuat hati. Surat tersebut adalah tuntutan duit daripada ibu bapa Firel. Duit untuk rawatan Firel. Sebanyak RM 1500 yang diperlukan oleh mereka.
Mereka adalah keluarga kaya! Bagaimana mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk rawatan Firel ? Lagipun, setahunya Firel tidak mengalami kecederaan yang parah.
Satu idea terlintas di mindanya. "Aku boleh bekerja!" Senyuman di bibirnya pudar kembali. "Mustahil aku boleh dapatkan duit sebanyak tu." Bunyi pintu dikuak perlahan. Adam menoleh. Pasti ibu bapanya sudah pulang daripada kerja.
"Assalamualaikum." Ucap ibu Adam lembut. Adam menjawab salam dan menyimpan surat tersebut ke dalam poket seluar. Dia berdiri sambil menghadiahkan senyuman manis sebagai tanda menyambut kepulangan mereka.
Ibunya menapak masuk disusuli bapanya yang sedang membimbit beg laptop. "Ibu dan ayah nak minum apa?"
Ibunya menggeleng manakala ayahnya laju menaiki tangga dan terus masuk ke dalam bilik.Itulah kehidupan seharian Adam. Orang tuanya sibuk mengejar dunia sehingga lupa terhadap tanggungjawab lain.
Perihal kematian Zulaika entah mereka tahu atau tidak. Kalau mereka sudah tahu mungkin mereka malas bercakap tentangnya.

YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...