Telefon Lenovo miliknya di capai. Adam membuka aplikasi Instagram dan melihat bahagian notifikasi. shae_kiira started following you.
Adam terpempan seketika. "Macam mana di boleh tahu nama aku?" Gumamnya lantas melihat laman instagram the_killer. Permintaan untuk mengikuti akaun itu telah ditunaikan.
Cuma video sahaja yang disiarkan di akaunnya. Adam menekan video yang paling awal disiarkan di akaunnya. Video itu berdurasi 30 saat.
Bunyi nafas tercungap-cungap dapat didengari dengan jelas. Adam tidak dapat melihat apa-apa. Gelap. Insan yang berada dalam video tersebut melangkah perlahan ke hadapan.
Cepat-cepat Adam menyambar earphone yang terletak di atas bantal. Dia menyumbat earphone ke dalam telinganya.
"Kau ada kat mana?" Satu suara lunak menggetar gegendang telinga Adam. 'Zulaika...' ucapnya dalam hati. Suara itu milik adiknya.
Zulaika berjalan- jalan di atas bumbung sekolah sambil mencari kelibat seseorang. "Kau nak cakap apa? Kata ada kejutan?" Gadis itu seperti bingung. Dari sudut pandangan kamera lain, satu susuk tubuh tiba-tiba menutup matanya dan mendesaknya melangkah ke hadapan.
Pakaian lembaga itu serba hitam. Baju berhud hitam. Begitu juga seluarnya. Adam mengesyaki bahawa pembunuh itu adalah Firel pada mulanya kerana lelaki itu memiliki baju hud hitam tetapi..
Pembunuh itu terjengket-jengket dan nampak lebih rendah lagi daripada Firel. 'Habis? Siapa yang berada dalam video itu?' Soalan tersebut terawang-awang dalam mindanya.
Skrin telefon terpadam secara mengejut. "Eh, kenapa ni?" Adam jadi cemas dan kalut menekan butang di sisi telefon. Dia mendengus geram. "Bateri phone habis pulak..!"
Niat untuk menyaksikan video itu hingga tamat terbantut. Adam mengecas telefon seraya menghenyakkan badannya ke atas tilam. Lama-lama, kelopak matanya mula memberat dan dirinya mula lenyap ke alam lain. Dia sudah tidur lena.
<><><>
Dewan bingit dengan suara pelajar yang sedang berkumpul untuk perhimpunan rasmi. Qaira beradaa di kaki lima. Dia perlu memeriksa setiap blok. Sebagai presiden sekolah, dia perlu memastikan semua pelajar telah turun ke dewan.
Setiap kelas di periksa sekilas lalu. Jam tangannya di pandang. "Pukul 7.30? Cepatnya!" Dia cepat-cepat menuruni tangga apabila mendengar suara bergema di seluruh pelosok sekolah. Itu menandakan perhimpunan telah mula.
Qaira memecut selaju yang boleh. Kalau boleh dia mahu terbang sahaja ke bawah tetapi dia perlu menuruni anak tangga ini satu persatu. Satu kelibat muncul di hadapannya. Mereka berdua merempuh sesama sendiri dan masing- masing jatuh terduduk. Kepala mereka terhantuk kuat.
Kepala masing-masing diusap. Qaira mengangkat kepalanya. "Aleya, kenapa tak masuk dewan lagi?" Soalnya lalu menghulurkan tangan bagi membantu rakannya berdiri.
"Aku terlupa bawa buku nota!"jawabnya sebaik sahaja dia berdiri. Dia menyapu debu yang melekat pada baju sekolah.
Tangan Aleya di tarik oleh Qaira. "Kita dah lewat ni!" Dia terus berjalan laju menuruni tangga bersama Aleya. Aleya hanya menurut sahaja tanpa berkata apa-apa.
Pintu dewan masih lagi terbebar. Lega hati mereka berdua. Mujurlah mereka masih sempat. Baru setapak ke dalam dewan, Rayyan menyekat mereka masuk. Dia merenung wajah kedua gadis di hadapannya seraya mencatat sesuatu.
"Saya buat tugas tadi." Qaira cuba membela diri. Namun dia tahu, alasan begitu tidak akan memberi kesan terhadapnya. Dia merampas buku kecil milik Rayyan.
Perbuatan tersebut menyentak diri Aleya dan Rayyan. Ketua pengawas mula melemparkan pandangan maut kepada Qaira. "Kau yang lewat!"
Acuh tak acuh Qaira angguk faham. Dia dengan selamba mengambil pen dari tangan Rayyan. Qaira menulis sesuatu di buku itu. Dia menyerahkan buku dan pen kepada Rayyan semula dengan senyuman manis.
"Berdiri kat sana" arahnya.
Qaira dan Aleya hanya menuruti. Mereka berdiri sebaris di hadapan dewan. Mujurlah cuaca tak begitu panas. Kalau tidak, lagi 'seronok' lah mereka berjemur.
"Huii!!" Sapa Shakira seraya menepuk bahu mereka berdua serentak. Dia mencelah di antara mereka berdua kemudian mengukir senyuman sehingga menampakkan giginya.
"Kau datang lewat jugak?" Aleya memandangnya pelik.
"Hehe..aku sakit perut pagi tadi. Sebab tu aku datang sekolah lewat." Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Buku nota di tenung. 'See me'. "Kenapa Qaira tulis ni?" Rayyan jadi bingung. Dia berjalan mendekati mereka yang beratur sebaris di luar dewan. "Eh, Shakira?"
"Kau datang lewat, Shakira?" Soal Rayyan mahukan kepastian. Lambat-lambat ketua Skuad Berani Mati angguk. Segera Rayyan mencatat namanya. "Okey. Lepas tamat sekolah ni.."
Mereka bertiga memasang muka masam. Pasti si perfecto ini mahu berikan tugas apa- apa sebagai denda.
"Assalamualaikum" ucap Danish dengan intonasi ala-ala imam masjid. Dia mempamerkan wajah tenang. Meluat pula Shakira melihat wajah rakannya itu.
"Hah! Eloklah.. seluruh ahli SBM datang lewat. Petang ni boleh buat kerja sama-sama." Utara Rayyan.
Aleya dan Shakira menaikkan bola mata ke atas.
"Tamat waktu sekolah, susun buku di perpustakaan."
"Apaa?!!" Raung Shakira solo. Dia bagai disambar petir. "Tolonglah bagi kerja lain.." pujuknya sedaya upaya.
Rayyan tidak mengendahkan gadis itu dan terus berlalu pergi. Dia tahu Shakira paling benci mengemas perpustakaan dan menyusun buku. Mahu atau tidak dia terpaksa beri denda sebagai hukuman sebegitu.

YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...