<10>

31 2 0
                                    

"Aku ingat tadi." Dia masih tersengih sambil memandang wajah Adam. Shakira cuba mengingati semula. "Aku ingat!" Suaranya separuh menjerit.

"Hm, apa dia?"

"Siapa kawan baik Zulaika?"

Adam terdiam buat seketika. Dia menggeleng. "Aku rasa tak ada. Dia kawan dengan semua orang." Jelasnya sambil mengurut bahunya yang sakit.

Shakira mengeluh perlahan. Wajahnya masam mencuka.

"Tapi.." kata-kata Adam menaikkan semangatnya kembali. Gadis itu kembali ceria. Adam memcekuh poketnya dan mengeluarkan telefon. Dia menunjukkan video yang disiarkan di instagram the_killer.

Mereka berdua fokus pada skrin telefon.

"Kau ada kat mana?"

"Itu suara Zulaika." Bisik Shakira perlahan.

"Kau nak jumpa aku kenapa?" Zulaika kelihatan bingung sambil menanti kehadiran seseorang di atas bumbung sekolah.

Dari sudut yang lain, satu lembaga menerpa ke arah Zulaika dan menutup matanya. Dia mendesak Zulaika berjalan ke hadapan. Gadis itu mula bertindak ganas apabila sedar bahawa dia berada di hujung bumbung.

Dia hampir jatuh namun dia sempat menarik jaket lembaga tersebut dan bergelut untuk menyelamatkan diri. Malangnya, lembaga itu menolak tubuh Zulaika dengan kasar dan tangannya terlucut daripada jaket.

Video tamat secara mengejut. Terdapat mesej pada akhir video. "Jangan couple kalau kau nak hidup. Amaran 1."

Adam menyepi. Shakira turut sama membisu. Tidak sangka pembunuh tersebut merakan perbuatan sendiri. Pendek kata, pembunuh ini seorang psikopat!

Shakira ingin bertanya lebih lanjut tentang the_killer tetapi Adam kelihatan senyap dan masih memendam rasa. Masing-masing membisu dan Adam tanpa perasaan menolong Shakira menyiapkan tugas.

"Terima kasih, Adam" ucapnya sebaik sahaja mereka berdua tiba di rumah teres Shakira. Adam telah menumpangkan dia kerana sudah lewat petang.

Senyuman manis diukir di bibir gadis itu. "Dan terima kasih tolong.."

"Jangan follow ig the_killer" pesannya dingin sebelum berlalu pergi dengan motosikal.

Hati Shakira meronta-ronta ingin memaki Adam. Belum sempat habiskan kata-kata, dia sudah lesap. Kekadang rasa marah, kekadang rasa sayang. Entahlah! Adam mungkin seorang yang baik cuma tidak pandai menjaga hati perempuan.

<><><>

Boleh dikatakan hampir sehari dia tidak pulang ke rumah. Bukan sibuk bekerja tetapi sibuk melayan kerenah Shakira. Adam menapak masuk ke dalam rumahnya. Belum sempat melabuhkan punggung, ayahnya memanggil.

Mereka berdua duduk di atas sofa pada arah bertentangan. "Kamu tak pergi sekolah kan?" Wajahnya serius.

Adam angguk perlahan. Dia tahu ini merupakan petanda yang tidak baik. Macam mana dia boleh tahu pulak? Hatinya mula gusar. Ingatkan ayahnya sibuk bekerja sehingga tidak ambil tahu tentangnya.

"Ayah tahu tentang kematian Zulaika. Ayah tahu tentang kes yang kamu lakukan di sekolah. Cuma, ayah tak marah kamu pada masa tu"

Ayahnya hembus nafas berat. "Kematian Zulaika seolah-olah Adam tak ambil tahu pun."

"Mana ada. Saya..."

"Kamu boleh lagi lakukan kes semasa hari adik kamu mati?! Semasa ayah dan ibu pergi melawat kubur Zulaika, kamu tiada pun di situ! Kamu ke mana?"

"Ayah, saya ada di sana! Saya berdiri di belakang ayah!"

"Kamu tipu! Selama ini pun kamu tipu ayah! Kamu tak ke sekolah, tapi pergi kerja! Kenapa kamu tak pergi ke sekolah? Ayah dan ibu penat-penat bekerja tapi kamu ponteng sekolah!"

Roman lelaki itu terpancar jelas kekecewaan yang dirasainya. "Ayah dah lama bersabar dengan kamu.."

"Saya..."

"Dahlahh Adam. Ayah nak masuk tidur. Fikir sendiri apa yang kamu tengah buat sekarang. Pergilah sekolah esok. Belajar. Fikir masa depan kamu sama." Ayahnya mengangkat punggung sejurus tamat berbicara.

"Ayahh.." jeda seketika. Ayah menoleh. "Saya dibuang sekolah" luahnya perlahan.

Mata ayahnya membulat. "Apa? Kamu dibuang sekolah?!" Dia seakan tidak percaya. Perlahan sungguh Adam angguk.

Situasi tadi berakhir dengan Adam dihalau keluar dari rumah dan dia sekarang baring beralaskan kotak dan berbantalkan lengan. Dia tidak habis memaki dirinya yang terlalu jujur. Kalau dia tidak memberitahu ayahnya tadi, pasti sekarang dia tidur lena di atas tilam.

Kelopak matanya semakin berat. Dia malas memikirkan perihal tadi. Jika difikirkan pun, tiada apa yang akan berubah. Adam yakin. Amarah ayahnya akan reda juga.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now