<21>

17 2 0
                                    

Shakira angguk perlahan. "Andaian kau logik jugak." Dia menoleh dan berkata "Kita tangguh dulu mesyuarat ni. Cari Firel dulu."

Mereka semua sebulat suara dan berpecah untuk memeriksa enam tempat. Masing-masing bertugas di gim, kantin, makmal, blok A, blok B dan blok belakang. Adam ronda di sekeliling blok belakang dan periksa stor lama satu per satu.

Rayyan mengeluarkan telefonya lalu menaip "Dalam gim tak dak apa-apa."

Shakira
Aku pun tak jumpa Firel kat kantin

Danish
Semua makmal macam tak diusik pun

Qaira
Blok A ok! Aleya, blok B?

Aleya
Checked. Nothing!

Adam
Aku tak habis check gih. Jap

Adam menyimpan telefonnya. Dia mengetuk setiap pintu yang berada di situ. Diabl menunggu jika ada respon atau suara meminta tolong. Usai kerjanya dia menaip "Blok belakang pun tak dak apa-apa." Adam menunggu reaksi kawan-kawannya.

Aleya
Jom kita balik. Dah lewat petang ni

Mereka semua setuju dengan pendapat Aleya dan pulang ke rumah masing-masing.
Baru sahaja Adam mahu membuka langkah, dia mendengar suara separuh menjerit dari dalam stor yang berada di hujung bangunan.

Dia bergegas ke stor tersebut lalu mengetuk pintu berkali-kali. "Firel kau ada kat dalam?"

Sepi seketika. "Tolong aku, Adam!! Dia nak bunuh aku!"

"Jap. Aku akan tolong kau."

Dia undur beberapa langkah sebelum menghempas pintu tersebut. Pintu tersebut terbebar dengan sekali hentaman. Adam tersentak melihat keadaan Firel yang cedera di bahagian kepalanya. Dia kelihatan lemah. Firel dikelilingi kerusi dan meja yang sudah rosak dan patah.

"Aku dah agak kau tak balik lagi."

Satu suara dingin menyapa dari belakang. Pantas Adam menoleh untuk melihat wajah pemilik suara tetapi psikopat itu lebih cekat memukul kepala Adam menggunakan sebatang kayu.

Pandangan Adam menjadi kabur dan akhirnya kelam. Dia sudah tidak sedarkan diri.

<><><>

Sepanjang minggu ahli SBM menghabiskan waktu rehat untuk berbincang tentang kes-kes yang telah berlaku. Kali ini, mereka perlu lebih bersungguh-sungguh.

"Kau perasan tak? Adam tak datang sekolah sejak perjumpaan kita sebelum ni" soal Danish lalu menyangkut headfon di lehernya.

"Aku perasan jugak" akui Rayyan.

Qaira, Shakira dan Aleya terdiam. Masing-masing memikirkan sesuatu.

"Mungkin dia bekerja. Yelah, dia kan pentingkan kerja dia juga" luah Shakira meskipun dia sendiri tidak pasti dengan kata-katanya.

"Boleh jadi Adam pergi kerja" sokong Rayyan cuba menyedapkan hati.

Isu kehilangan Adam tamat di situ. Shakira kembali kepada topik perbincangan mereka. Kematian Karina dan Shafiq pula menjadi topik utama. Dia mengeluarkan telefonnya dan membuka akaun the_killer.

Matanya membulat. "Tengok ni! Si psiko tu dah post video pasal Karina dan Shafiq!" Bicaranyq dengan suara separuh menjerit.

Serentak mereka semua mengelilinginya untuk melihat video tersebut. Video Karina menjadi pilihan utama mereka untuk ditonton.

Setelah tamat video tersebut, masing-masing terdiam. Tiada reaksi. "Kenapa video kali ni macam makin pendek?" Soal Shakira tidak puas hati.

"Aku rasa dia tak sempat nak rakam ataupun dia tak cukup masa." Danish mengutarakan pendapat.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now