<9>

42 5 1
                                    

Riuh. Adam melihat kesemua ahli SBM berada di dalam perpustakaan tersebut. Pelik. Selalunya mereka sering berada di bilik mesyuarat pada waktu begini. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk yang berada di hadapan kaunter pinjaman buku.

Penat lelahnya sebentar tadi terubat sedikit. Duduk di atas sofa sudah cukup buatnya untuk merehatkan diri selepas bekarja. Kelopak matanya semakin memberat. Keriuhan sebentar tadi tenggelam perlahan-lahan.

"Woi!! Aku panggil kau ke sini bukan untuk tidur!" Sergah Shakira lalu menepuk bahu Adam.

Bahunya terjongket kerana terkejut dengan suara Shakira tadi. Adam memberi pandangan maut kepada gadis itu. "Dah dua kali dah kau buat aku terkejut!" Ujarnya dengan wajah dingin.

Kecut perut Shakira melihat reaksi Adam yang begitu serius. "Maaflah.. emm.." Dia cuba mencari idea untuk mengubah topik. "Kau nak air?" Soalnya sambil tersenyum.

Meremang bulu roma Adam melihat senyuman Shakira. Baginya, Shakira kelihatan seperti anjing chihuahua ketika tersenyum. Tak comel langsung! "Kalau kau belanja aku nak." Selamba.

"Ok. Aku belanja."

"Sirap limau"

Shakira angguk kemudian menuju ke kafeteria sambil menyeluk poketnya. Dia lihat jika masih ada baki duit pagi tadi. Selepas minuman itu siap, Shakira segera ke perpustakaan dan menyerahkan kepada Adam.

Tanpa segan silu, Adam menyedut air sirap limau dengan lahapnya. Tersedak nanti baru tahu!

"Kau ke mana, Shakira?" Rayyan menyilang tangan.

"Kafeteria."

Dia memandang Shakira dengan pandangan kosong. "Kau kena kemas rak yang di sebelah kaunter."

Mata Shakira membulat. "Aku kemas sorang-sorang?!"

"Yelah, kami semua dah buat tugas masing-masing." Jelas Aleya. Danish dan Qaira angguk tanda setuju.

"Tapi tadi..."

"Aku tahu kau tidur tadi. Jangan nak tipu. Kau terbangun pun sebab Adam datang kan?" Tegas Rayyan. "Pergi buat tugas." Shakira akur. Tidak boleh protes. Memang tadi dia ada terlelap di belakang rak tetapi.. rasa macam sekejap sahaja... Mungkin?

Sepuluh minit berlalu tetapi Shakira masih tidak dapat siapkan tugas. Menyusun buku antara perkara yang paling di bencinya. Tambahan lagi, Rayyan telah memberikan rak paling besar untuknya.

"Aku balik dulu." Danish memakai headphone kemudian melemparkan senyuman manis kepada Shakira dan Adam.

"Huh.." Ini masuk orang ketiga yang telah pulang. Shakira tidak berhenti merungut dan mengeluh. Adam sudah lama tidur di sofa empuk itu. Keadaan perpustakaan yang berpendingin hawa bagai membuai-buai dirinya yang keletihan.

Kunci perpustakaan diletakkan di atas meja. "Aku balik dulu. Kunci atas meja. Kalau dah siap buat tugas, kunci perpustakaan ini dan serahkan kunci esok kat aku." Tutur Rayyan lalu melangkah keluar daripada perpustakaan.

"Tapi..." Shakira menoleh. Namun, kelibat Rayyan sudah tiada. Tanpa bunyi dia terus menyusun buku mengikut saiz dan mengelap habuk yang terdapat pada kulit buku. Sedang asyik menyusun buku, bau busuk menusuk hidungnya.

Pantas dia toleh. Rupanya Adam sedang berdiri di belakangnya. Tangan lelaki itu mencapai buku yang berada di tangan Shakira dan menyusunnya semula. "Eh bukan kau tidur ka tadi?" Soalnya Shakira sambil menutup hidungnya. Busuk betul bau badan Adam.

Adam tidak mengendahkan gadis itu dan terus menyusun buku tanpa. Dia mengambil salah satu buku dan letakkan di atas rak. Buku lain pula diambil untuk disusun.

Secara mengejut , Shakira merampas buku itu semula. "Ini kerja aku, bukan kerja kau!"

Adam mengambil semula buku tersebut lalu mengukir senyuman sinis. "Kau panggil aku tapi kau tak cakap apa-apa pun." Mahu marah tetapi dia tidak sanggup. Melihat mulut muncung Shakira dia jadi malas untuk hangatkan suasana.

Hampir seminit Shakira diam membisu. Adam menghempuk buku setebal kamus dewan ke atas kepala Shakira. "Woi!! Kau panggil aku kenapa?"

Shakira masih bisu.

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak balik. Aku nak balik rumah, tidur."

"Aku.." Shakira memandang tepat wajah lelaki di hadapannya. "Aku lupa.." Dia tersengih seperti kerang busuk sambil menggaru kepalanya.

"Mangkuk ayun lah kau ni!" Suaranya membuatkan Shakira tersentak. "Lama aku tunggu, kau boleh tak ingat apa yang kau nak cakap!!"

Shakira mempamerkan giginya.



The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now