Pembantu perubatan dan jururawat keluar dari bilik tersebut setelah selesai merawat Aleya. Qaira memghadiahkan senyuman sebaik sahaja Aleya bertentangan mata dengannya. Dia membantu Aleya duduk dan bersandar pada katil daripada posisi baring.
Masing-masing senyap. Mata bertemu mata. Qaira berniat untuk bertanya sesuatu namun takut Aleya masih trauma dengan kejadian tadi. Aleya memhembuskan nafasnya perlahan-lahan nafasnya lalu bersuara.
"Dia tuduh aku bunuh semua orang yang mati di sekolah kita" Jeda. "Tapi aku tak buat pun. Kau percaya aku tak?" Air matanya mengalir laju menuruni pipinya.
Automatik, Qaira memeluknya sambil mengusap bahu kanan Aleya. "Kau percayakan aku kan?" Soal Aleya buat kali kedua dengan penuh sebak.
"Ya. Aku percayakan kau.. sudahlah.." pujuk Qaira. Melihat muka Aleya yang penuh lebam di muka, dia semakin geram dengan Karina. Tindakkannya melampau!
"Haii!" Sapa Shakira sambil tersenyum lebar. Dia diekori oleh Rayyan dan juga Danish. Mereka bertiga berdiri di samping Qaira sambil memguntumkan senyuman. "Kau okey tak?" Soal Shakira.
Aleya angguk. "Jangan risaukan aku."
"Kalau kau rasa tak sihat. Aku boleh minta surat cuti sakit daripada doktor." Tawar gadis itu.
"Tak perlulah."
"Pasal Karina , pihak sekolah dah buang dia" jelas Rayyan. Qaira memandangnya smabil melemparkan senyuman kelat. Aleya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Pintu dikuak. Satu susuk tubuh melangkah masuk sambil menjinjit beg plastik yang diisi buah-buahan. "Get well soon" seraya menyerahkan buah tangan kepada Qaira.
Berkerut seribu dahi Aleya. "Macam mana kau tahu.."
"Shakira yang bagitahu." Serentak mulutnya di muncungkan ke arah gadis itu.
"Couple ka?" Spontan Qaira bertanya.
Mata mereka berdua membulat serentak lalu menafikannya.
Adam dan Shakira berbual-bual di luar bilik tersebut. Pada awalnya mereka semua syak bahawa Adam benar-benar couple dengan Shakira tetapi setelah melihat pergaduhan besar berlaku sangkaan mereka meleset.
"Siapa suruh kau tengok video ke dua?" Adam kelihatan bengang. Darah mudanya menggelegak.
"Aku" selamba sahaja Shakira bidas.
"Kau tahukan bahaya!"
Shakira menghinjutkan bahunya tanda tidak tahu. "Yang aku tahu video tu akan bantu kita untuk siasat kes.."
"Kau tak faham! Video tu bukan dirakam oleh orang normal tetapi dirakam oleh orang yang gila! Psiko!"
"Tapi aku perlukan video tu untuk siasat kes-kes sebelum ni!"
"Kalau dia tahu kau, kenal kau, tak pasal-pasal kau kena bunuh dengan dia!"
"Itu masalah aku! Bukan masalah kau!" Bantah Shakira. Dia tetap mahu menang.
Lengan baju Shakira direntap kasar. Adam mengetap bibirnya sambil memggenggam buku lima. Baru sahaja Adam mengangkat penumbuk, telefon Shakira berbunyi. Dia pantas menepis tangan Adam dan menjawab panggilan tersebut.
"Apa?!" Air muka Shakira berubah. Dia memandang Adam dengan muka gerun.
------------------------------------
*Thanks sbb till support buku aku even lambat gila update
*lotsoflovetomyreaders
*lepas ni mungkin aku akan selalu update sbb aku dah habis exam SPM
*ok bai
*tunggu chapter seterusnya!
YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...