Pintu bilik mesyuarat SBM dibuka. Mereka semua menapak masuk lalu mengambil tempat duduk masing-masing. "Mesyuarat pada petang ni dibatalkan" ujar Shakira sambil merenung wajah rakan-rakannya.
"Kenapa dibatalkan? Kes Zulaika, Ariff dan Karina pun tak selesai lagi kan?" Rayyan mula tidak senang duduk dengan keputusan Shakira.
"Video yang kau share sebelum ni ke mana? Tu kan bukti kita?" Danish pula membuka mulut.
Aleya memasang muka hairan. "Kenapa dengan kau ni? Kita kan satu team. Kita selesaikan perkara ni sama-sama. Takkan kau nak biarkan kita semua dibuang sekolah?"
"Bukan macam tu." Shakira menarik nafas dalam. "Aku tak nak semua terlibat dalam benda bahaya ni. Biar aku ja yang siasat."
"Kau tak percayakan kami?" Soal Aleya. Matanya mula berkaca.
"Tak bukan macam tu."
Serentak mereka bertiga keluar. Rayyan memaki hamun dalam hati. Sikap Shakira kali ini betul-betul menyakitkan hatinya. Danish pula memasang lagu dubstep tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya dan Aleya pula pergi ke tandas.
Qaira yang baru melintasi bilik SBM memerhati mereka dengan perasaan ingin tahu. Jarang mereka muram begini. Apa yang dah berlaku? Dia berjalan ke bilik SBM untuk meninjau keadaan di dalamnya. Namun tiada sesiapa lagi yang duduk di dalam bilik tersebut.
Dari jauh, dia terlihat kelibat Adam dan Firel sedang berbual- bual. "Nah, telefon Zulaika." Adam menghulurkan telefon itu kepada Firel.
Telefon itu dibelek Firel. Dia tersenyum- senyum sambil mengimbas kenangannya bersama Zulaika. "Okey. Kalau aku dapat maklumat apa-apa aku beritahu" katanya sebelum berlalu pergi.
"Adam." Satu suara memanggilnya dari belakang.
Adam menoleh. "Shakira kau ada jumpa apa- apa?"
Telefon miliknya dihulurkan kepada Adam. Dia menceritakan semua perkara yang dilaluinya sebelum ini. Daripada lembaga yang menghantuinya sehinggalah ugutan yang tertulis di papan hitam.
"Kau siasat di mana? " tanya Shakira setelah tamat bercerita.
Adam terdiam seketika. "Aku nak periksa telefon adik aku tapi berkunci..."
"Jadi?"
"Aku bagi kat Firel. Kalau dia tahu apa-apa dia akan bagitahu aku."
Shakira menepuk dahinya. "Kau buat tu ja?"
"Habis tu? Kau nak aku siasat apa lagi. Lagipun aku busy kerja."
"Kau tak habis-habis dengan kerja! Kes-kes ni tak selesai lagi!"
"Kau takkan paham masalah aku! "
"Apa yang aku tak paham? Cerita sekarang! "
Adam menarik tangan Shakira. Dia membawa gadis ke tempat yang lebih tersorok. "Aku dah boleh bersekolah hari ni semuanya sebab Firel. Tapi hutang aku kepada pihak sekolah aku masih kena selesaikan. "
"Jadi disebabkan kau dah dapat apa yang kau nak perjanjian kita dah kira tak penting?"
"Tak! Bukan macam tu! Aku akan tolong kau tapi aku perlu bekerja untuk bayar hutang. So, aku tak boleh nak siasat perkara tu sepanjang masa."
Alasan Adam bagi Shakira tidak dapat diterimanya. Dia seperti mahu mengelak daripada menyiasat kes ini. Hatinya pedih kerana janji yang dilafazkan hanyalah palsu semata- mata.
"Kau tahu tak? Ahli SBM dah tak mahu tolong aku sebab aku tak benarkan mereka terlibat sekali. Aku harapkan kau tapi kau.... kau nak lepas tangan macam tu ja?" Suara Shakira sambil menahan air matanya daripada mengalir.
Dia membuka langkah dan meninggalkan Adam kerseorangan. Hatinya terguris dalam. Apalah nasibnya? Menyesal mendengar cakap si penipu itu! Bagaimana dia mahu siasat perkara ini berseorangan? Mustahil.
YOU ARE READING
The Killer [COMPLETED]✔
Mystery / ThrillerZulaika mati.. Di tolak daripada bumbung sekolah. Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dia mahu mencari dalangnya. Ramai yang menanggap adiknya bunuh diri tetapi baginya, ada orang yang membunuh adiknya. Pembunuh itu sangat teliti sangat prof...