<23>

19 2 0
                                    

"Kau bunuh Zulaika sebab dia couple ja?" Soal Adam tidak puas hati sejurus Aleya tamat bercerita.

"Ya dan tidak." Sekali lagi senyuman manis yang kelihatan seram ditayangkan. Berkerut dahi Adam mendengar jawapan psiko.

"Ya sebab dia buat kesalahan. Couple. Tidak pula sebab..." Kepalanya dilentokkan ke kiri dan ke kanan. Aleya sedang menyusun ayat. "Aku benci dia.." wajahnya bertukar sedih.

Tiba-tiba psikopat itu ketawa berdekah-dekah. "Dia rampas Firel daripada aku dulu. So adil kan. Dia layak mati."

Terbeliak mata Adam mendengar alasan kedua Aleya. "Kau bunuh semua tu demi kepuasan kau kan?!" Jerkahnya. Gadis itu angguk perlahan.

"Perangai macam se.."

Belum sempat Adam menghabiskan ayat, pahanya ditusuk pisau dengan pantas. Dia menjerit sekuat hati sambil memaki Aleya dalam diam. "Kau tak layak nak panggil aku macam tu." Dia menarik semula pisau tersebut.

Adam menjerit kali kedua. Darah mula keluar dari luka tikaman tersebut. Rambut pendeknya dicekak kasar oleh Aleya. "Kau nak tahu, aku bunuh Ariff bukan sebab dia hisap rokok ja tapi dia pernah malukan aku depan orang ramai."

Pandangan ditumpukan sepenuhnya pada wajah Aleya. Dia seperti mahu telan saja gadis itu. "Dan.. Karina pula sebab dia tahu aku yang bunuh pelajar-pelajar sekolah tu. Jadi aku terpaksa lah bunuh dia."

"Nasib baik aku sempat suntik racun tu dalam badan dia sebelum mereka datang. Lucky me." Dia kelihatan ceria. Aleya melepaskan genggamannya lalu melabuhkan semula punggungnya ke atas kerusi. "Tapi aku tak jangka pun yang dia mati secepat tu." Dia ketawa kecil.

Kesabaran Adam semakin menipis. "Kau tipu kami semua? Kau buat Karina nampak jahat padahal kau lebih teruk daripada dia. Kau memang manusia paling tak berhati perut aku pernah kenal."

Aleya mengangkat kening. "Cermin diri kau dulu."

Adam tersentap buat seketika. Dia kelu. Meskipun dia jahat tetapi tidaklah sampai membunuh orang!

<><><>

Danish tergesa-gesa menguraikan ikatan tali yang tersimpul kemas. Dia dan Shakira telah berjaya menemui Firel. Di luar pintu, suasana kelam dan bangunan sekolah ditenung Shakira. Takut-takut the_killer menyerang mereka. Malam yang gelap disimbah cahaya lampu suluh.

Sekali-sekala, Shakira menyuluh ke kiri dan ke kanan. Danish memapah Firel keluar daripada bilik tersebut. Mereka menuju ke bilik mesyuarat SBM berpandukan cahaya lampu suluh.

Setibanya mereka di dalam bilik mesyuarat, Shakira menutup pintu dan menekan suis lampu serta kipas. Firel dipapah sehingga ke kerusi. Danish cepat-cepat mencari first aid kit dan membersihkan luka yang terdapat di bahagian kepala.

Sedang Danish melakukan tugas, terpacul soalan dari bibir Firel. "Mana Rayyan? Mana Qaira?"

"Kami terpisah tadi" jawab Shakira.

"Kau tahu kan..."

"Yang Aleya tu pembunuh" potong Shakira sambil melihat skrin telefonnya.

Firel tercengang. "Jap. Macam mana kau tahu?"

"Tadi, Shakira call Aleya." Danish mula membuka cerita. "Tapi Aleya tak angkat. Bila chat dia bagi blue tick ja"

"Hmm.. aku syak dia waktu tu. Tapi bila kami berkumpul tadi dia tak dak. Aku pun mula fikir yang Aleya tu si psiko." Sampuk Shakira sambil mundar-mandir di depan pintu. "Rayyan dan Qaira pula cuba cari tempat sembunyi psiko tu tapi senyap ja."

Keluhan dilepas. Sedikit nada risau dalam percakapannya. "Aku takut jadi apa-apa yang tak elok" luahnya. Resah.

Di kaki lima, Rayyan dan Qaira berjalan perlahan-lahan agar kehadiran mereka tidak dapat dikesan.

"Kau yakin?" Soal Qaira sambil membuntuti jejak Rayyan.

"Yakin, kelas tu ja yang tinggal. Tak digunakan, tak berkunci lagi, mestilah tempat tu pilihan utama dia" balas Rayyan berbisik.

"Cuba call dia lagi sekali. Mana tahu, bunyi telefon dia boleh bagi clue."

Tanpa bantahan, Rayyan mencekuh poketnya bagi mencapai telefon. Dia hubungi Aleya. Beberapa saat kemudian, alunan merdu piano dimainkan. Mereka saling berpandangan. Sangsi.

"Bila Aleya set nada dering piano?" Bicara Rayyan penuh janggal. Qaira menghinjutkan bahu tanda tidak tahu.

Cahaya berkelip-kelip di dalam makmal. Laju sahaja Rayyan dan Qaira meluru ke bilik tersebut. Pintu dibuka dengan agresif. "Mana kau, pembunuh?!"

TAP!

Lampu makmal dibuka. "Here."

Aleya datang menerjah Qaira dan menumbuknya perut sehingga dia jatuh terduduk. Terkejut dengan tindakan Aleya, Rayyan terus memberi serangan balas dengan menumbuk rahang kanan Aleya. Psikopat itu terundur beberapa langkah.

Penangan Rayyan membuatkan hujung bibir Aleya luka. Dia ketawa kecil. "Aku nak tamatkan semua ni." Dia mencekuh sesuatu dari poket. "By myself." Picagari bersaiz kecil digenggam kemas olehnya.

Rayyan mendecit.

The Killer [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now