1

665 24 0
                                    

"Oh baru sekarang nak balik? Kenapa? Baru ingat ada suami? Takut dosa?" marahnya sambil menolak aku hingga terjelupuk di kaki nya.

Aku peluk kakinya.

"Maafkan Dian. Dian salah. Dian janji tak buat lagi" rayuku. Dia menolak badanku yang memeluk kakinya hingga terlepas.

"Maafkan kau? Kau yang lari, kau yang berdosa tak pedulikan suami. Dah kau blah, aku takkan maafkan kau!" marahnya lari dan pergi bersama seorang perempuan yang aku kenal.

"Umar! Umar! Jangan tinggalkan Dian! Umar!" panggil aku separuh meraung. Tapi dia pergi tanpa berpaling sekilaspun.

"Umar!" aku terbangun. Aku memerhati kawasan sekelilingku, eh apasal gelap?

Tanganku meraba2 dinding dan membuka suis lampu bilik tidur. Cahaya dari lampu malap itu menyedarkanku. Aku kini berada dirumah sewaku dan rupanya aku bermimpi.

Aku berpaling ke sisi. Muka polos anak aku mendamaikan. Aku kembali berbaring memeluknya.

Entah kenapa sudah sekian lama, aku kembali mengingatinya. Kenapa?

Aku fikir aku sudah melupakannya, melupakan seseorang yang bergelar suami.

Salahkah aku? Berdosakah aku? Nusyuzkah aku? Aku yang pergi tanpa memberitahunya, tanpa pengetahuannya, tanpa izinnya.

Ya Allah, maafkan aku! Aku minta maaf kerana mengabaikan suamiku. Aku minta maaf kerana sering kali lari dari masalah, aku tak kuat. Aku takut, masalah yang aku hadapi terlalu berat untuk aku hadapi sendiri. Berikan aku masa, Ya Allah.

"Izz, ibu minta maaf. Maaf sebab ibu sorokkan semuanya dari Izz, tolong jangan benci ibu sayang." aku mencium tepi kepalanya.

Anak ini, yang aku jaga sepenuh hati dan kasih sayang. Dari yang baru pandai merangkak hinggalah berlari, semuanya berlaku dihadapan mataku.

Disebabkan anak ini jugalah, aku takut untuk bertembung dengan mereka. Aku takut mereka akan merampas kembali hak mereka.

Tolonglah aku Ya Allah. Berikan aku satu peluang untuk jadi ibu terbaik untuk Izz selamanya Ya Allah, dan aku janji, aku akan menjaganya dengan baik, sebaiknya.

*****

"Good morning" katanya dengan senyuman lebar.

"Morning." jawab ku tidak bernada. Dia datang dengan tidak minta izin terus masuk keruanganku dan duduk disofa.

"Kau kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Moody semacam je?"

"Takde apalah" jawab ku sambil men'on'kan komputer. Sebolehnya, hatiku yang resah ni, aku mahu tinggalkan dirumah dan datang kerja dengan 1001 senyuman.

"Kalau ada masalah, boleh citer. Aku on je" katanya mendekati meja kerjaku.

"Takda ape lah. kau ni takde kerja ke?"

"Ala relax dulu, pasni baru buat"

"Eh takde2, mana proposal yang aku suruh siapkan tu? Dah siap?"

"Ish kau ni" rajuknya dengan muncung di mulut dan berjalan keluar dari bilik aku.

Aku menyandarkan badan dikerusi kerjaku, memandang komputer yang sudah bercahaya tetapi fikiran melayang entah kemana.

Sejak aku sampai di Terengganu 3tahun lepas, aku menginap dihotel untuk beberapa hari. Dengan berbekalkan beberapa ribu yang ada, aku beli telefon baru dan keperluan bayi untuk Izz.

Setelah beberapa bulan, aku masih lagi tak dapat kerja dan ditambah lagi dengan bekalan wang yang semakin berkurang. Duit banyak habis untuk keperluan Izz dan tempat tinggal kami.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now