23

394 12 0
                                    

Pintu dibuka. Wajahnya buat aku ingin mengeluh. Berdosakah aku jika mengeluh depan ibu sendiri?

"Mama buat apa kat sini?"

"Mummy yang ajak mama. Mummy tak ada teman, papa dan Shah kerja. Maaf ya Dian" kata mummy. Aku angguk saja. Aku buka gril besi. Apa aku boleh buat? Halau mereka?

"Baru beberapa hari Dian bawa Izz keluar dari rumah, rumah tu dah sunyi sepi dah. Mummy rindu sangat suara gelak Izz" kata mummy ketika kami berjalan ke dapur.

Aku menyedokkan bihun ke pinggan mama dan mummy.

"Apa yang Dian dah beli untuk deko rumah?"

"Emm pasu bunga hiasan. Pokok hiasan. Tak banyak"

"Kenapa tak upah orang?"

"Upah?"

"Iya. Upah agensi untuk deko rumah. Semua dia beli, tunggu kita bayar je. Kalau Dian nak, mummy boleh call kawan mummy untuk berbincang dengan Dian. Dekat rumah papa tu, kawan mummy la tolong deko. Hasil tangan mereka cantik2" kata mummy. Sedikit sebanyak mengkaburi mata aku.

Terbayang aku rumah yang cantik2 dari luar dan dalam. Waah.

"Tak tanya Adam dulu ke?" tanya mama. Alah sayang sangat dengan Umar tu. Takpelah, dia akan ikut je apa aku cakap. Tengoklah.

"Nantilah. Mummy bagitahu kawan mummy tu ye." kata aku dan mummy mengangguk. Uih tak sabarnya. Nak beritahu Umar ke tak eh? Eh mestilah kena bagitahu, kalau tak, siapa nak bayar semua tu. Hahaha

Duit aku untuk anak aku, duit dia, haruslah untuk aku sebab asal dari keluarga aku. Ya, itu betul.

Kalau dia tak bagi macam mana? Eh apa susah, mintalah pada papa. Kalau papa tak bagi, mintak kat mama. Kalau mama tak bagi, minta kat along. Hahaha alongkan sayang aku.

*****

Mummy, kawan dekonya, papa, Umar dan Izz semua ada kat ruang tamu. So hari ini adalah kita bincang pasal dekorasi rumah. Habislah duit kau Umar.

Mulanya, macam biasa Umar tak bagi tapi bila aku kata aku boleh minta kat papa, terus dia kasi. Aku tahu, dia akan rasa maruah dia tercalar. Nasib baik aku perempuan, patut dilindungi
Hahaha

Papa malas nak mendengar semua benda ni dan dia bawa Izz pusing2 satu rumah. Aku buka buku yang disediakan. Banyak deko yang cantik2 dan harganya pun cantik. Tapi peduli apa aku.

"Tema garden yang paling diminati masa kini. Kalau Diandra nak tengok tema garden, aunty boleh tunjuk"

"Tak nak. Diandra nak tema moden2 macam tu. Tema garden tu dah terlalu ramai yang guna"

"Contohnya?"

"Diandra nak deko yang banyak guna cermin. Buat macam rumah ni rumah cermin pun tak apa" kataku. Aku pernah pergi muzium cermin dan terasa macam bestnya kalau semua rumah aku banyak cermin. Tak payah tilik2.

"Tapi tak eloklah untuk Izz. Kalau dia terluka, macam mana?" kata Umar. Yelah! Aku lupa yang Izz masih kecil. Kalau ada serpihan cermin yang retak ke, bahaya nanti.

"Apa kata kalau tema gold? Melambangkan kemegahan dan kemewahan"

"Gold asli ke tiruan"

"Gold asli tu mahal sikit la. Buat masa ni, perabot yang dicat warna gold. Tapi cat tu power"

"Buat apa warna gold kalau tiruan" kata aku lagi. Aunty deko saling berpandangan dengan mummy. Yeah, awak dapat costumer yang cerewet. Tahan la ye.

Bincang punya bincang. Akhir sekali, Umar pilih tema garden. Apa kejadah kau ni? Pokok sana pokok sini, kau ingat rumah aku hutan? Macam cerita cat dog tu?

"So bila Izz besar, kita bolehlah deko sekali lagi ikut pilihan saya ye" kata2 terakhir aku sebelum bersetuju dengan pilihan Umar. Tak apa, aku ikut kau tapi buat masa ni sahaja.

*****

Perabot baru dan dekorasi rumah sikit2 diisi dan diubah. Aunty kata semua barang import, jadi tak boleh complete dalam masa seminggu dua. Suka hatilah, bukan pilihan aku pun.

Sofa dah tukar jadi blueblack dan berbulu. Setiap penjuru ada pokok hiasan dan aku dah pesan pada Umar yang aku takkan siram. Dia yang nak pokok2 semua ni, dia yang jaga.

Rak2, meja, tepi tv, semua ada pokok hiasan kecil. Aku betul2 rasa macam pencinta alam sekitar sekarang. Nasib balik bilik aku masih putih dan gold. Aku tak nak tukar.

Dahlah kat luar semua hijau plus hijau bukan favorite aku. Aku redo je dengan semua ni. Lagipun ramai kata yang kalau kita stress atau sakit kepala, kita perlu tengok benda2 hijau. Nanti semua tu hilang. So kalau tengok muntah hijau macam mana pulak eh?

Aku keluar dari kereta. Beg kerja disilangkan kebadan dan Aku angkat Izz masuk kedalam rumah dan letakkannya pelahan2 keatas katil dan masuk mandi.

Nasib baik aku pergi rumah papa, Izz dah tidur, dah mandi dan dah makan semua. Aku tinggal jemput je dari sana bawak balik.

Aku turun kebawah dan buka roti. Ni jela makanan aku bila tiada siapa kat ruamh dan Izz dah makan. Itulah rahsia aku kekal mentain.

Ring ring

Bell ditekan. Umar ke? Rasanya Umar tak datang rumah aku kalau bukan hujung minggu. Papa ke? Papa kan baru balik kerja sama macam aku. Mummy ke? Eh mengarutlah sebab aku baru je jumpa mummy masa ambil Izz tadi. Mama kut.

Aku buka pintu pelahan.

"Hai sahabat lama"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now