9

470 15 0
                                    

Aku tak tahan dengan suasana yang kekok begini. Telefon dibuka dan youtube ditekan. Cerita kanak2 Omar dan Hana ditekan. Izz yang duduk diribaku hanya diam menonton cerita kegemarannya.

Aku hanya menonton sama, langsung tak angkat muka memerhatikan sekeliling. Hah suruh keluar sangat kan? Ni dah keluar la ni. Tengoklah tengok. Tengok sampai buta biji mata.

"Dian" panggil seseorang. Aku kenal, aku rindu, aku marah, aku cemburu. Tapi aku diamkan aja. Langsung tak menyahut apatah lagi memandangnya.

"Aku dah keluar. Dan kalau tak ada apa2 yang penting, jangan panggil aku lagi." kata aku dan terus mengangkat Izz kembali ke bilik.

Aku letak Izz dikatil dan termenung sendiri. Aku bergaduh dengan mama hampir 7 tahun lepas tu tak sampai 5 tahun dah gaduh balik? Apalah nasib aku.

Takpalah Dian, dulu kau sorang2, sekarang kau ada Izz. Aku cium kepala Izz sekali.

"Terima kasih sayang" ucapku padanya dan aku cium lagi.

Bunyi pintu diketuk dan dibuka. Tak boleh tanya dulu ke sebelum buka? Aku tak tengok siapa gerangan tersebut, dah tahu.

"Dian, mama nak cakap sikit. Private. Izz sini" kata lelaki itu. Izz turun dari katil namun cepat2 aku pegang.

"Izz keluar, aku keluar"

"Tak apalah Adam. Terima kasih ya" kata perempuan separuh baya, mama.

"Mama kalau nak apa2 panggil Adam ye" kata dia dan mama hanya mengangguk. Bunyi pintu kembali ditutup.

Aku angkat Izz keatas riba aku. Katil disebelah aku bergelombang, pasti dia. Aku hanya diam dan diam.

Ada tangan yang mendekati lengan Izz tapi aku elak. Jangan sentuh anak aku.

"Dian dah makan?" aku diam. Tak ada benda lain dah ke nak tanya? Ingat main couple2 budak sekolah ke main tanya2 dah makan ke belum.

"Mama tahu Dian marahkan mama. Mama minta maaf ya" pintanya. Mudahnya dia minta maaf.

"Macam ni rupanya rasa sakit hati. Patutlah papa ceraikan mama dulu"

"Diandra! Kenapa cakap macam tu?" kata mama menahan marah. Aku letakkan Izz diatas katil, jauh dari mama.

"Betullah kan? Mama pernah curang dulu, patutlah mama senang terima perempuan tu. Sebab mama sama macam dia!"

Pak

Pipiku ditampar tapi hati aku yang membara. Peristiwa papa tampar aku menari2 difikiran.

"Baguslah. Papa pernah tampar, mana pun pernah bagi penampar! Lama2 mungkin Dian tak ubah macam anak yatim piatu!"

"Dian!"

"Keluar" usirku. Dia terdiam. Mungkin tak percaya yang aku sanggup usir dia. Dia tak beranjak dari tempat duduknya. Aku tarik dia bangun dan tolaknya keluar dari bilik.

Semua yang duduk diruang tamu berdiri dan mendekati mama.

"Dian, kalau Dian marah sekalipun. Buanglah baran tu, sebab ia akan memakan diri. Cubalah jadi seorang pemaaf" kata mama yang sudah berjurai air mata.

Mereka yang lain menenangkan mama, nampak sangat yang aku jahat disini. Aku hanya tersenyum mengejek pada mereka.

"Kerana pemaaf tulah yang buat aku jadi macam ni! Kerana Dian maafkan
mama, Dian percayakan mama, mama buat Dian macam ni! Dan sebab maaf Dian pada jantan nilah hidup Dian sensara macam ni! Patutnya sampai mati aku tak maafkan semua orang!" kataku dan pintu dihempas dengan kuat. Aku jatuh terduduk bersandar belakang pintu dan menangis dalam diam.

Izz yang melihatku dari jauh datang memeluk ku. Ya Allah, berikan aku kekuatan. Keluarkan aku dari segala kemelut ini. Aku tak kuat Ya Allah.

Aku menangis di katil sehinggalah aku tertidur.

*****

Perut aku sakit. Aku terbangun dan berpaling ketepi Izz sedang tengok youtube. Aduh kenapa sakit sangat perut aku ni.

Aku ke tandas. Haha PMS?! Alamak, barang aku dah habis! Aku tukar baju dan cepat2 keluar untuk beli barang keperluanku.

"Sayang, jom ikut ibu pergi kedai" kataku dan menarik Izz segera.

Aku keluar dari rumah tapi suasana kosong. Eh rasanya Ahad, mesti semua cuti. Eh aku peduli apa!

Habis aku selongkar rak, laci cari kunci kereta aku. Mamat ni pulak letak kat manalah. Dahlah sakit perut ni.

Bunyi kereta aku menghentikan aku. Aku keluar memerhatikan gerangan mana yang ambil kesempatan guna kereta aku sementara aku berkurung dalam bilik tu.

"Woi! Siapa bagi kau guna kereta aku hah?!" laung aku padanya. Mukanya pucat terkejut. Lantas dia mendukung anaknya masuk kedalam tanpa menjawab pertanyaan aku.

Zapp

Rambutnya aku tarik. Dia mengaduh kesakitan dan meminta maaf.

"Aku tanya siapa yang bagi kebenaran? Jawab!" laung aku.

"Dian!" tangan aku ditarik kasar sehingga gengaman pada rambutnya terlepas.

"Saya yang benarkan Luna guna kereta awak."

"Dia, tak layak naik kereta aku!" laung aku.

"Tak layak? Kenapa? Tinggi sangat ke darjat awak sampai awak cakap macam ni?" katanya. What?

"Sebab kereta tu guna duit aku sendiri, titik peluh aku sendiri! Duit kau tak digunakan walau sesen pun untuk beli kereta aku! Dan kau juga sama tak layak naik kereta aku tanpa izin!" Kata aku dalam marah. Dia hanya menanyakan keadaan Luna tanpa memandang aku walaupun aku bercakap dengannya.

"Tak sangka kan? Orang yang saya jatuh hati sebab lembut dia rupanya boleh berbuat kasar pada orang. Boleh awak berkasar dengan Luna?"

"Kau belum kenal aku lagi Umar" kata aku sebelum masuk kedalam kereta. Perutku yang mencucuk sakit ditambah pula hati yang mencucuk juga. Ya Allah, sakitnya hanya Kau yang tahu.

Aku berhenti di Petronas, dan selesaikan keperluanku yang tertangguh sebelum kembali pula ke neraka buatan mereka.

*****

"Dian" panggil Umar ketika aku melintasi mereka diruang tamu.

"Duduk kejap, kita bincang" arahnya lagi. Aku hanya menarik nafas sebelum duduk disofa selain dari mereka.

"Izz, jom kita main kat atas." ajak Shah dan segera menarik tangan Izz. Eh budak ni. Ke memang mak bapak dia yang rancang semua ni?

"Izz, hati2. Jangan main dekat tangga" pesan ku sebelum tubuh kecil Izz hilang menaiki tangga. Rasanya ini kali pertama Izz naik ketingkat atas.

"Dian, kita masih belum settle pasal tadi" kata Umar tegas. Aku buat muka bosan.

"Pasal apa?"

"Pasal awak berkasar dengan Luna!" jawabnya. Luna disisinya hanya menunduk.

"Oh. Habis tu pasal kes penipuan kau tu? Tak settle2 pun" kataku. Sengaja mahu ungkit biar dia diam. Sebab selalunya bila ungkit pasal ni, dia akan gagap nak jawab.

"Macam mana nak settle kalau awak asyik lari je!" jawabnya. Oh menjawab kali ni.

"Hah dah tak lari ni. Settle lah"

"Baiklah, awak ada soalan?"

"Sebelum aku tanya soalan, aku nak tanya kau dulu. Bila aku tanya, kau akan jawab jujur ke?"

"Saya akan cuba jawab sejujur mungkin"

"Cuba? Hahaha. Maaflah, sebab aku dah ada pengalaman dengan penipu. So apapun yang penipu tu cakap, aku takkan percaya."

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now