29

374 13 0
                                    

Papa tidak membalas kata2 aku. Mungkin kehilangan kata2 atau mungkin dia terasa.

"Dian minta maaf pa"

"Tak apa Dian. Dian dah lalui macam2 dalam hidup. Semuanya berpunca disebabkan papa"

"Jangan salahkan diri papa. Mungkin mereka bukan jodoh kita. Papa boleh ceritakan kisah penceraian papa dengan mama?" kata aku. Papa menarik nafas, mencari kekuatan untuk buka pekung didada.

"Mama dengan papa kahwin sebab cinta. Kami sama2 first love. Biasalah couple dan kahwin. Papa buat business kecil2an selepas keluar dari universiti dan bila business bertambah besar, jadi bertambah busy. Papa hampir lupakan Dian, Daz, Dani dan mama juga" cerita papa. Aku mengerti sebab papa memang busy sejak kami kecil.

"Banyak kali jugak bila papa keluar dengan klien, papa ternampak mama dengan lelaki lain." kata papa.

"Uncle Hadi?"

"Ya. Papa tanya mama dan dia mengelat. Lama2 papa marah dan rasa ego papa tercabar. Papa rasa nak tampar dia, nak pukul dia, nak bunuh Hadi tu tapi papa tahankan diri papa dan akhirnya terlepaslah talak dari mulut papa sendiri" ceritanya. Aku masih setia mendengar tanpa menjampuk.

"Papa faham kenapa Umar kurung kamu bila nampak kamu keluar dengan Shah. Dia takut terlafazkan benda yang akan dia sesali seumur hidup. Sebab itu dia dera mental kamu sedikit." kata papa. Itu ke yang semua lelaki buat? Habis tu yang aku kena tipu ni? Tak ada pulak aku kurung dia dalam almari.

"Papa menyesal sebenarnya bila lepas je bercerai, baru papa tahu yang Hadi tu business partner mama dan mama tak pernah cakap. Mereka dah merancang sejak di universiti dan mama takut nak bagitahu papa sebab takut papa suruh mama keluar dari business partner tu. Memang betul sebab papa pun ada duit, papa boleh tanggung kita sekeluarga" sambung papa lagi.

"Habis yang dua2 nikah lagi tu? Dah lupa cinta pertama?"

"Tidak. Mama kahwin dengan Hadi sebab nakkan hak perjagaan Dani. Papa ketua keluarga, papa lebih berkuasa tapi disebabkan Dani masih kecil, mahkamah berikan pada mama dan kamu papa jaga. Papa tak nak sebenarnya hidup sorang2" katanya. Kata2 terakhir papa buat aku ketawa.

"Tapi papa kahwin juga. Bukan hidup sorang2 namanya"

"Papa jumpa Maria masa kawan papa iaitu suami dia bankrup. Papa cuba tolong selamatkan syarikat dia tapi dia mati mengejut. Syarikat dia bankrup dan dia dua beranak tak ada tempat nak pergi. Rumah dilelong, syarikat kena jual. Sebab itu papa kahwin dengan Mummy Maria. Kami tak lupakan cinta pertama kami. Tapi kita pun boleh cari cinta lain yang lebih menyenangkan. Cinta pertama tu adalah kenangan terindah, siapa2 pun takkan lupakan cinta pertama dia" kata papa. Pandainya papa berkata2.

"Shah cinta pertama Dian. Dan papa yang musnahkan. Cinta lain yang menyenangkan? Macam cinta yang Umar bagi pada Dian? Indah ke tu? Menyenangkan ke?" kata aku tanpa sedar terkuat sedikit. Mataku bergenang. Jangan nangis. Aku kelipkan mata dan terasa air mata gugur. Alang2 dah menangis kan?

"Kenapa Diandra kena hidup dalam situasi macam ni pa? Mama dan papa punya childhood best, duduk kampung bermain dengan kanak2 sebaya semua. Along punya childhood dulu, mama dan papa masih love each other, Dani punya childhood dan ada mama dan uncle Hadi. Tapi kenapa Dian?" air mata aku gugur lagi.

"Boleh tak kalau Dian dengki dengan adik beradik sendiri? Kenapa hanya hidup Dian macam ni? Cinta pertama? Tak seindah yang digambarkan. Ada suami pulak? Macam tu! Apa lagi yang akan datang pa? Dian dah penat" kata aku. Papa menunjukkan muka simpati.

Aku benci riak wajah itu. Aku benci orang bagi aku riak simpati, aku benci orang pandang aku kesian, sayu. Aku tak lemah! Pandangan itu buat aku rasa hina!

"Dian keluar dulu" kata aku dan berdiri. Air mata aku disapu dan seluruh wajah aku disapu. Muka aku pasti merah dan mesti ramai yang perasan ni. Baik aku pergi dapur ke tandas ke dulu.

Aku berjalan kekonti pejabat.

"Eh sedih kan"

"Iya lah. Kasihan isteri pertama dia, boleh2 pulak anak bos tu rampas suami orang"

"Eh tapi kan cerita ni dah lama la. Anak dia pun dah besar"

"Cik Diandra dah ada anak? Nampak awet muda je"

"Tu sebab dia tu putih asli dan badan dia kurus dan tinggi, mana nampak macam mak orang."

"Tapikan, aku dengar yang anak tiri dia pun nampak sebaya je dengan anak dia"

"Sebaya? Cepat betul suami dia tergoda dengan Puan Diandra kan?"

"Puan Diandra kan cantik, siapa tak tergoda."

"Tapi kasihannya kat isteri pertama dia tu. Dah jadi madu."

"Puan Diandra kan kaya, siapa tak nak?"

"Emm kan. Duda anak 10 pun nak kalau macam tu"

"Lagipun kawan aku kata, madu Puan Diandra tu muda lagi. Nak2 macam sebaya je"

"Alah kesihannya dia, muda2 dah ada madu. Aku nak sangat kenal siapa suami dia tu"

"Kau nak kenal suami aku" kata aku kuat hingga mereka berpaling 360° memandang aku.

"Eh tak2 Puan Diandra. Kami boleh explain" jawab salah sorang daripada mereka. Okey ada 4orang semuanya yang mengumpat belakang aku, muka dah cuak habis.

"Ha explain la, aku tak pergi mana2 ni" kata aku. Mereka masih memandang sesama sendiri. Aku melangkah mendekati mereka dan menarik rambut dua orang dari mereka. Menjerit2 diorang.

"Maaf Puan, maaf"

"Apa kau cakap? Aku rampas laki orang? Kesian madu aku? Hahahhahaha" gelak aku kuat dan menarik rambut mereka lebih kuat.

"Diandra!"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now