16

417 12 0
                                    

"Dian!" panggil seseorang dan menepis sudu berisi nasi goreng ditanganku dan jatuh ke baju. Weh! Nasib baik bukan makanan berair.

Aku memandang gerangan yang kurang tertib itu. Umar? Apa dia buat kat sini? Bukan ke syarikat uncle jauh dari sini? Takkan dia nak pusing2 kat kawasan ni pulak? Waktu lunch hour? Tak masuk akal.

"Apa awak buat kat sini?" kata aku dan meneguk liur. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni.

"So betullah saya agak selama ni?"

"Apa? Awak hanya nak kerja syarikat papa sebab nak jumpa jantan ni!" suaranya agak kuat hingga menarik perhatian orang sekeliling.

"Aku memang nak kerja syarikat papa dan tak ada kena mengena dengan Shah" jawab aku pelahan, menahan marah bercampur malu.

"Kita dah buat perjanjian kan?"

"Apa?"

"Awak boleh kerja dekat syarikat papa tapi tak boleh keluar dengan lelaki"

"Shah dah macam abang aku!"

"Jangan ingat saya bodoh la. Shah tu exboyfriend awak! Korang pernah bercinta, BERCINTA!" katanya kuat. Aku tahu lepas ni ada gosip tentang aku tambah2 tempat makan ni memang popular dalam kalangan pekerja papa. Pasti ada pekerja yang cam kami.

"So?"

"Awak akan jatuh cinta semula dengan dia" katanya. What?

"Apa kau mengarut ni?"

"Balik" katanya sepatah. Lepas dia tuduh aku macam2, sekarang nak suruh aku balik pulak? What?

Tangan aku ditarik kasar. Aku menarik kembali tangan aku sambil mengatakan sakit tapi dia masih tak endah. Shah akhirnya bangun dan menumbuk Umar dirahangnya sekali.

Umar bangun dan menumbuk Shah kembali. Orang2 sekeliling dah mengangkat telefon masing2 dan merakam. Kalau bukan aku fikirkan pasal maruah syarikat, aku dah biar diorang bertumbuk sampai malam.

"Sudah!" jerit aku. Aku menghalang diorang dengan berdiri ditengah2.

"Diandra Amin, saya sebagai suami awak yang sah meminta awak untuk balik bersama saya. Dan kalau awak tak nak jadi isteri derhaka, lebih baik awak ikut saya" katanya menarik tangan aku. Dia sebut suami? Omg!!

Sekarang satu KL ni dah tahu kau suami aku! Benda yang aku nak sangat sorok! Ya Allah. Tangan aku ditarik sampai ke kereta dan badan aku ditolak kasar kedalam kereta.

Sepanjang perjalanan, aku hanya diam dan memandang keluar jendela. Benci, meluat. Itu yang aku rasa.

Sampai dirumah. Aku ditarik masuk kedalam rumah dengan kasar dan ditolak masuk kedalam bilik. Aku memegang tangan yang berbekas.

Bunyi kunci menyedarkan aku. Terus aku berlari ke pintu dan cuba membukanya. Kunci, aku mengetuk pintu kuat.

"Umar, buka! Kau kenapa kunci aku hah! Buka" laung aku. Aku ketuk dan ketuk dan laung. Bukan hanya namanya tapi kata2 cacian turut keluar dari mulut aku.

Aku terduduk bersandar di pintu. Inikah dia perangai sebenar Umar? Cemburu buta ke dia? Telefon? Alamak! Telefon dalam handbeg. Hah dekat cafe! Mesti Shah bawa balik handbeg aku ni.

Aku kena keluar. Aku kena ambik Izz. Aku kena bawak Izz jauh. Umar dah gila.

Izz, sabar sayang. Ibu datang jemput Izz nanti. Hah ipad Izz! Ya Allah terima kasih.

Aku kemeja dan buka laci. Ipad dikeluarkan. Memanglah tak ada sim tapi ada fb. Sambung dengan wifi Umar. Mungkin aku boleh cuba contact Shah guna fb.

Shah, tolong saya!
Umar kurung saya dalam bilik. Saya tak ada apa2 sekarang kecuali ipad Izz je.
Awak balik rumah papa dan tolong suruh papa dan mummy sorokkan Izz.
Tolong jangan bagi Umar ambil Izz.
Tolong Shah.

Dan aku send semua. Aku sorokkan ipad bawah tilam. Tolonglah Shah, saya percayakan awak.

Bunyi kunci dan pintu dibuka. Aku memeluk lutut dan menundukkan kepala, menghadap tingkap dan bertentangan dengannya.

"Dian, makan. Saya ada masakkan awak tomyam, awak makan ye" pujuknya, aku masih diam. Ya Allah, kuatkan hati aku. Macam mana aku nak lawan dia ni?

"Saya letak kat sini, awak makan ye?" katanya dan keluar. Sempat dia mengunci bilik. Aku tengok tomyam dan nasi diatas dulang. Rasa macam aku ni diculik pun ada.

Izz, ibu rindu Izz.

Aku kembali ambil buka ipad.

Mesej aku tak dibaca lagi.

Shahril Izril
Last seen 3day ago

What? Apasal kau tak on fb Shah? Hah ig! Dia ni budak instafsmous.

Aku download insta. Bunyi kunci membuat aku kalut. Aku cepat2 letak ipad bawah katil dan duduk seperti dalam posisi tadi.

Pintu dibuka dan bunyi keluhan kedengaran.

"Mungkin awak dah kenyang lunch dengan bekas kekasih awak kan?" katanya dan bunyi pintu ditutup dan dikunci sekali lagi. Aku berpaling, dulang makanan dah tiada, maknanya dia dah bawa keluar. Aku bukan nak pun.

Tapi, aku makan sikit je tadi. Baru 2-3 suap sebelum Umar datang mengamuk. Ahh lantaklah dia.

Aku buka ipad kembali. Dah download. Nasib baik wifi laju macam cheetah. Aku login insta aku dan cari insta Shah. Apa eh nama dia? Harap2 tak tukar. Sejak aku putus dengan dia dulu, memang ig aku unfollow, fb aku unfriend la jawabnya.

ShahzzRiL

Aku buka dan tengok, wow 562k?! Memang betul2 instafamous ni. Aku copy mesej aku tadi dan send kepada dia.

Aku tutup dan aku letak ditepi. Apalah nasib aku, malang macam ni. Sekarang terikat dengan suami phyco macam ni.

Aku pandang ipad.

1unread notification

Aku buka.

I janji akan cuba selamatkan u.
Tapi u kena sabar sikit eh.
Kita kena buat perancangan dulu.
I tak boleh senang2 datang rumah u untuk ambil u keluar dari sana.
Silap hari bulan, i yang kena tangkap polis.
U bertahan untuk beberapa hari je lagi.
Yang penting jangan lost contact.
Okey?

Okey. Terima kasih. Jaga Izz baik2.

Aku balas dan simpan ipad kembali bawah tilam. Lambat laun, orang akan perasan jugak aku hilang.

*****

Dah 3hari aku tak makan, bukan aku tak diberikan makan tapi aku tak nak makan. Dan tiap kali aku tak makan pasti ayat ini keluar dari mulutnya.

"Ooh awak masih kenyang lepas lunch dengan bekas kekasih rupanya"

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa yang dia ni phyco la. Tepat pada waktunya, dia akan hantar makanan kebilik aku. Pelik, dia tak kerja ke?

Aku hanya minum air yang tersedia dalam bilik aku. Aku tak mandi, tak makan dan tak cuba buka pintu. Aku nak tunjukkan yang aku tak perlu merayu padanya, meminta maaf padanya.

Masej dari Shah terhenti disitu. Shah langsung tak masej pada aku. Mungkinkah dia sudah lupa yang aku masih terperangkap kat sini? Kenapa dia langsung tak contact aku? At least sampaikan berita tentang anak aku. Itu sahaja!

Dengan harapan yang baru aku on kembali ipad.

1unread notification

Akhirnya!

I dah tahu cara untuk u lepas dari dia, tapi u kena follow apa yang I suruh. Semuanya pasti okey. Ye sayang?

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now