10

510 17 2
                                    

"Cakap apa yang saya pernah tipu awak sampai awak sakit hati sangat?" wahh, soalan yang aku tak pernah jangka akan keluar dari mulutnya. Dia ni amnesia ke apa?

"Oh. Kau cakap bini kau dah mati. Lepas tu yang sebelah ni apa? Tunggul? Roh? Kenapalah kata2 kau tu tak termakbul kan? Senang sikit!"

"Dian!"

"Apa?!"

"Awak ni, semakin hari, semakin teruk perangai. Baran awak semakin menjadi2" kata2nya mengejutkan aku.

"What? Kau salahkan aku atas semua benda yang kau dah buat? Aku yang semakin menjadi2? Siapa yang mulakan dulu?!"

"Tak kisah lah. Yang penting sekarang, minta maaf"

"Apa? Hell no! Never!"

"Awak dah berkasar dengan dia dan awak tak nak minta maaf?" tanya Umar dan aku hanya diam. Bersilang tangan, silang kaki, silang beg, semua silang sambil mata memandang ketempat lain.

"Abang, tak apa lah"

"Tak boleh sayang"

"Tak apalah. Bukan besar pun Dian buat dekat Luna" kata Luna. Abang? Eukk, boleh muntah kering aku kat sini!

Sayang? Tiba2 jijik pulak aku dengar panggilan tu. Semua dia panggil sayang. Inilah yang dikatakan murah!

"Tak apalah. Lain kali jangan buat lagi Dian" kata Umar. Aku mengangkat bahu. Maaf, aku tak janji ye!

"Whatever. Lagi satu, bila aku nak pindah? Kau cakap akan cari rumah kan?"

"Saya-" aku mengangkat tangan tanda berhenti. Telefon ku berdering dan aku dahulukan telefonku dulu.

Nombor tak dikenali? Whatever jela.

"Hello?"

"Ini Puan Diandra Amin bt Hisham ke?"

"Bukan, saya Diandra Amin bt Hashim. Ayah saya bukan Hisham, awak salah orang ni" kata aku sambil mencuri pandang Umar.

Hisham? Aku teringat akan akad nikah ketika dia tersalah menyebut nama papa jadi Hisham. Eh! Apa kau melalut ni! Behave!

"Maaf ye. Apa awak cakap tadi?"

"Puan dipanggil temuduga sebagai pegawai pemasaran syarikat kami"

"Syarikat mana ni?"

"Syarikat Menara Holding"

"Tapi saya tak hantar apa2 resume"

"Manager Media Percetakan SDN BHD yang recommend puan" katanya. Media Percetakan? Tu tempat kerja aku dulu. Oh ya Encik Ishak! Akhirnya janji bukan tinggal janji.

"Oh ye ke. Bila saya boleh datang interview?"

"Nanti saya whatsapp detail dengan maps sekali ya"

"Okey. Terima kasih" kataku lalu tutup telefon. Akhirnya! Dapat jugak kerja, dapat jugak keluar dari rumah ni walaupun sementara. Eh keluar?

"So bila pindah?" Tanya ku kembali. Umar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Luna mengusap2 bahu umar. Eleh acah sweet!

"Kita tengah berbincang dan awak angkat telefon macam tu je. Tak boleh tunjuk respect sikit ke?"

"Boleh. Tapi bukan dengan kau" kataku. Umar menunduk dan badannya naik turun, menarik nafas. Kau tak kenal aku, aku akan buat kau benci pada aku dan lepaskan aku.

"Siapa call?"

"Tah. Jadi tak pindah?"

"Tak jadi"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now