13

444 15 1
                                    

Aku bersiap untuk keluar kerumah papa. Ada misi yang aku nak siapkan. Harap2 jugak lah yang si Shah tu tak ada.

Aku pakaikan baju untuk Izz. Dan keluar dari rumah. Luna ada diruang tamu rumah bersama anaknya. Eh semak je!

"Dian nak pergi mana?"

"Eh sebok je kau" kata aku melintasinya.

"Dian Dian" panggilnya dan berlari menyekat jalan aku.

"Luna nak minta tolong boleh?" tanyanya dan aku diam. Cepatlah jawab! Aku tak ada mood nak bercakap dengan kau.

"Boleh tolong jaga Shah? Luna ada emergency dekat hospital. Adam kerja. Boleh tak?"

"Tak boleh" kata aku dan turun memakai selipar.

"Tolonglah Dian. Sekali ni je." katanya dan meletakkan Shah ditempat duduk belakang kereta aku lalu masuk semula kedalam. Weh ni dah lebih!

Aku menarik nafas. Okey, kau nak sangat kan suruh aku jaga anak kau? Okey.

Aku cuba meletakkan Izz kebelakang dan Izz tak nak turun dari dukungan aku.

"Izz tak nak duduk dengan Shah" katanya. Alolo anak aku, okeylah. Aku meletakkan Izz disebelah pemandu.

"Ibu bila nak pergi beli buku. Izz dah habiskan semua buku tu"

"Iya? Betul ni? Tak tipu?"

"Betul"

"Kalau tipu, ibu takkan beli buku lagi untuk Izz. Janji?"

"Janji ibu" katanya memandang kehadapan kembali.

*****

Aku membuka tempat duduk penumpang dan tempat duduk belakang. Dua2 kanak2 tersebut keluar dari sangkar dengan riangnya.

Shah terlebih dahulu masuk. Eh dia ni macam dah arif benar dengan rumah papa. Tak boleh jadi ni! Izz yang sepatutnya dapat semua tu.

"Assalamualaikum. Papa? Aunty Maria?"

"Waalaikumusalam" jawab seseorang lalaki. Seorang lelaki yang putih, berjambang keluar dari rumah papa. Siapa pulak mamat macam Pakistan jual karpet ni?

"Shah! Ni mesti Izz kan?" katanya dan menggosok kepala anak aku. Shah sudahpun memeluk kakinya.

"Awak siapa?"

"Eh tak kenal ke?" tanyanya dan aku menggeleng. Aku memang betul2 tak cam. Dia tergelak kecil.

"I lah, Shah. Ingat lagi tak?" katanya.

oh jadi nilah Shah sekarang? Berjambang macam Aeril Zafril. Kau ingat kau hensem?

"Masuk la dulu, papa dengan mummy keluar kejap." katanya. Aku waswas untuk masuk. Dia ni bukan boleh percaya. Peristiwa lalu berlegar di fikiran aku dan aku menggeleng.

"Jangan risau, I tak buat apa2. Lagipun I ada benda nak cakap juga."

"Kat gazebo jela" kata aku dan berjalan ke pondok kayu rumah papa. Dia pun turut duduk sama dengan Shah kecil. Eh payah la, dua2 Shah.

"I minta maaf pasal kes lalu" katanya. Ahh kekoknya! Aku masih senyap. Izz disebelah aku, aku berikan telefon untuk tengok youtube. Shah pun sama buka youtube telefonnya untuk Shah kecil. Dua2 akhirnya diam.

"I menyesal dan minta maaf. Mungkin keadaan takkan sama lagi dan hubungan kita takkan kembali lagi, I faham. Tapi I harap sangat yang u akan maafkan I" katanya. Aku hanya memandangnya. Betul ke dia ikhlas minta maaf ni?

"I sanggup buat apa saja" katanya. Apa saja?

"Saya nak syarikat papa" kataku. Dia memandang aku dengan terkejut. Kalau dia tak bagi, mesti dia ada muslihat lain ni.

"Maksud u?"

"Saya nak ambil alih uruskan syarikat papa. Boleh kan?"

"Boleh. Everything for you"

"Tak payah everything for me sangatlah, saya dah kahwin."

"I know. But he was married again,right?" Katanya. Dan aku diam, malu. Tak perlu tanya dia tahu dari mana, mungkin papa bagitahu ataupun Umar datang sini dan perkenalkan bini barunya.

"I feel bad for u" katanya. Sakitnya hati aku. Aku hanya tersenyum pahit. Aku kembali melayan Izz menonton kartunnya.

Ya Allah, ni baru Shah. Kalau satu pejabat macam mana? Macam mana aku nak tanggung semua ni? Aku masih muda untuk bercerai tapi tak ada juga tanda2 rumah tangga aku akan kukuh kembali. Ya Allah.

"Tak nak masuk ke?" tanya Shah tiba2. Aku bagaikan tersedar dari mimpi. Aku memandang garaj. Yelah kereta papa dah terparking.

Aunty Maria pun dah berdiri menunggu kami di pintu utama. Shah mendukung kedua2 kanak2 tersebut dan aku berjalan mengikutinya. Aku bersalam dengan Aunty Maria dan papa.

"Kenapa Shah tak ajak Dian masuk?"

"Dia yang tak nak" aku hanya tersenyum dan masuk kerumah. Kami duduk diruang tamu. Papa dan aunty Maria duduk disatu sofa manakala aku, Shah dan budak2 duduk disofa bertentangan.

"Bik" panggil aunty Maria.

"Iya buk?" jawab bibik berjalan laju kearah kami. Pembantu rumah baru, siap pakej dari Indon lagi.

"Bawa Shah dan Izz ke bilik mainan ya" katanya dan bibik mengangguk dan memimpin mereka.

Berat rasanya nak tinggalkan anak aku dengan Shah sebab takut diorang bergaduh lagi. Tapi aku pun ada benda nak cakap ni. Tapi diorang baru 4tahun, bukan faham pun apa yang kitorang nak cakapkan.

"Dian dah lama tak datang sini. Rindunya papa dekat Dian. Haritu jumpa hari raya tak sempat nak bercakap, sekarang dah kumpul macam ni, bolehlah kita borak panjang kan? Hahahah" dia ketawa diikuti aunty maria dan Shah. Apa yang lawak pun aku tak tahu.

Mendengarkan dia mengungkit peristiwa hari raya, ia bagai menghiris hati aku. Aku masih ingat yang dia bersalaman dengan Umar.

"Sejak bila ada bilik mainan dalam rumah ni?"

"Tu mummy yang buat dulu masa Dian pergi. Mummy cakap nanti cucu dia nak main." kata Shah.

"Cucu, maksudnya Shah? Anak Luna?" kataku pada Aunty Maria.

"Bukan. Untuk anak kamu, Izz." katanya. Aku balas senyumannya. Terima kasih aunty Maria.

"Papa sebenarnya taklah setuju Adam kahwin lain dulu. Tapi Adam kata dia dah kahwin sebelum kahwin dengan kamu. Papa tak boleh buat apa" kata papa tiba2.

"Papa seronok sebenarnya kan?"

"Maksud Dian?"

"Dian nampak la yang papa bersalaman dengan Umar. Mesti papa dah terima mereka sekeluarga"

"Tak Dian! Bersalam tu yelah, takkan papa nak tepis."

"Tepis jela"

"Tak elok."

"Dia ada bawak bini dia datang sini?"

"Ada. Selalu jugalah tapi tak ada yang nak layan sebenarnya" kata Shah.

"Maksudnya?"

"Papa dengan mummy jela terpaksa layan dia. Sebab tetamu kan."

"Walaupun dia dah buat macam2 dekat Dian?" kata aku dan papa diam.

"Papa minta maaf, sepatutnya papa cari tahu dengan siapa Dian berkawan, dengan siapa Dian nak kahwin. Sepatutnya papa cari tahu latar belakang dia"

"Salah Dian pa. Dian terlalu percayakan dia. Dan salah dia semua ni sebab tipu kita semua" kataku. Papa hanya memandangku sayu.

"U tak nak cerai?" tanya Shah tiba2. Aku memandangnya terkejut dan memandang aunty Maria. Aunty Maria seperti faham dengan pandangan aku.

"Shah, biarkan Dian buat keputusan dia sendiri. Dia tahu apa yang terbaik untuk dia"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now