32

446 14 0
                                    

"Abang, uruskanlah kes penceraian Dian. Kesian dia"

"Buat apa aku menolong orang yang dah menconteng arang kemuka aku?" kata papa pula. Aku yang tadinya mahu makan didapur terus batalkan niat aku setelah mendengar mereka bergaduh.

Selepas seminggu, aku masih tak pindah, masih berkemas. Dan kisah penceraian aku diketahui satu keluarga besar. Mereka tak tahu pasal Shah hanya bertuala berdua denganku dalam bilik tapi yang mereka dengar hanyalah Izz adalah anak haram aku semasa diJepun dahulu.

Aku hanya diam apabila dituduh dan disindir macam2. Tuduhan mereka yang katakan aku mengandung ketika di Jepun agak berat. Tapi itu tak mustahil, hari dimana Izz dilahirkan, aku tiada di malaysia dan aku masih di jepun.

Along ada membela aku tapi tak ada yang percaya ditambah lagi yang aku hanya berdiam tanpa melawan seperti sediakalanya aku.

Semua fitnah dah berleluasa dalam family dan mama, papa, uncle dah pun menjauh dari aku. Mereka kata mereka terlalu kecewa dengan aku. Habis aku?

Aku sudah menjadi terlalu pendiam, hanya mummy dan Shah yang ada menemani aku manakala yang lain seperti jijik dengan aku.

Kesalahan mereka yang telah buat pada aku nampaknya seperti sudah dilupakan dan kesalahan aku nampaknya sebesar gunung dan semua orang jijik.

Beg terakhir Shah angkat turun dari tangga. Aku terpaksa berpindah kembali kerumah papa walaupun nampak benar yang papa meluat dengan aku.

Tapi aku tak ada pilihan, mustahil aku nak pinjam duit semata2 untuk sewa rumah. Tambah lagi yang aku ni tak bekerja.

"Jom" ajaknya dan aku masuk kedalam kereta aku bersama Izz dan Shah masuk ke kereta nya bersama mummy dan kami bertolak kerumah papa.

Sampai2 sahaja, aku menolong Shah mengeluarkan bagasi manakala mummy mendukung Izz. Izz didukung dan dibawa kearah papa yang duduk digazebo.

"Salam tokpa" kata mummy dan Izz menghulurkan salam. Papa mengelak tangannya dari terkena tangan Izz.

"Dia bukan cucu aku" katanya dan melangkah masuk kedalam rumah.

"Tak apa. Tokpa letih tu. Jom main kat dalam" kata mummy menenangkan hati Izz. Wajah Izz kembali ceria.

Aku tahu ini akan terjadi. Rahsia separuh ini akan melibatkan Izz juga. Tapi dia terlalu kecil. Aku pun tak judge dia dulu semasa Izz  pertama kali berada dalam dukungan aku.

Tapi kenapa semua orang bencikan Izz yang selama ini mereka sayang? Mereka hanya pentingkan pangkat, darjat dan keturunan.

"Papa akan okey suatu hari nanti" kata Shah tiba2. Mungkin dia tahu yang aku dari tadi perhatikan gerak geri papa dan Izz.

"tapi disaat papa okey, Dian akan jadi tak okey"

"Apa?" tanyanya dan aku menggeleng. Beg ditarik laju masuk kedalam rumah.

Ring ring

Aku memandang telefon.

Unknow number calling.

Aku perhatikan nombornya. 0204, aku kenal nombor ni. Luna!

Patut ke aku Jawab? Macam mana kalau dia minta duit lagi? Tapi kalau aku tak jawab, macam mana kalau dia ugut ambik Izz?

Aku bangun dari sofa dan masuk ke bilik di tingkat atas. Aku menutup pintu rapat.

Aku akhirnya seret butang hijau kesebelah kanan, mengangkat call nya.

"Hello?"

"Kau memang sengaja tak nak angkat call aku kan?"

"Aku sibuk"

"Aku tahu. Kau sibuk pindahkan barang kan? Yelah dia tu kena halau." katanya. Aku diam. Sungguh aku sakit hati ketika ini.

"Apa kau nak?"

"Hahaha, lama aku tunggu kau tanya tau. Aku nak kau merayu dekat suami aku untuk kahwin dengan dia balik" katanya. Apa yang perempuan ni nak sebenarnya? Dia dah dapat Umar kan maknanya dia dah menang la dan kenapa tak bersyukur sangat dia ni.

"Kenapa aku kena buat macam tu? Kau dah dapat dia, sepatutnya kau jaga dia!"

"Dia tak ada gunanya untuk aku kalau dia tak kahwin dengan kau. Sekarang dia dah diturunkan pangkat jadi office boy! Ini semua sebab kau"

"Weh nasib baik family aku tak buang dia kerja terus!"

"Dengan gaji ciput tu, sewa rumah pun cukup2 makan je! Aku tak kira, aku nak kau kahwin balik dengan dia!" kata Luna. Angin kemarahan aku dah menggelegak marah.

"Eh betina. Kau yang cari pasal. Kau yang fitnah aku bawa masuk lelaki dalam rumah dan fitnah kau dah menjerat diri kau sendiri. I have nothing to do with him anymore!"

"Aku hanya nak dia bencikan kau supaya dia ikut semua permintaan aku! Tapi kau yang bodoh bawa masuk lelaki tu apasal?"

"Aku tak berdua dengan lelaki dah bodoh dan suami kau tu yang bodoh juga, tak siasat dulu! Kau sama je, laki bini sama2 bodoh!"

"Yang kau tu? Dahagakan kasih sayang! Kesian kau, dari kecik tak ubah macam bola dan bila besar tercari2 kasih sayang sebab keluarga kau tak bagi kasih sayang secukupnya pada kau."

"Memang aku kurang kasih sayang. Kau tu? Terlebih kasih sayang ke sampai sanggup bunuh keluarga sendiri?" kata aku pula. Dia terdiam seketika. Aku dah berjaya putar balik meja.

"Aku tak kira. Kau kahwin balik dengan Umar"

"Aku tak nak" kata aku kedengaran yakin. Tapi aku masih takut, takut dia ugut aku lagi. Tapi sampai bila aku mahu membiarkan dia mengugut aku?

Aku sudah datang bersihkan rumah dia, basuh pinggan dan pakaian dirumah dia malah aku sudah berhabis lebih 50k sebab transfer masuk kedalam akaun dia. Aku sudah pokai dan aku penat.

Aku terlalu takut sehinggakan aku hanya menurut dan diam. Dia dah terlalu banyak mengarah aku. Semakin aku ikutkan, semakin menjadi2 dia ni.

Aku ingatkan aku boleh selamatkan rumah tangga aku dan hidup bahagia dengan izz tapi tidak. Ketakutan itu langsung tak bagi aku bernafas sedikitpun.

Aku dah hilang keluarga, hilang Umar, hilang maruah dan sekarang aku perlu merayu balik untuk Umar berkahwin semula dengan aku?

Bukan aku yang menceraikan dia, tapi dia. Semuanya bukan salah aku. Aku mangsa keadaan dan mangsa kekejaman. Aku dah tak tahan, apa nak jadi jadilah.

"Kau tunggu"

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now