11

473 17 1
                                    

"Bagus. Tapi aku nak jawatan lagi tinggi dari kau! Ataupun kau tak payah kerja situ pun tak apa. Kau kan ada business sendiri. So, biar anak terbuang dia ni jela uruskan segalanya."

"Boleh. Tapi saya akan masuk tangan juga. Banyak perkara yang awak perlu belajar dari awal"

"Okey. Tapi dengan syarat!"

"Apa?"

"Kalau orang dekat office tu tahu pasal aku dan kau, aku tak nak diorang tahu pasal perempuan ni. Tapi kalau diorang dah tahu pasal perempuan ni. Kau jangan cakap yang aku ada kaitan dengan kau. Deal?" dia dan Luna berpandangan seketika. Mungkin menyampaikan mesej rahsia. Siapa tahu?

"Deal. Tapi syarat saya pulak, awak tak boleh keluar dengan mana2 lelaki pun."

"Okey." kata aku confident. Alah apalah sangat, dia kata jangan keluar dengan lelaki. Dia tak cakap tak boleh keluar dengan lelaki dan perempuan sekali.

Aku terus berjalan menuju ke pintu rumah tapi pertanyaan Umar menghentikan langkah aku sekali lagi.

"Nak pergi mana pulak? Kan tak jadi interview."

"Kita nak pergi mana Izz?" tanya aku pada Izz. Izz yang dari tadi main telefon aku, tersenyum.

"Kita nak pergi beli buku baru. Yeay, ibu, nanti kita pergi pantai boleh?"

"Boleh sayang. Apa saja untuk Izz. Tapi tak boleh mandi ya, main je" kataku dan Izz mengangguk.

Dari hujung mata aku, aku nampak Shah yang menulis tadi terberhenti dan mendengar perbualan kami. Padan muka kau nak.

Bapak bisnismen, mak pulak doktor. Memang sibuklah dua2. Kau pulak dah buat hal dengan anak aku, lagilah aku malas nak ajak kau.

Aku segera keluar dari rumah dan naik kereta aku. Kereta ni pun dah lama tak servis, bolehlah pergi nanti. Teringat kat kereta aku dulu, tiap2 bulan pergi cuci, servis. Kalau kereta ni aku buat macam tu, alamatnya miskin papa kedanalah aku nanti.

"Diandra?" panggil seseorang dan bahu aku disentuh pelahan. Lantas aku berpusing, Along!

Sebelah dia ada seorang perempuan yang sarat mengandung. Aik? Bini dia ke? Tak ajak aku? Eh macam mana nak ajak! Kau dah kemana tah.

"Dian buat apa dekat sini?"

"Beli barang untuk anak" Along memandang Izz pula dan diangkatnya Izz dan dilambung2kan. Weh2, anak aku tu. Izz mengekek ketawa, seronok.

"Dah siap beli? Mari kita duduk dulu, kak Ana tak boleh berdiri lama" kata Along. Oh kak Ana. Cantik, putih melepak. Pandai Along pilih.

"Nak bayar kejap. Along pergilah dulu"

"Jom sayang" kata Along. Sebelah tangan memegang bahu kak Ana dan sebelah lagi mendukung Izz.

Alahai macam keluarga bahagia aku tengok. Bilalah aku nak bahagia macam tu. Umar? Rasanya macam tak je. Dengan perangai aku yang asyik nak marah je tengok dia ni dan tambah pulak dia tu pasti akan bawak bini dia sekali.

Baju Izz yang Izz sendiri pilih aku bayar. Rm45? Amboi budak ni, sepasang baju nak dekat 50 ringgit? Nasib baik sayang!

Dulu semua boleh beli, yelah kaya kan. Tak perlu tengok bajet. Sekarang, hmn macam nilah hidup berdikari. Tak ada guna ada parents dan suami yang kaya!

*****

Sampai disatu cafe, Izz melambai2 pada aku. Aku terus duduk disebelahnya, bertentangan dengan kak Ana. Aku bersalam dengan mereka.

"Diandra kemana? Lama tak balik? Jenguk rumah pun tak." tanya Along. Aku hanya tersenyum dan buat pesanan makanan.

"Dian, along tanya ni"

"Dian pergi bercuti di Terengganu. Dian rasa abang patut bawak kak Ana pergi sana. Best"

"Terengganu? Jauhnya pergi. Tahu tak kat sini semua kalut, risau cari Dian dulu. Dengan pergi tak cakap apa. Tak ada khabar berita"

"Tapi kan dah ada penganti?"

"Maksudnya?"

"Yelah, mama macam tak sedih apa pun, terima je bini pertama Umar tu. Macam tak ada kehilangan apa pun kat situ."

"Terima kasih." kata aku pada pelayan. Makanan dah sampai. Mee goreng untuk Izz dan nasi ayam untuk aku. Wah lamanya tak makan nasi ayam.

"Apa maksud Dian ni? Mama hari2 doakan supaya Dian sihat, cepat balik"

"Mana along tahu? Along pernah dengar?" along menggeleng. Nasi goreng kampung digaul. Peliknya, nasi goreng memang dah bercampur. Apa yang nak digaulkan lagi?

"Dian kalau free datanglah rumah. Boleh kita dinner sama" kata kak Ana.

"Takpalah kak. Dian malas jumpa mama"

"Eh, rumah kamilah. Mama mana ada."

"Oh along dah pindah?" along menelan makanannya dan mengangguk.

"Yelah, dah kahwin kan. Dian pun dulu lepas seminggu kahwin terus pindah" kata along menyuap nasi goreng pada kak Ana.

Eh diorang ni saja buat aku cemburu tau. Dahlah aku ni macam ni.

"Dulu gembira nak pindah. Sekarang dah macam neraka kat sana. Hahaha" gelak aku tak ikhlas.

"Adam ada sakitkan Dian ke? Ada seksa Dian?" aku menggeleng. Menyuap nasi sesudu kedalam mulut.

"Sakitkan hati, seksa jiwa je."

"Dian kena kuat. Ada sebab Allah uji Dian macam ni" kata Along. Hati aku diundang sebak. Aku tahan dari diri aku untuk menangis dipublic ni.

"Dian tak kuat along. Dian nak mintak cerai terus tapi Dian macam tak boleh"

"Astaghfirullah Dian. Jangan fikir pasal cerai. Tak elok."

"Kalau bukan sebab Izz, dari dulu Dian dah cerai dengan dia" kata aku. Aku takut. Kalau memang Izz anak Luna macam mana? Kalau lepas aku cerai dan dia tuntut Izz balik macam mana? Aku mana ada hak apa2. Ya Allah, macam mana ni!

"Dahlah. Tak payah cerita pasal Dian. Yang along tu, kak Ana dah sarat macam ni, masih bawa shopping ke?"

"Eh ini salah kak Ana la. Along dah suruh duduk rumah tapi dia nak juga shopping barang bayi. Kat rumah tu bukan tak ada barang bayi, ada sangat, semua dah prepare awal2 tapi dia ni je yang nak jalan2" kata along, membebel panjang.

Untungnya kak Ana. Dian dulu cari barang Izz, shopping sorang2. Dengan bawak bayi, dengan shopping lagi. Pastu tak tahu tempat, dahlah duduk negeri orang. Dengan tak cukup duit lagi.

Aku hanya tersenyum melihat mereka. Along, Dian harap along tak buat kak Ana jadi macam Dian. Dian ni salah pilih orang buat suami ke?

Tapi selama ni, dia masih lagi berlembut dengan aku. Dia tak pernah naik tangan pada aku. Eh tak boleh! Jangan mudah memaafkan Dian!

Kami kembali shopping untuk barang bayi along. Dan rezeki Izz pulak dapat beberapa helai baju baru dan buku baru. Yes jimat duit aku!

"Dian kerja?"

"Akan kerja nanti. Dekat Syarikat uncle" kata aku.

"Ha yang ni cantik kak. Baby ni girl ke boy?" tanya aku dan menunjukkan 2 baju tshirt bayi pink dan biru.

"Tak tahu. Daz cakap nak suprise" kata kak Ana. Along hanya tersenyum.

"Alah, suprise2. Kan dah susah cari baju semua"

"Apa susah. Pilihlah warna hijau ke. Ha semua boleh pakai" jawab Along. Aku hanya menggeleng. Tak boleh menang kalau cakap dengan along ni.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now