31

442 16 0
                                    

"Umar!"

"Ini rupanya yang kau buat dibelakang aku! Patutlah beria nak pindah rumah lain" tuduhnya. What? Apa?

Aku memandang Shah. Oh my god!

"Saya tak buat apa2 dengan dia"

"Macam mana tak buat apa2 kalau berdua dalam bilik macam ni dan dia dalam keadaan mencurigakan." katanya lagi. Aku menelan liur. Alamak clishe la salah faham sebab macam ni, dalam drama pun banyak. Tapi masalahnya sekarang, macam mana aku nak lari dari masalah ni?

"Air panas tumpah dan terkena baju dia. Saya suruh dia mandi supaya badan dia sejuk sikit"

"Saya nak tengok air panas tu, mana bukti?" tanyanya. Glup! Aku dah mop semua, mana ada kesan air panas lagi. Kalau adapun dah tak jadi air panas dah.

"Mana baju awak yang kena air tadi tu?"

"Dah rendam sekali dengan seluar" kata Shah pula. What? Macam mana kebetulan ini terjadi? Ini bukan drama la. Wakeup Dian!

"Awak kenapa datang sini?"

"Kenapa? Tak boleh? Aku memang sengaja nak datang check kau mengejut. Betullah Luna kata yang kau bawa balik lelaki!" tuduhnya. Mendengarkan nama Luna, aku jadi sakit hati dan darah ku seakan mendidih.

"Kau tak boleh judge aku suka hati je. Jangan disebabkan kebetulan ni, kau pandang hina pada aku!"

"Kebetulan? Kebetulan yang berdua dalam rumah ni malah berduaan dalam bilik ni?!" kata Umar lagi. Bukan aku yang rancang semua ni, ini semua kebetulan yang sempurna. Faham tak?

"Awak memang dari dulu nak lepaskan diri dari saya kan? Baiklah" katanya. Kejap, apa maksud dia? Lepaskan diri? Cerai ke maksudnya? Tak tak!

"Diandra Amin Dato Hashim, aku ceraikan kau dengan talak satu" katanya dan seraya itu air mataku gugur. Tahniah, anda sudah bergelar janda.

"Sekarang, awak boleh kemas semua barang dan berpindah dari sini sebab saya akan pindah sini bersama Luna dan Shah" katanya. Pernyataan dia terlalu perit untuk aku telan.

Betul kata Luna, dia akan pindah sini juga suatu hari nanti. Dan tak sangka suatu hari nanti dia tu sekejap saja. Eh kejap, dia takkan ambil Izz kan?

"Kau takkan ambik Izz kan?"

"Aku akan ambik dia."

"Tak boleh! Tak boleh! Sebab dia bukan anak kau!" kata aku kuat. Aku sudah mengalir air mata. Bagaimana kalau Luna suruh kawan dia ambik Izz balik daripada aku? Tak, jangan!

"Apa bising2 ni?" kami semua berpaling, mummy yang lengkap berkain sembahyang memandang kami dengan wajah keliru.

"Mummy ada kat sini?" tanya Umar terkejut.

"Iya, semalam mummy tidur sini. Tadi mummy solat kat atas, dengar bising2. Kenapa? Pelahan suara sedikit, Izz tengah tidur kat atas. Kamu pula Shah, kenapa bertuala?" tanya mummy lagi.

Semua yang mummy cakap dah terbukti yang aku dirumah bukan berdua dengan Shah dan sungguh, memang aku betul2 terlupa yang mummy masih ada dirumah ini.

Umar nampak 100% terkejut dan tertekan. Dia menarik2 rambutnya sendiri. Nampak sungguh dia menyesal. Tapi apakah daya, terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata, buruk padahnya.

"Kenapa semua ni hah? Kenapa semua ada dekat sini? Bincang apa?"

"Semuanya salah faham sehinggakan dia senang2 jatuhkan talak, nasi sudah menjadi bubur" kata Shah. Aku masih diam. Aku tak kesah pasal penceraian. Yang aku kisah hanyalah Izz!

Buat masa sekarang, aku perlu buka rahsia agar Umar tak ambil Izz daripada aku.

"Izz bukan anak kau, jadi kau jangan ganggu kami" kata aku. Dia terdiam.

"Saya tak percaya." katanya. Aku pergi ke dalam bilik ditingkat atas dan membuka bagasi. Izz yang tertidur di katil aku abaikan.

Satu surat beranak yang berada didalam fail biru dikeluarkan. Aku turun kebawah semula dan kearah Umar dan memberikan surat itu padanya.

"Awak nak tunjuk apa sebenarnya ni?"

"Tahun lahir Izz. Izz dah 4tahun lebih dan kita kahwin baru 3tahun lebih. Ini buktinya" kataku. Wajahnya berubah. Ya Allah, biarlah dia percaya.

"Kenapa berbinkan saya?"

"Sengaja" kataku.

"Kenapa ibunya Luna?"

"Sengaja" kataku lagi. Aku ketapkan bibir aku kuat.

"Awak curang?!" dia memandangku tidak percaya.

"Aku tak curang. Ia berlaku sebelum kita kahwin. Tak ada istilah curang kat situ" kataku lagi.

"Awak berzina?" tanyanya. Aku diam, berat untuk aku mengatakannya dan berat untukku juga. Mustahil untuk aku mengiakan dan aku juga tak boleh menidakkan untuk menyelamatkan anak aku.

Biarlah maruah aku tergadai sekalipun, asal anak aku tetap dengan aku. Aku tak tahu apa status Izz dan aku juga perlu bawa Izz bersamaku.

"Siapa bapanya?" suara Umar sedikit kuat dan kasar hingga aku terkejut. Bahu aku terhinjut sedikit tetapi aku masih diam. Aku tak tahu umar, aku betul2 tak tahu. Hatiku berbicara.

"Baiklah" kata Umar sebelum surat beranak tersebut dia koyak. Aku hanya terkejut tapi tidak menghalang. Aku tahu surat itu adalah palsu, jadi tiada gunanya juga aku simpan.

"Aku tak nak nama aku jadi bapa ganti dia." kata Umar sebelum mencampakkan cebisan kertas yang dikoyak ke lantai. Hati aku luluh, kecewa dan hancur.

Aku diceraikan dan dibenci bekas suami sendiri. Sepatutnya dia yang rasa bersalah kepadaku tetapi dia pula yang benci padaku setelah semuanya terbongkar.

Aku langsung tidak mengkaitkan nama Luna dalam hal ini kerana dialah orang yang boleh pisahkan aku dengan Izz. Biarlah nama aku tergadai, asalkan Izz masih dalam genggaman.

Umar keluar dari bilik tanpa memandang ku langsung. Dia betul2 kecewa. Aku tahu Shah dan mummy juga terkejut.

Shah pasti terkejut dengan rahsia terbongkar dan mummy pasti terkejut dengan pengakuan berani mati aku.

UMARKU 2 √Where stories live. Discover now